Luka Yang Tak Berdarah

by - Sunday, June 21, 2020

As'salam.. Sorry, tuan blog tengah mencari mood menulis.. hahaha.. Adduuuhhaaiii..

Eeerrrmmmm.. Dari mana nak mula, ye.. Ramai yang tertanya-tanya kenapa Ai boleh jadi kemurungan.. Puncanya kerana penderaan mental dan emosi tapi tak cerita pada sesiapa konon nak jaga aib dan takut gugur pahala..

Kerana pegangan tu, semuanya Ai telan dan pendam sendiri.. Hanya mampu menangis di atas sejadah atau sebelum tidur.. Kerap menangis semasa nak tidur.. Penderitaan yang dipendam lama kelamaan menjadi semakin parah..

Adat berumah tangga ada ujian dan rintangan.. Kali pertama ex buat hal, Ai bagi peluang sebab anggap itu ujian Allah.. Masih sabar menunggu ex berubah.. Ayat yang tak lekang dari mulutnya; tak boleh kehilangan Ai nanti dia akan jadi gila dan bunuh diri.. Ok, sebab risau dia jadi gila dan bunuh diri, Ai bersabar dan bertahan..

Selepas 6 tahun kahwin masih tak berubah.. Ai nekad nak bercerai.. Ai cerita masalah kepada ketua unit (masa tu baru 6 bulan kerja di JPWPKL).. Dia yang banyak membantu untuk Ai dapat tukar.. 

Tapi di kampung Ai takde kosong, jadi Ai ditempatkan di Penang.. Masa tu betul-betul nekad untuk keluar dari perkahwinan yang toksik.. Tanpa sedar, ada nyawa yang sedang tumbuh membesar di dalam rahim.. Setelah kehadirannya diketahui, Ai terpaksa ubah plan..

Ai anggap mungkin itu petunjuk yang Allah beri supaya Ai beri ex peluang kedua.. Ai mengalah demi anak-anak.. Kasihan anak yang lahir tanpa kasih sayang bapa.. Ai harap ex akan berubah demi anak-anak..

Bermulalah episod Ai terpaksa berulang 80km sehala selepas habis cuti bersalin Hafiy.. Telan lagi semua kisah duka.. Orang cadangkan supaya duduk di kuarters tapi Ai menolak dengan alasan kuarters banyak yang rosak..

Tapi sebenarnya Ai nak sorok kisah duka rumahtangga Ai agar takde orang yang tahu.. Biarlah Ai pendam sendiri semuanya.. Biarlah orang nampak kami sentiasa bahagia.. Bawa anak keluar berjalan-jalan setiap hujung minggu.. 

Penatnya memendam semua sendirian.. Bertambah sedih melihat ex tak pernah berubah.. Sabar mengurut dada.. Asalkan anak-anak gembira, apalah salahnya Ai berkorban..

Ai kerja jauh, sebelum pergi kerja, Ai hantar dulu Hafiy ke rumah pengasuh.. Hamy Ai serahkan pada ex untuk hantar ke sekolah.. Ex kerja kedai makan berhampiran rumah sewa kami.. Ex masuk kerja pukul 4petang dan balik pukul 1 pagi.. 

Pada mulanya, semua berjalan lancar.. Nafkah??? Ai tak berkira sangat, asalkan tak menyusahkan Ai.. Ex kerja hanya untuk diri sendiri..  Ai terpaksa berulang kerja menunggang motor kerana tak mampu menanggung kos perjalanan yang mahal sekiranya memandu ke tempat kerja..

Pernah Ai suarakan kepenatan menunggang motor tapi ramai yang berkata, takpe la bagi ex bawa kereta dan Ai menunggang motor, boleh jimat duit.. Sedihnya menusuk ke jiwa.. Orang tak faham kenapa Ai terpaksa buat pilihan menunggang motor.. Jadi takde gunanya Ai bercerita, lebih baik Ai pendam sendiri..

Selepas Hafiy berumur 2 tahun, ex masih tetap dengan perangai lamanya.. Ai mula menjauhkan diri dari orang sekeliling.. Luka yang dipendam semakin dalam.. Orang dah mula bercakap-cakap, Hamy kerap balik sekolah jalan kaki sebab ex tak pergi ambil..

Perangai ex yang selama ini Ai sorokkan terbuka sendiri.. Orang mula menilai.. Orang mula bercakap.. Pedihnya.. 

2016, Ai mula berkurung dalam bilik.. Terasa malas untuk memeruskan hidup.. Terasa beban yang dipikul tak mampu lagi untuk terus digalas.. Ai banyakkan solat hajat, tahajud bermohon agar Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk Ai dan anak-anak..

Ai mula bertanya pakcik google cara untuk bercerai tanpa menggunakan kos yang banyak.. Kerana Ai tak mampu nak upah lawyer.. Ai dapat cara yang tak membebankan.. Iaitu taklik.. Suami perlu melafazkan taklik dihadapan 2 orang saksi lelaki.. Kemudian taklik itu diserahkan kepada peguam syariah untuk dimatikan setem supaya ianya sah disisi undang-undang..

Alhamdulillah, ex mahu lafazkan taklik.. Dalam masa yang sama, Ai masih berusaha untuk melihat perubahan ex.. Ai ajak ex berniaga online tapi ex tak pernah ambil tahu.. Alasannya dia tak pandai.. 

Selepas 4 bulan melafazkan taklik, ex telah melanggar taklik.. Maka terlerailah ikatan pernikahan kami.. Ai minta ex pergi ke mahkamah syariah untuk uruskan pengesahan pelanggaran taklik..  Alhamdulillah, Allah permudahkan.. Selepas 10 tahun, akhirnya terlerai juga ikatan kami.. 

Ex pulang ke pangkuan keluarganya di Pahang.. Ai kekal di rumah sewa kami.. Namun luka yang tidak berdarah tidak mudah untuk sembuh.. Hidup Ai terasa kosong.. Ai umpama jatuh ke lembah yang paling dalam.. Hari-hari yang dilalui terasa hambar.. Tetap pergi kerja kerana itu rezeki untuk membesarkan anak-anak.. 

Pulang ke rumah terus berkurung di dalam bilik.. Tidur.. Bilik dibiarkan dalam keadaan gelap.. Terlalu malas untuk meneruskan hidup.. Hanya bertemankan air mata.. Masa bercerai dengan ex, Hamy darjah 3 dan Hafiy umur 3 tahun.. Rasa bersalah kepada anak-anak kerana salah pilih bapa untuk mereka..

Ai tak boleh pandang wajah Hamy, mesti Ai nak marah-marah.. Mesti Ai nak pukul dia.. Ai tak benci Hamy tapi Ai benci diri Ai sendiri.. Ai kasihankan Hamy terpaksa lalui kesusahan.. Ai kasihankan Hafiy yang masih kecil.. Ai sedih anak-anak tak dapat kasih sayang seorang ayah..

Penghujung Julai 2018, Ai mulai sedar Ai perlukan rawatan.. Ogos 2018, Ai disahkan mengidap Major Depressive Disorder (MDD).. Bermulalah perjalanan hidup Ai sebagai pesakit mental..


Nota Jari: Sampai saat ini setelah 3 tahun bercerai, ex masih tak berubah.. Ai dah berkahwin lain pada 18/01/2019 dan melahirkan puteri comel pada 01/11/2019.. Sama tarikh lahir dengan En Kanda..

You May Also Like



0 ulasan