Rahsia Pohon Cemara
As'salam.. Semalam Ai story tangkap leleh.. Hari ni, Ai nak story kisah cinta premature Ai.. hehehe.. Bukan cinta monyet ye, coz cerita ni masa Ai di matrikulasi tahun 2001..
Kekadang sambil study, kami akan berduet menyanyikan lagu 'Aku Mahu Pulang - Amuk'.. Dan adakalanya T pula akan nyanyi solo lagu 'Jesnita - Exist'.. Memang indah sangat kenangan masa tu.. Yup, Ai memang menaruh hati pada T tapi Ai sakit telinga bila ada yang menuduh Ai punca T dan bekas kekasihnya berpisah.. Sedangkan Ai kenal T selepas mereka 'putus'..
Ai kenal T secara tak sengaja coz kami berbeza kelas.. Satu hari, Ai sedang study dengan nen di dalam kelas bersama beberapa orang rakan yang lain.. Kiranya Ai mentor nen dan Ai akan ajar nen ulangkaji subjek akaun.. T datang panggil nen.. Nen keluar sekejap dan bila masuk semula, Ai tengok nen pakai baju T.. (T ajak nen tukar baju coz dia nak masuk library tapi pakai baju tak berkolar)..Sejak tu, tiap kali terserempak dengan T, Ai akan panggil dia 'nen'..
Dipendekkan cerita, kami jadi rapat dan buat study group bersama.. Ai mahir dalam subjek akaun, nen mentee Ai, T mahir dalam matematik, Mai mahir dalam subjek ekonomi, shah mahir dalam subjek perniagaan.. So lengkap la team study group kami..
Teringat pada suatu malam, shah dan Mai tak dapat joint study group.. So tinggal kami bertiga je.. Oleh kerana tak ramai, kami memilih untuk study bersila di meja bulat, di dalam library.. Ai dan nen sampai dulu.. Kami pun mula untuk study.. Then nen cakap sambil berbisik; "saya nak kat awak.. awak nak tak kat saya??".. "merepeklah awak ni.. Ai tak naklah.." Ai anggap nen sengaja nak mengusik Ai.. Dan lagi pun, Ai suka pada T..
Tak lama lepas tu, T sampai.. Sebaik nampak T, nen segera duduk di sebelah kanan Ai.. T pula duduk di sebelah kiri Ai.. Dorang duduk rapat sangat dengan Ai.. Ai rasa tak selesa coz tak boleh nak bergerak.. huhuhu.. Takut tersentuh dorang.. Then sambil menengkup tangan ke muka, Ai cakap; "Ya Allah, rapatnya...".. Kedua-duanya dengar apa yang Ai ucapkan dan bingkas bangun konon nak ambil buku.. Kemudian dorang duduk semula di sisi Ai dan tidak serapat tadi..
Ok, dah nampak macam cinta 3 segi, kan.. hehehe.. Ai hanya tau nen betul suka kat Ai pun coz keesokkan harinya, shah tanya soalan yang sama.. Ai bagi tau nen ada cakap malam semalam.. Tapi Ai tolak.. Then shah kata sampai hati Ai tolak, kesian kat nen..
Dan Ai tau T juga sukakan Ai, hanya selepas hampir setahun Ai berkahwin (hujung tahun 2007).. T pun masa tu dah bertunang.. Ai sesaja contact T untuk bertanyakan khabar.. So kami bercerita tentang kenangan kami.. Then T cakap dia sukakan Ai tapi Ai tolak dia.. Sambil gelak Ai bagi tau dia, Ai pun sukakan dia pada masa tu.. Tapi terpaksa pendamkan coz tak nak digelar sebagai perampas.. Ai lega sangat bila dapat tau, Ai tak bertepuk sebelah tangan..
Kami sama-sama happy coz kami baru tau kami saling menyukai tapi bukan jodoh kami.. Itu dah cukup memadai bagi kami.. Then Ai doakan semoga dia bahagia dengan tunangnya dan dia doakan Ai bahagia bersama HM..
Sampai sekarang kami masih boleh melawak di muka buku tentang cinta premature kami.. hahaha.. Alhamdulillah, T bahagia dengan wife dan 2 orang anaknya.. Begitu juga Ai..
Kesimpulannya, jangan jadikan cintun dulu-dulu sebagai penyebab meruntuhkan mahligai yang ada.. Terimalah hakikat cinta tak semestinya memiliki.. Dan bersyukur dengan jodoh yang Allah tetapkan..
Nota Jari: Ada sambungan lagi ni... Kisah yang menyebabkan Ai benci pada lelaki dan tak percaya pada cinta sebelum nikah..
0 ulasan