Sedekahkan Pahala
As'salam.. Kali ni nak share kisah yang Ai copy paste dari mukabuku.. Bagi kengkawan yang telah kehilangan orang tersayang macam Ai, boleh la ambil pengajaran dan mulakanlah mendoakan mereka.. Ingat semasa hidup kita boleh merayu minta bantuan ke hulu ke hilir.. Tapi bila kita dah 'berpindah ke sana', hanya doa anak yang soleh / solehah dapat membantu kita...
Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH tentang mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan,di dalam mimpi wali itu, wali tu ternampak roh ahli-ahli kubur sedang kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang roh ahli kubur yang sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada roh orang tua tersebut.
Wali : "Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ."
Roh Org tua itu : "Jikalau kau nak tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri."
Wali tersebut pun beredar daripada situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: "Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda."
Penjual daging: "waalaikummussalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?"
Wali: "Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?"
Penjual daging: "Ya ada. Itu ialah bapaku."
Wali: "Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yang kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?"
Penjual daging: "Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kepada Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku."
* Iktibar dari Kisah ini
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala roh pakcik tua yang hanya duduk berehat tersebut kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah redha ibunya....
Nota Jari: Sentiasa mendoakan mak.. Hope akan terus istiqomah mendoakan mak..
0 ulasan