Pelangi Yang Dicari...

by - Monday, September 18, 2017

Ya Allah,
Terlalu berat dijiwa..
Terlalu gusar dihati..
Terlalu kusut diminda..

Jiwa ini semakin lesu,
Hati ini semakin lemah,
Minda ini semakin letih..

Ya Allah,
Izinkan aku menangis untuk sekian kalinya..
Bukan bermaksud menyalahkan tadir-Mu..
Kerana bagi ku, itu semua kebodohan sendiri..

Aku tahu memadam kenangan tidak akan mengubah masa lalu..
Aku juga tahu, berbicara tak kan menjernihkan keadaan..

Yang penting ambil pengajaran daripada setiap perkara yang berlaku..
Dan adakala nya berdiam lebih baik dari berkata-kata kerana kebenaran biasa nya pahit untuk di telan..

Ya Allah,
Aku mohon Kau kuatkanlah aku untuk terus melangkah..
Bimbinglah aku disepanjang perjalananku..
Kurniakan padaku keberkatan dan rahmat-Mu..

Kerana aku yang sering lesu,
Kerana aku yang sering lemah,
Kerana aku yang sering letih..

Semoga jiwa ku menjadi semakin cekal,
Semoga hati ku menjadi semakin tabah,
Semoga minda ku menjadi semakin matang..

Ya Allah,
Keredhaan-Mu yang ku cari..
Tanpa redha-Mu, mana mungkin aku menemui pelangi yang ku impikan..



Nota Jari: Semoga pelangi akan tiba suatu hari nanti.. Jika tidak di dunia, insya-Allah di akhirat..

You May Also Like



0 ulasan