Panas: Sakit Kepala

by - Friday, March 18, 2016

As'salam... Ai sakit kepala dari pagi semalam.. Masa pergi kerja ok je.. Sampai opis rasa letih semacam dan sakit kepala.. Ai akan tempek kool fever kat dahi setiap kali sakit kepala.. Memang rasa nak tidur je.. Then punyalah azab nak tunggu waktu balik.. Rasa nyesal je datang kerja.. huhuhu.. Balik kerja singgah juru coz dah janji nak dating dengan HM.. Semua orang pandang semacam je tengok Ai.. Mujurlah HM ni sporting..
Ai memang bermasalah sikit dengan cuaca panas.. Dari sekolah, Ai kerap sakit kepala kalau cuaca panas.. Masa sekolah rendah, badan Ai akan naik ruam setiap kali cuaca panas dan sakit kepala tapi Ai tak boleh baring.. Coz kalau baring, Ai rasa rumah berpusing-pusing.. So memang Ai tak tidur siang.. Tidur waktu malam, kalau mula-mula baring kalau dah ngiring ke kanan, tak kan berubah sampai pagi.. Tak boleh ngiring ke kiri or terlentang coz rasa berpusing-pusing..

Then masa form 1, Ai sekolah petang.. So perlu ke sekolah (waktu tengah hari) dengan basikal sejauh hampir 6km.. Ai memang bawa payung dan gantung di basikal.. Bukan untuk guna masa panas tapi untuk mudah Ai cam basikal Ai.. hehehe.. Ai guna payung masa hujan je.. Oleh kerana setiap hari kena panas, sakit kepala pun makin menjadi-jadi.. So sebelum pergi sekolah, Ai akan makan panadol dulu.. Alhamdulillah.. Seminggu Ai amalkan macam tu, sakit kepala pun hilang.. Dah tak rasa berpusing-pusing.. Rasa normal untuk kali pertama dalam hidup..

Tapi masa form 4, Ai diserang sakit kepala yang teruk.. Ai akan hantuk kepala ke dinding coz rasa sakit sangat.. Kali ni, panadol dah 'jalan'.. So macam-macam la Ai cuba untuk hilangkan sakit kepala.. Basahkan kepala dengan daun or bunga raya (huhuhu.. Ai lupa la, guna daun ke bunganya??).. Basahkan kepala dengan lidah buaya.. Tapi masalah lain pula yang timbul.. Coz rupa-rupanya Ai alergik dengan lidah buaya.. Ai jadi gatal-gatal pula.. huhuhu..

Masa Ai sambung belajar di matrikulasi, ada acara merentas desa.. Kami berlari dalam group kuliah.. Tapi Ai tertinggal jauh di belakang coz Ai memang bukan jenis bersukan.. Ai lari perlahan-lahan.. Ada van kolej mengiringi kami.. Ai tengok ada seorang di hadapan Ai macam penat so Ai assume dorang nak ambil budak tu.. "hati-hati.. macam nak pengsan dah tu..".. Kata petugas dari dalam van.. Tiba-tiba Ai rasa gelap gelita.. Rupa-rupanya Ai yang pengsan.. huhuhu.. Ai di bawa ke hospital kuala nerang.. Ai nangis coz tu 1st time masuk hospital.. Merayu-rayu kat doktor, tak nak kena tahan dalam wad coz Ai nak balik kampung untuk hari anugerah.. huhuhu.. Bukan selalu dapat merasa naik pentas.. Yelah, Ai kan malas study.. Ni pun bernasib baik keputusan dapat pangkat 1, aggreget 15.. (spm tahun 1999.. tahun 2000 dah start spm sistem terbuka).. Ai kena cucuk masuk air.. Ai mata meleleh je.. Nurse tanya kenapa nangis?? Ai jawab sedih coz kali pertama sakit jauh dari keluarga.. Ai dibenarkan balik selepas drip sebotol air.. 

Masa sambung belajar di universiti pun Ai masih alami masalah yang sama.. Ai lebih gemar berjalan kaki ke kelas walaupun ada perkhidmatan bas.. Malas nak bersesak-sesak.. So setiap kali musim panas, Ai perlu lebih peka dengan perubahan Ai.. Takut collapse di tengah-tengah jalan.. Ai pernah collapse masa pertandingan karate-do (shotokan) tertutup peringkat uum.. Sensei yang sama ajar Ai karate masa di matrikulasi.. So dia memang kenal Ai dan tau Ai tak boleh terlalu aktif mesti akan collapse.. Tapi sebab Ai tak tarik diri, so dia biarkan Ai bertanding.. Lawan Ai dah la tinggi.. Asyik hentam kepala Ai je.. Lama-lama Ai mula susah bernafas dan collapse untuk sekian kalinya..

My mom, my sis dan adik-adik Ai dah biasa sangat dengan masalah sakit kepala Ai.. Setiap kali sakit kepala, Ai akan baring di riba mak minta mak picitkan kepala.. Then bergilir-gilir my sis dan adik-adik tolong picit kepala Ai.. Sampai pernah my sis kata; "hang kerap sangat sakit kepala.. entah-entah, hang ada barah otak..".. huhuhu.. Statement kejam..

Lepas kahwin, HM la pula jadi tukang picit kepala Ai.. So masa Ai kena strok lepas bersalin HB, memang Ai harap sangat dapat tahu, apa punca Ai selalu sakit kepala.. Doktor kata bukan migrain coz sakit berubah-ubah sebelah kanan dan kiri.. Doktor tunjuk film MRI scan, pendarahan (darah beku) berlaku di kanan dan kiri bahagian belakang otak Ai.. Ada yang kata Ai ada masalah photofobia.. Masalah silau atau tak tahan pada keadaan yang cerah.. Semua tu cumalah andaian sahaja coz sampai sekarang masih tak tau apa punca sebenarnya sakit kepala yang selalu Ai alami..


Nota Jari: huhuhu.. Sejak Ai pernah collapse masa pertandingan karate, my mom jadi fobia tengok wrestling coz dia terbayang Ai yang kena hentam..

You May Also Like



0 ulasan