Nihaoma???

by - Saturday, September 10, 2016

As'salam.. Apa khabar semua?? Selamat cuti sekolah dan salam aidil adha.. Woooowwww.. Sekejap je masa berlalu.. Rasa baru je habis syawal.. Dah sampai zulhijjah pula.. Sebenarnya tengah sedih ni.. Kena bebel dengan KG gara-gara Ai tak suka pergi solat sunat hari raya.. 

"Sembahyang sunat dhuha, tahajud dan witir, Ai boleh buat hari-hari.. Sembahyang sunat raya yang setahun cuma 2 kali tak nak buat.." Ai terdiam.. Tergamam.. Tak tau nak jawab apa?? Bila menjawab pun kena marah, bila diam pun kena marah.. hukhukhukhuk..

Ok, sebenarnya bukan nak story panjang lebar tentang bebelan KG.. Tapi nak share story tentang hubungan rumah tangga jadi 'longgar' kerana isteri terlalu berdikari.. Wooowwww... Isu panas ni.. Ai jumpa story pasal ni masa layan mukabuku mingguan wanita..

Tahun 2013, ada buat entry Selami Hati Seorang Isteri!!!!.. Entry tentang apa yang isteri mahukan dari seorang suami.. Or dalam erti kata lain, isteri tu adalah Ai... hahahahaha... Bila baca balik dah macam pakar psikologi la pula.. Kali ni nak story pasal berdikari pula..

Errrmmmm.. Ai sebenarnya seorang yang manja.. Tak pandai luahkan perasaan, tak pandai gaduh, tak pandai membebel.. Kalau orang tengok, Ai sentiasa nampak ceria.. Walaupun kadang kala gelak tawa dan senyuman Ai tu hanyalah palsu.. Tapi takde yang sedar.. See.. That means, orang tengok Ai macam takde emosi.. huhuhuhu.. Kalau Ai tengah marah pun, orang tak tau.. Lepas Ai cakap Ai tengah marah, baru orang tau.. Nak buat macamna suara Ai kecik je (sesuai la dengan saiz badan Ai), so pitching Ai memang slow je..

Mula-mula kita tengok bagaimana cara didikan dalam family.. Bab-bab kehidupan ni, my mom setuju dengan cara my dad didik Ai.. My mom je yang terlalu manjakan Ai.. My mom manjakan Ai sebab masa dulu badan Ai cepat penat dan selalu demam.. My dad garang.. Dan my dad memang ajar Ai berdikari dari budak-budak.. My dad selalu pesan, "kita tak boleh terlalu bergantung pada orang sebab bukan semua orang ikhlas nak tolong kita.." So Ai dah biasa pomen basikal dari Ai sekolah.. Dan Ai sangat suka bertukang, repair barang elektrik, menjahit or alter pakaian.. Ai juga tak kisah tak ada ramai kawan.. Sebab my mom selalu cakap, "kita orang susah, takde siapa nak mengaku kawan or sedara.. lain la kalau kita orang senang.."

Jadinya, aktiviti Ai agak tersekat.. Ai tak pandai bergaul tapi Ai selalu berikan senyuman tak kira pada siapa.. Ai jenis yang tertutup walaupun Ai seorang yang ramah.. Kalau ada masalah, Ai selalu pendam sendiri sahaja.. Ai takde kawan baik yang Ai boleh cerita apa sahaja.. Means Ai susah nak percaya pada orang.. Ai tak suka orang menghukum or cepat menilai or memandang buruk pada Ai..Cuma sekarang ni, KG la kawan paling rapat yang Ai ada.. Nak bergaduh pun dengan dia, nak bergelak pun dengan dia.. hahahaha.. Nak kena bebel pun dengan dia.. Dah macam my mom pula KG ni.. Ye la, Ai kan dah takde mak..

Ai belajar untuk tidak terlalu terbuka, masa Ai tinggal di asrama.. Masa tu la Ai belajar, susah nak cari orang yang sayangkan kita macam family sayang kita.. Adakalanya orang berkawan dengan kita kerana ada kepentingan.. Adakalanya, kita akan menjadi orang yang ditindas kalau nak kekal dalam group yang sama.. So samada move on atau nak stay, terpulang pada diri.. Ai ambil keputusan, biar Ai berdiri seorang diri kerana Ai tahu di balik bayang-bayang Ai, ada family yang sentiasa menyayangi Ai tanpa syarat.. So Ai jadi terbiasa ke hulu ke hilir sengsorang.. Masa study dulu, Ai ke kelas berjalan seorang diri, makan di cafe seorang diri, pergi jumpa lecturer seorang diri, joint aktiviti kelab or persatuan (yang Ai gemar) seorang diri.. Sebab bagi Ai, Ai boleh mencari / dapat kawan setiap hari.. Cuma hubungan tu nak kekal selama mana, adalah terpulang pada mereka.. Coz Ai akan buat baik kepada semua orang.. Terpulanglah orang nak suka atau benci dengan cara Ai..

Kat opis, Ai fokus pada kerja.. Dan kadang kala pergi berbual dengan KN.. Selebihnya Ai akan buat kerja Ai, dan hanya keluar untuk ke tandas or beli makan sahaja.. Kat rumah pula, sama je.. Ai lebih suka berkurung dalam rumah.. Cuma sesekali, Ai akan berbual-bual dengan jiran dan adakalanya pergi ke rumah my sis..

Tapi dalam Ai terlalu berdikari pun, ada perkara yang Ai masih perlu bergantung pada orang.. huhuhuhu.. 
1. Ai memang fail bab-bab jalan ni.. Memang susah nak ingat jalan.. So kalau nak pergi mana-mana tu memang nak berteman.. Kalau pergi sorang, confirm Ai menangis sepanjang jalan..

2. Ai tak pandai pam tayar.. Kalau tengok tayar kurang angin, memang Ai akan menangis dulu.. hahahahaha.. Susah hati sebab tak tau nak guna pam kat stesen minyak.. Pastu malu nak minta orang tolong pamkan..

3. Ai cukup malu nak pergi bengkel.. Ye la, Ai malu sebab kalau dorang tanya apa yang rosak?? Ai tak tau nak cerita apa yang rosak??

4. Tak kan pergi kenduri kalau tak kena paksa dengan my dad / my mom.. Sekarang ni pula, Ai hanya akan pergi kenduri or tempat yang ramai orang (aktiviti kampung) kalau my sis ada sekali.. Sebab Ai & HM bukan kenal orang.. Kat kampung sendiri pun Ai malu, ni pula kat kampung yang kami menyewa.. huhuhuhu...

Mungkin bagi kengkawan, 4 perkara ni masalah kecil tapi bagi Ai 4 perkara ni adalah masalah besar.. So means, Ai masih tak cukup berdikari.. hahahahaha.. Nampaknya Ai kena berazam untuk menangani 4 masalah ni.. Coz Ai pun dah mak budak sekarang ni.. Mana boleh malu-malu sangat.. huhuhuhu..

Kat sini Ai nak beri nasihat kepada lelaki yang bergelar suami, janganlah seronok sangat biar isteri buat semua benda sendiri.. Lelama isteri akan rasa, tanpa suami pun dorang boleh hidup dan pastinya lebih bahagia sebab takde orang yang menyakitkan hati.. Masa tu, menyesal pun tak guna dah.. Untuk kekal mejadi raja dihati isteri, suami perlulah bertindak menjadi pelindung, kawan baik, driver, tukang pomen, imam dan pengawal keselamatan kepada isteri dan anak-anak.. Semoga semua orang bahagia.. Amin..



Nota Jari: Dengarnya ada drama baru tajuk; 'Abang Bomba, I Love U'.. Lepas-lepas ni, boleh la buat tajuk drama; 'Abam Pomen, I Need U', 'En. Kontraktor, Jangan Marah Ku', 'Suamiku Driver Terhandal', 'Isteri Muda Tok Imam', 'Pak Guard Itu, Suami Ustazah".. huhuhuhu..

You May Also Like



0 ulasan