Jangan Mudah Menghukum

by - Sunday, November 20, 2016

Assalammualaikum w.b.t.. Semua sihat??? Dah nak hujung tahun ni, mesti ramai yang sibuk kejar date line, kan.. Ai setakat ni masih boleh manage antara kerja hakiki, berniaga online, part-time blogging dan part-time officer clerk (hahahaha.. nama jawatan yang diberi sendiri oleh Ai.. En. Boss jangan marah, ye..)

Jangan Mudah Menghukum

Ramai dikalangan kita sangat suka menghukum apa sahaja yang dilihat.. Contoh, apabila kita dengar sesuatu perkhabaran, kita terus percaya dan mula membuat ulasan-ulasan yang mengikut pandangan kita..

Mungkin ada yang nampak Ai kurang bergaul.. Kerana Ai tak suka pada gosip-gosip or mengumpat.. Sebab dosa yang mendengar sama sahaja dengan orang mengumpat.. Dan kalau gosip yang diceritakan atau dibualkan tu, tidak benar.. Ia dah jadi suatu fitnah.. Bukan nak kata Ai orang baik, tetapi kerana Ai tahu Ai banyak melakukan dosa pada setiap hari, jadi Ai tak nak tambah dosa yang ada.. 

Adakah kita yakin solat 5 waktu kita diterima Allah???Adakah kita yakin puasa kita diterima Allah??? Adakah kita yakin sedekah kita diterima Allah??? Adakah kita yakin segala amalan baik kita diterima Allah??? Kerana kita tidak nampak buku catatan amalan kita.. Kita hanya akan mengetahui tentang catatan amalan kita setelah tiupan sangkakala kedua..

Ok, sebenarnya semalam Ai terbaca luahan di page Kisah Rumah Tangga dalam mukabuku.. Tentang seorang isteri yang suaminya sudah 3tahun lumpuh kerana kemalangan sewaktu pulang dari kerja.. Serta mempunyai seorang anak.. Semua urusan rumahtangga dan perbelanjaan perlu diuruskan oleh si isteri.. Si isteri berkawan dengan seorang duda yang bekerja satu opis.. Si isteri meminta paandangan, adakah wajar beliau meminta cerai dari si suami.. Kerana si duda berjanji akan mengahwininya dan menjaga anak si isteri..

Dari komen yang Ai baca, rata-rata mengecam tindakan si isteri untuk meminta cerai dan bercinta dengan lelaki lain.. Ai tak nak terus memberi komen or pandangan coz Ai takut komen yang Ai beri tu berupa pandangan buruk Ai pada si pengadu.. Dan Ai tak boleh membuat kesimpulan menghukum tindakan seseorang or bercakap sesedap mulut kerana Ai adalah hamba yang Allah akan bayar 'cash' atas apa yang Ai cakapkan / lakukan.. Disebabkan tu, Ai akan berhati-hati ketika bercakap.. Kalau Ai menghukum tindakan orang, pasti dalam masa terdekat Ai pula yang akan mengalami apa yang di alami oleh orang tersebut.. huhuhuhu.. Tapi itulah cara Allah untuk mengingati Ai, balasan Allah itu ada dan Allah sentiasa memerhatikan Ai..

Kebetulan Ai nak solat dhuha.. So Ai tutup dulu mukabuku dan pergi mengambil wuduk.. Otak masih lagi berfikir mengenai luahan si isteri.. Sesudah berwuduk dan solat dhuha, Ai bingkas bangun dan mencari kembali luahan tersebut tapi tak jumpa.. Disebabkan tu, di sini Ai cuba coretkan sedikit pandangan Ai..

'Sis.. Sebaik-baiknya sis buat solat taubat, solat hajat, solat ishtikarah.. Minta petunjuk apa yang harus sis buat.. Minta Allah bimbing sis dalam membuat keputusan yang tepat.. Ai tak nak kata sis zalim kalau teruskan niat untuk meminta cerai.. Sebab Ai tak berada di tempat sis.. Ai tak tau apa yang sis lalui dan alami.. Cumanya, janganlah niat meminta cerai kerana hendak berkahwin dengan duda tu.. Niatkan untuk berpisah kerana tak nak terus menerus melakukan dosa terhadap suami.. Sis berhak untuk bahagia, begitu juga suami sis.. Kalau masih ada sayang, sebaiknya bersabarlah dulu.. Cuba jauhkan diri dari duda tu.. Renungkan balik, adakah sis mula terniat nak berpisah dengan suami dari sebelum bercinta dengan duda tu or selepas bercinta dengan duda tu??? Untuk hati yang lebih tenang, sis boleh cuba amalkan solat tahajud dan membaca Al-Quran pada setiap hari.. Jangan buat keputusan terburu-buru dan jangan buat keputusan ketika hati sedang marah.. Sebaik-baiknya, biarlah bersama / berpisah kerana inginkan keredhaan Allah.. Ai doakan, sis dapat jalan penyelesaian yang terbaik.. Semoga Allah permudahkan urusan sis dan suami..'


Nota Jari: Errrrmmm.. Ai bukan pakar motivasi.. Hanya memberi pandangan dari sudut mata sepet Ai...

You May Also Like



0 ulasan