Terasing Dalam Sepi
As'salam... Apa khabar kengkawan?? Sehari sebelum raya ni, semua dah balik kampung ke?? Mesti tengah sibuk buat ketupat or bakar lemang, kan.. hehehehe.. Ai petang ni baru nak balik kampung.. kuang..kuang..kuang.. Memang hari-hari Ai balik kampung.. Ooowwwhhhh, ye.. Hari ni Ai kerja..
Errrmmmm... Boleh kira dengan jari, berapa orang je yang kerja hari ni.. Ada ke kengkawan yang kerja juga?? Bertabahlah ye.. Walaupun terasing dalam sepi, Ai tetap ceria.. hehehehe.. Ai memang sesaja taknak ambil cuti coz Ai nak simpan cuti untuk long vacation.. Tapi tak pasti lagi bila.. hehehehehe..
Macam yang Ai pernah story dulu, Ai memang tak gemar dengar Lagu Raya.. So untuk menghilangkan rasa sepi tu, layan lagu la.. Tapi bukan lagu raya, ye... Memang tu pun tujuan Ai beli headphone tu kan.. hahahahaha... Sorry headphone tu lagi lawa dari tuan dia, coz tuannya memang tersangatlah tak suka nak make-up.. Setakat nak pakai bedak dan calit lip ice pun malas.. So sebab tu, hasilnya headphone lagi berseri dari tuannya.. huwahuwahuwa...
Esok dah nak raya.. Tapi Ai langsung takde perasaan nak raya.. Macam tahun-tahun sebelum ni.. Ai memang takde perasaan nak raya..
Perasaan nak cuti lelama dan golek-golek kat rumah, ada la...
hahahahaha.. Cuma tahun-tahun sebelum ni, Ai balik beraya di kampung..
So takde mood nak raya pun, tempuh juga la perjalanan berjam-jam.. Masa stay kat KL, balik raya ikut turn HM dapat cuti raya.. Means kalau HM dapat cuti raya, so kami akan beraya di pahang.. Kalau HM kena duty di pagi raya, so HM akan hantar Ai balik beraya di kampung Ai.. Dan dia akan ambil Ai dan HB bawa balik beraya di pahang pada raya kedua.. Jadinya, asal beraya kat kampung Ai, mesti orang akan tanya ke mana pergi mr. hubby??
Masa HM bertugas dalam tentera, jadual cuti raya dia 2 tahun sekali.. Kalau dapat cuti masa raya pertama, raya kedua dah kena masuk duty.. Sedih baitu.. Cuba bayangkan, raya kedua dah ada kat KL.. Jalan sesepi-sepinya.. Lenggang giler.. Boleh racing la.. Nak drive macam kura-kura pun, no hal.. Takde siapa nak hon.. hahahahaha.. Tapi memang sayu giler hati.. HM kena duty kat istana.. Tinggal lah Ai dan HB berdua kat rumah.. Nak keluar pun, masih takde kedai yang buka.. Lagi pun, Ai tak cekap drive kat KL.. Kalau tak, mesti Ai angkut HB pergi jejalan kat SOGO... hahahahaha.. Eleh, sebenarnya nak pergi sogo boleh je naik LRT.. Cuma masa tu, Ai memang tak pandai berdikari.. Kalau HM takde, memang terperuk, terperam dan terjeruk duduk kat rumah je lah.. Jalan-jalan depan rumah pun tak, tau.. hahahahaha...
Dah duduk kat kampung ni pun sama.. Nak pergi jejalan mesti kena ada HM.. Kalau HM takde, Ai akan minta my sis or Along or adik-adik Ai teman.. Kalau takde sangat, Ai ajak KG teman.. hahahahaha.. Tak tau kenapa?? Tapi kalau balik kerja, Ai boleh je singgah mydin jalan sesorang.. Cuma kalau nak keluar jejalan dari rumah, memang Ai nak berteman.. hehehehehe.. Luckly nak pergi kerja Ai tak kisah takde teman.. Kalau tak, hari-hari tak pergi kerja la jawabnya.. Mana nak cari teman yang sama-sama berulang dari bagan serai ke georgetown setiap hari?? huhuhuhuhuhu...
Nota Jari: Entry tajuk lagu Slam.. Tapi entry ni takde kena mengena langsung dengan lirik lagunya.. hahahaha
0 ulasan