Kisah Rumah Tangga......

by - Tuesday, March 08, 2016

As'salam.. Huuurrmmmm... Leganya.. Sekarang dah tak sibuk sangat.. So badan takde lah letih sangat.. Masalahnya bila tak letih, mata pun lambat la mengantuk.. Disebabkan tak berapa sibuk, so esok Ai ambil cuti 2 hari.. Rasa lebih seronok golek-golek kat rumah dengan baby HK daripada pergi kerja.. hehehe..

Ok, nak story sikit.. Sejak duamenjak ni, Ai suka sangat follow luahan di page Kisah Rumah Tangga (KRT).. Macam-macam cerita yang ada.. 



Biasalah, pantai mana yang tidak dilanda ombak.. Dan adakalanya tsunami datang melanda.. Itulah lumrah alam berumah tangga.. Namun pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian.. 

Errrmmm.. Ada yang mengadu, suami main kayu 3.. Bagi Ai, gatal menggatal, goda menggoda adalah sifat semulajadi lelaki.. Nak halang tak boleh, nak larang tak upaya.. Dah kerap sangat Ai tengok episod suami main kayu 3.. Nak kata tak bahagia, isteri duk bersalin juga 2 tahun sekali.. huuuhhhhhh..

Pernah kenalan rapat, call Ai mengadu kata dah give-up sangat dan bercadang untuk berpisah coz nak bagi peluang suaminya berkahwin lain.. Soalan yang Ai tanya pada dia; "kak pasti ke itu yang kak nak?? Kak pasti ke kak boleh bahagia tanpa dia?? Kak sanggup ke biar anak-anak membesar tanpa ayah?? Adakalanya kita perlu korbankan perasaan kita demi kebahagiaan anak-anak.. Jangan buat keputusan yang akan membuatkan kak menyesal kemudian hari.. Dia mungkin tak penting dalam hidup kak tapi dia penting dalam hidup anak-anak.."

Tambah Ai lagi; "maaf cakap ye kak.. Sebenarnya Ai hairan kenapa girl boleh terpikat kat dia coz bg Ai, dia tak encem pun.. (ok, ni statement sentap sikit..).. Mesti dia jenis 'mulut manis', kan.. Apa yang kak suka kat dia, tu juga la yang perempuan lain suka.. Sebab tu Ai cukup tak suka lelaki yang bermulut manis.."

"Kak buat keputusan ni, dah minta pertunjuk ke belum?? Sebaiknya, kak buat solat sunat taubat dulu.. Menangis minta ampun semua dosa-dosa.. Then buat solat ishtikarah, minta Allah tunjukkan jalan yang harus kak pilih.. Last sekali, buat solat hajat minta Allah kurniakan ketabahan dan kekuatan pada kak.. Ai cakap ni coz itulah yang Ai buat.. Alhamdulillah, hati Ai lebih tenang..".. Then kenalan Ai tu tanya; "kenapa ina, dia buat hal juga ke??.. Semua lelaki memang macam tu, kan..".. "Taklah kak.. Masalah kita tak sama tapi insya-Allah, jalan penyelesaiannya tetap serupa.. Iaitu berserah pada Allah"; balas Ai..

Alhamdulillah, kenalan Ai tu tak jadi berpisah.. Lepas dari tu, dorang tambah lagi sorang anak.. Bak kata kakak tu; "kami pantang dekat.. Asal dekat je mesti lekat..".. hahahaha.. Ok lah tu.. Sekarang kakak tu, hidup bahagia dengan anak-anaknya..

Sedikit Teguran Daripada Ai..

Kepada Orang Baru or Orang Ketiga.. Kenapa pilih untuk bercinta dengan suami orang?? Adakah benar-benar ikhlas mencintainya?? Rela mencintainya kerana Allah s.w.t.. Sanggupkah berkongsi kasih dan mendapat hak yang sama rata?? Means tak cemburu bila turn suami kat rumah isteri tua.. Sanggup mengharungi kemungkinan saat pregnant dan bersalin, suami sibuk menguruskan hal di rumah isteri tua?? Sanggup mengalah?? Sanggup tebal telinga mendengar orang menggelar anda sebagai PERAMPAS, PEROSAK RUMAH TANGGA, PEREMPUAN JA***G dan lain-lain lagi makian??

Kepada Suami Orang Yang Suka Berskandel.. Dah cukup ke nafkah yang diberi kepada isteri pertama?? Gaji yang ada dah terlalu banyak lebihan ke untuk tanggung lagi 1 keluarga?? Adakah isteri yang sedia ada diberikan sesalinan pakaian dari yang dalam sampai yang luar setahun sekali sekurang-kurangnya?? Apa tujuan berskandel?? Skandel dengan anak dara or kak 'jan'?? Kalau betul nak ikut sunnah, kahwinilah wanita yang bergelar kak 'jan' dengan niat untuk membantu bukan sebagai pemuas nafsu.. Bolehkah berlaku adil dengan tidak melebihkan yang muda sehingga yang tua berkecil hati??

Kepada Isteri Pertama.. Sabar adalah yang utama.. Jangan tunjuk lemah bila suami buat hal.. Tak perlu mengamuk kerana buang masa menangis untuk lelaki yang tidak tahu menghargaimu.. Teruskan hidup dengan bahagia demi anak-anak.. Hubungan dengan suami hanyalah di atas kertas.. Tapi hubungan dengan anak sampai bila-bila tak kan terputus.. Banyakkan berdoa dan banyakkan solat sunat.. Dekatkan diri dengan Allah.. Tenangkan hati menghadapi dugaan ni..




Nota Jari: Sebenarnya ada lagi yang Ai nak ulas tapi nanti panjang sangat.. Nanti Ai sambung kat entry lain..

You May Also Like



0 ulasan