Besday 2016

by - Wednesday, October 05, 2016

As'salam kengkawan semua... Terima kasih yang tak terhingga Ai ucapkan kepada yang sudi wish besday di mukabuku Linz Kushina dan Rina Aielyu.. hehehehe.. Tamak betul, sampai 2 akaun mukabuku..  
 
Bukan tamak tau.. hehehehe.. Sebenarnya, LK akaun peribadi Ai dan RA pula akaun untuk Ai meniaga dan uruskan page perniagaan Ai.. Perniagaan masih lagi berdaftar atas nama Hakun Niaga (PG0382930-X)..  

Ok, dah melalut dari tujuan asal... hehehehe.. Panjang pula mukadimahnya.. huhuhuhu... Ada ke kengkawan yang menunggu-nunggu entry terbaru Ai.. Sebenarnya ada banyak yang Ai nak story tapi kena tapis dulu.. Kena kelaskan sesuai ke tak untuk bacaan umum... kuang..kuang..kuang.. Kena buat kategori macam kat pawagam pula..

Ok, nak bagi tau ni.. Sejak bulan lepas,  Ai ditawarkan menjadi blogger untuk produk susu kambing i-Sihat.. Memang tak sangka nak dapat offer macam tu.. Almaklumla, Ai bukanlah blogger popular.. Tapi Ai sangat-sangat hargainya.. Dorang siap dah bagi upah until jun 2017.. Woooowwww.. Sangat-sangat terharu di atas kepercayaan yang diberikan.. Nak tau lebih lanjut tentang produk susu kambing i-Sihat??? Mehhh la blog walking kat rahsiaque.blogspot.my.... Insya-Allah, entry nya banyak mengenai makanan sunah dan penjagaan kesihatan tanpa pengambilan supplement tambahan.. hehehehe.. Gaya hidup sihat dengan mengamalkan sunah Rasulullah.. 

Now, nak masuk bab besday 2016.. Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan beribadat mengumpul bekalan untuk dibawa ke sana nanti.. Errrmmm.. Tahun ni ada dapat hadiah.. hahahahaha.. Dan ramai yang wish di mukabuku Ai.. Yang paling lawak, Ai baru tau besday Ai sama dengan kak sepupu Ai.. So, Ai nak ucapkan terima kasih kepada yang masih mengingati Ai.. Dan terima kasih kepada yang bagi hadiah, walaupun ada yang macam terpaksa bagi.. hahahahaha... Paling terharu bila Ai dapat balik loket yang Ai terhilang pada tahun 2006.. huhuhuhu... Perancangan Allah adalah yang terbaik.. Syukur sangat.. Alhamdulillah.. 



Nota Jari: Semoga kengkawan semua sentiasa dalam rahmat Allah.. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan Ai..

You May Also Like



0 ulasan