Kunci Dipermudahkan Urusan...

by - Sunday, September 03, 2017

Salam Merdeka-Raya 2017.. Sorry raya puasa ritu, takde langsung buat entry.. Sibuk sesangat.. Masa tu la dapat tukar ke tempat baru.. Nak story pun susah, ramai benor tukang kecam.. Hahahaha.. Ada orang follow blog Ai sebab suka nak tau story Ai.. Tapi ada juga yang follow sebab nak kecam.. Lantak kome la.. 
Paling sadis bila berkawan dengan manusia yang kat depan kita semanis gula-gula kapas.. Kat belakang kita benda fitnah yang disebarkan.. Takpe.. Allah ada, Allah melihat, tiada satu pun yang terlepas dari pandangan Allah.. Balasan Allah tu tetap ada.. Cuma cepat atau lambat je.. Tak kena kat dunia, kena kat akhirat.. Gitu lah kaedahnya..

~~~~~~~~~~~~~~
Something about Ai, orang tak kan tahu emosi sebenar Ai.. Coz what??? Senyum... Ye, Ai sentiasa senyum tak kira apa jua.. Hanya orang yang betul-betul rapat dengan Ai je tahu Ai sedih ke tak?? Masa mula-mula dulu, KG pun tak kan perasan Ai tengah stress.. Tapi lelama, sekilas pandang pun dia dah tau.. Ai betul-betul senyum sebab gembira or just nak cover sedih di hati..

Setiap kali Ai stress, hati rasa tak tenang.. Dalam fikiran Ai mungkin Ai terlalu banyak buat dosa.. So Ai akan buat solat taubat.. KG kata dah alang-alang buat solat taubat, buat la solat dhuha sama.. Solat dhuha memang Ai dah lama amalkan.. Tapi masih juga Ai rasa tak sedap hati.. Hati tak tenang..

Simpati dengan Ai yang terpaksa berulang alik jauh.. Menunggang skuter pula tu.. KG nasihatkan Ai berdoa minta dapat tukar tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah.. Sambil tersenyum kelat menahan air mata, Ai membalas; "Ai doa minta Allah permudahkan urusan hidup Ai.. Tak kisah la dapat tukar ke tak?? Sebab Allah je yang lebih tahu apa yang terbaik untuk Ai.."

Kalau ada yang masih ingat, tahun lepas motor skuter rosak teruk.. Ai terpaksa EL.. Sedih sangat dan stress sangat.. Tapi hikmahnya sejak kejadian tu, Ai bangun awal dan solat tahajud.. Berdoa mengadu pada Allah..

Selepas beberapa bulan mengamalkan tahajud, Ai ternampak pic solat sunat di mukabuku.. Terus Ai send pic pada KG dan bagi tahu.. "Ai dah jumpa apa yang Ai nak.."

Ai nak urusan Ai dipermudahkan.. Memang solat tahajud kuncinya.. Alhamdulillah.. Allah uji sebab nak Ai semakin dekat dengan Dia.. Dia rindu nak dengar Ai merintih pada Dia.. Tiadalah sia-sia solat Ai, kerana Allah permudahkan urusan Ai seperti mana yang Ai harapkan..



Nota Jari: Semoga Ai terus istiqomah mengamalkan sunah Rasulullah...

You May Also Like



2 ulasan

  1. teruskan memcoret akak..coretan akak byk berikan sy motivasi bg mnjalani khidupn ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. insya-Allah, akan terus mencoret selagi terdaya..

      Delete