Satu Hari Di Hari Raya
As'salam... Salam Aidilfitri.. Apa khabar semua?? Dah puas ke melantak ketupat dan lemang?? Hehehehe.. Tahun ni, my family tak buat ketupat daun palas.. Buat nasi impit dan bihun sup.. Tapi ada lemang coz my brother-in-law memang meniaga lemang tiap kali raya.. So my sis masak rendang daging untuk dimakan dengan lemang dan nasi impit..
Raya tahun ni, Ai raya di kampung Ai je.. Tapi sehari sebelum raya Ai masih bekerja.. Mujur big boss baik hati so dapat la balik awal.. Pukul 6.45pm baru Ai sampai kat rumah my dad.. Malam tu kami potong kek birthday HB.. HB lahir pada 30 Ramadhan.. Bukan tiap-tiap tahun kita dapat jumpa 30 Ramadhan.. hehehehe..
Ni pic sebelum kami bergerak pergi ke masjid untuk ziarah kubur mak.. Warna warni lebaran.. Tema memasing je.. Bukan senang nak kumpul adik beradik macam ni.. Cuma Apis, Along dan Andak je
yang takde.. Along dan Andak kerja guard mana ada cuti time raya.. Tapi
pagi tu, dorang datang singgah dulu kat rumah bapa sebelum pergi kerja.. Apis pula beraya rumah mertua dia.. Sebenarnya dekat je dengan rumah bapa.. Dalam 15-25 minit je dari rumah bapa...
Haaaaahhhhh... Sama kala pula dengan bapa.. hehehehe... Sebenarnya bapa nak bergambar dengan HK.. Tapi budak bertuah tu mana reti duduk diam.. Bapa nak pegang dia meronta-ronta.. Bapa dah tak larat sangat nak melawan kudrat HK yang debab tu.. So terpaksalah Ai dukung HK bagi merealisasikan hajat bapa nak bergambar dengan Si Rambut Kerinting..
Pic ni pula, my sis yang request.. Katanya nak bergambar berdua coz kami dua beradik je perempuan.. 5 orang lagi lelaki.. Lepas snap pic ni, my sis terkejut tengok Ai lebih tinggi dari dia.. hahahahaha..
Tahun ni, baju raya Ai sepasang je.. Beli kat first lady pada minggu kedua puasa.. Tajaan diri sendiri.. Baju sepasang lagi ditaja oleh KG tapi tak siap jahit lagi.. huhuhuhu... Tudung raya pula ditaja oleh KW.. hehehehe... HM pula pakai jubah raya tahun lepas je.. Sebab jubah tu dia pakai sekali je masa raya tahun lepas.. Ni baru kali kedua, dia pakai.. huhuhuhu.. Anak-anak pula, ikut tema abinya la.. Coz dua-dua anak bujang, kan.. 2 tahun lepas dah tema dark blue.. Tapi masa tu tak dapat cari baju melayu yang warna dark blue untuk HB dan HK.. Kali ni, alhamdulillah ada pula yang sesuai untuk anak-anak bujang Ai.. Ai pula asalnya cadang nak padan kan baju baru (ungu tu) dengan kain baju kurung dark blue yang Ai beli masa raya 2 tahun lepas.. Tapi lepas tu, tak jadi pula.. hahahahaha..
Dari kiri: Ai (no.3), Asu (no.7), Atam (no.5), bapa, Apis (no.4) & my sis (no.2).. |
Ni
pula pic selepas selesai ziarah kubur mak.. Tengok pic ni nampak Ai
tinggi, kan.. hahahahaha.. Sampai hari ni, Ai masih tak percaya.. Lepas
snap pic ni, Ai terkejut Ai nampak tinggi dari Apis.. Tapi Asu dan Atam
kata sebab Ai berdiri dekat dengan tebing jalan.. Apis pula berdiri atas
jalan berumput.. Kononnya jalan tu tak berapa rata (landai sikit dari
tempat Ai berdiri).. Ai memang lebih tinggi dari bapa, my sis dan Atam..
Cuma dengan apis, Ai tak berapa pasti siapa yang lebih tinggi.. Asu
kata Apis memang lebih rendah dari Asu..
Tengok la.. Dua anak bujang Ai yang manja dan gedik.. Si abang ni memang susah betul nak snap pic dia.. Memang takde gaya jadi model.. huhuhuhu.. Dia kata tak tau nak pandang mana??
Ok, turn HM pula bergaya dengan anak-anak.. Boleh la nak jadi model part-time.. Tinggi 172cm.. Menggayakan jubah by Amar Amran.. HM pakai saiz M.. HK pun pandai bergaya.. Tapi dapat snap sekeping ni je la yang dia boleh duduk diam.. Yang lain semua hancus.. huhuhuhu..
Malam tu, Ai tidur dari lepas solat isyak sampai ke subuh.. Lena sungguh-sungguh.. HM, Asu dan my brother-in-law main mercun pun Ai tak sedar.. Memang tiap kali dapat balik rumah bapa, Ai akan tidur dengan nyenyak.. Bukan setakat tidur, selera makan pun menjadi-jadi.. Tak tau la berapa kali Ai makan.. Pelik juga.. Kalau kat rumah sendiri, puas la HM paksa Ai makan.. Dapat makan dua-tiga suap je.. Lepas tu memang dah tak boleh nak telan.. Ai siap kata kat HM: "awak tak pandai jaga saya.. sebab tu saya kurus, tak naik-naik berat badan..".. HM gelak; "eleh.. sayang tu yang tak nak makan.. makan pun nak kena paksa.."..
Nota Jari: Tak pe la, kurus pun.. Asalkan sihat.. KG kata berat Ai dah cukup sesuai dengan ketinggian Ai...
0 ulasan