Rempit
As'salam.. Apa khabar semua??? Woooowww... Sekarang musim cuti sekolah.. Seronok ye duduk rumah.. Boleh golek-golek sepanjang hari.. hahahaha..
Alkisah pada pagi sabtu yang indah permai.. Semalam dah merancang nak bawa anak-anak bujang berjalan-jalan hari ni.. Sementara nak ambil mood berjalan (ceeeehhhh, ye la tu.. Pada hal tak kira masa memang ada mood nak berjala-jalan..), Ai layan mukabuku.. Pastu ternampak post motor ni.. Huhuhuhu.. Tetiba naik semangat nak beli moto baru kalau betul ada motor macam pic ni..
Nampaknya nak kena booking no plate ni.. hahahaha.. Ai sanggup buat loan kalau betul ada jual motor macamni.. Ni kira dah betul-betul jatuh cinta pada pandangan pertama.. Memang tak sabar nak meminang untuk di jadikan suri hati, peneman setia ke pejabat.. Boleh la kita merempit bersama-sama melalui denai dan lautan yang luas terbentang..
Aaaiiiiiceeehhhh... Tetiba terjiwang berkarat-karat pula... huhuhuhu.. Agak-agak berapa la harga si cantik rupawan ni.. Ai betul-betul berkenan ni.. Tapi kan, nak bawa nya macam motor ke macam kereta?? Ada gear macam motor or kereta?? Nak kena kena guna lesen kenderaan beroda 3 ke?? Kalau setakat lesen motor dan kereta, Ai dah ada.. Pastu, masa nak masuk jambatan pulau pinang, nak kena lalu kat laluan motorsikal or laluan kereta??
Nampak gayanya.. Banyak juga halangan untuk memilikimu wahai si cantik rupawan.. Hanya mampu bermimpi untuk menunggangmu.. Tapi andai Allah takdirkan jodoh kita, pasti kita akan bersatu..
Nota Jari: Kalau kereta, Ai masih tunggu model kenari terkini.. Kenari dah melekat di hati..
0 ulasan