Biskut Butter Damai

by - Monday, June 27, 2016

As'salam... huhuhuhu... Sedihnya.. Tanpa sengaja Ai terdelete entry Biskut Kacang Rindu.. huhuhu.. Nak nangis.. Penat tau nak kena buat lain entry tu.. hukhukhukhuk... 

Apa-apa pun, wahhhhh... Semakin dekat nak raya semakin rajin pula tuan blog buat entry  pasal kuih raya.. hahahaha... Ai memang tak gemar memasak lauk pauk tapi suka la juga buat biskut dan desert.. Coz buat biskut dan desert tidak seremeh memasak lauk pauk.. Dan lagi pun tak perlu pegang pisau.. Ai fobia sikit dengan benda-benda tajam coz masa umur 5 tahun, ibu jari kiri Ai luka kena parang.. Berparut juga la ibu jari Ai dan memang nampak kesan parut tu setiap kali cop ibu jari kiri... hehehehehe..
Actually ni adalah biskut makmur.. Ai ubah namanya coz Ai tak guna minyak sapi dalam ramuannya.. Ai lebih gemar guna buttercup.. Kenapa Damai?? Ye la, damai tu sama erti dengan makmur, kan?? hehehehehe.. Biskut makmur adalah biskut peberet Ai.. Ingat masa form 3, masa selepas raya, Fid bawa biskut makmur yang dibuatnya.. Ai dan Sal makan dan rasa sedap sangat.. Tu 1st time Ai makan biskut makmur.. Subhanallah.. Sedapnya... Lepas dari tu, Ai sanggup tiap-tiap tahun pergi beraya ke rumah Fid semata-mata nak makan biskut makmur dia.. hahahaha..

Kalau dia ajak ke rumah, soalan yang Ai akan tanya; "ada biskut makmur tak??".. Kalau takde tu, liat sikit la nak pergi.. Tapi kalau dia cakap ada, janji pukul 3pm, pukul 2pm Ai dah sampai... hahahahahaha... Fid pun memang tau Ai ketagih biskut makmur dia.. Lelama my mom cakap; "kenapa kakak tak buat sendiri je?? tak payah guna minyak sapi pun jadi juga biskut tu..".. So disebabkan tu, Ai belajar buat sendiri biskut makmur dengan hanya menggunakan minyak masak.. Ye la, masa tu Ai belajar lagi.. So guna bahan-bahan apa yang ada di rumah je..

Ok, stop mengimbau kenangan hitam putih.. Ni Ai nak share resepi Biskut Butter Damai.
Bahan-bahannya:
1kg Tepung Gandum
400g Tepung Jagung
500g Buttercup
400g Tepung Gula
SusuTepung Ducthlady Madu

Kacang tanah (disangai)
Minyak masak secukupnya sehingga menjadai doh

Guna balik pic entry sebelum ni.. hahahaha

Cara-caranya:-
1. Sangai (goreng tanpa minyak) tepung gandum dan tepung jagung atas kuali  mengunakan api sederhana @ api kecil selama 30 minit (Jangan sampai hangus ye.. Nanti rasa pahit dan taksedap).. Tak perlu letak garam coz buttercup dah masin.. Lepas 30 minit tutup api dan biarkan tepung sejuk dulu..

2. Sangai (goreng tanpa minyak) kacang tanah atas kuali.. Berapa banyak?? Ai minta HM sangaikan 500gm coz bakinya Ai nak buat biskut kacang pula.. Dah sejuk, buang kulit untuk dijadikan inti.. Disebabkan Ai tak berapa rajin.. So Ai tak tumbuk kacang tu dan gaulkan dengan gula.. Lebih senang masukkan seketul-seketul kacang.. hehehehehe..

3. Ayak tepung yang dah sejuk tadi ke dalam besen.. Di dalam besen yang sama ayak 200g tepung gula.. Gaul sehingga sebati... Masukkan buttercup yang dah sejuk tadi ke dalam besen tepung sedikit demi sedikit.. Campur minyak masak supaya doh menjadi lebih lembut..

4. Lebihan tepung gula 200g tadi, masukkan ke dalam bekas kecil, masukkan susu tepung ducthlady ke dalam bekas yang sama dan gaul sebati.. Disebabkan Biskut Butter Susu Ai dah buat bulat-bulat.. So kali ni, Ai buat lonjong-lonjong pula.. Supaya boleh bezakan.. hehehehe.. Ai buat lonjong besar-besar sebab nak bagi cepat siap.. hahahaha..

5. Bakar dalam oven.. Disebabkan oven Ai kecil molek macam Ai je.. So Ai setting 160-180c dan bakar dalam masa 15-20 minit je.. Sebelum bakar 1st tray, panaskan oven tu dulu ye..

6. Dah masak dan yakin masak (janganlah sampai hangus pula, ye).. Golek-golekkan biskut dalam bekas susu tadi.. Lepas sejuk boleh terus ngap or simpan dalam bekas kedap udara.. hehehehe..

Ok, ni pula resepi asal biskut makmur yang Ai dapat daripada mukabuku.. Ada 2 resepi.. Ada yang guna telur dan ada yang tak perlu guna telur.. Biskut makmur biasanya hanya golek-golek pada gula icing.. Tapi disebabkan Ai nak guna semaksimum mungkin susu tu, so Ai campurkan gula icing dan susu sama macam Biskut Butter Susu.. So kengkawan boleh la pilih nak guna resepi yang mana.. hehehehe..
Resepi tanpa telur

Resepi dengan telur



Nota Jari: Jangan ada pula yang nak minta belek ibu jari kiri Ai coz nak tengok kesan parut, sudahlah.. hahahahaha...

You May Also Like



0 ulasan