JALAN HIDUPKU - BAB 1

by - Friday, July 17, 2020

Tahun 1988...


Hari ini Hafizah akan mengikut ahli keluarga yang lain berpindah ke tempat baru. Hafizah anak kedua dari lima beradik. Hafizah berusia 7 tahun,abangnya bernama Haizal berusia 10 tahun.Adik perempuannya muda setahun dari Hafizah bernama Hazlina,dua orang lagi adiknya bernama Hafis berusia 3 tahun,Hamiy berusia 4 bulan.

Hari ini rumah pusaka tempat tinggal Hafizah dan keluarga di datangi oleh adik beradik sebelah ibunya. Mereka ingin mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga Hafizah kerana ingin berpindah. ibu Hafizah bernama Habibah dan  ayahnya pula bernama Samat.

Selesai bersalam dengan jiran-jiran dan bapa saudara serta ibu saudaranya. Keluarga Samat pun bertolak ke tempat baru mereka di daerah lain yang agak jauh dari rumah yang mereka diami sekarang. Salah seorang bapa saudara sebelah ibunya telah membawa mereka sekeluarga dengan menaikki van untuk menuju ke sebuah ladang. Ladang tersembut berada di atas bukit di daerah lain.Mengambil masa hampir 3 jam barulah mereka sampai di ladang tersebut.

Sepanjang perjalanan Hafizah dan adik-adiknya yang lain tertidur. Sampai di ladang tersebut barulah si ayah mengejutkan anak-anaknya dari tidur. Hafizah pun terbangun dan mengosokkan matanya. Ia agak hairan melihat tempat baru yang akan ia dan ahli keluarganya akan tinggal.Kerana terlalu banyak pokok-pokok dan ada sebuah bangunan seperti kilang terdapat di atas bukit tersebut.Van tidak boleh naik sampai di rumah ladang yang diami oleh  keluaraga Samat. Jadi mereka terpaksa berjalan kaki sambil membawa barang-barang yang mereka bawa tadi. Akhirnya mereka pun sampai di rumahnya bakal mereka diami. Selesai menolong membawa barang-barang sampai di rumah,bapa saudara Hafizah pun  berangkat pulang.

Malam ini malam pertama mereka tidur di rumah yang di kelilingi oleh pokok-pokok ladang. Ada dalam sepuluh buah rumah yang tersedia di ladang tersebut. ada rumah untuk yang berkeluarga dan ada juga rumah untuk pekerja warga asing. Untuk pekerja warga asing rumah mereka agak besar kerana mereka agak ramai. Dan hanya sebuah rumah itu untuk mereka diami. 

Setiap rumah ada tempat tidur,dapur dan bilik air.Tandas pula berkongsi dan agak jauh sedikit. Pihak ladang telah menyediakan 10 buah tandas.  Di depan tandas tersebut ada sebuah batu yang agak besar,  bahagian depan batu tersebut warna agak coklat.

Sudah seminggu Hafizah dan keluarganya berada di ladang ini. Ayahnya bekerja sebagai pengutip daun di ladang ini. Hafizah dan abang sulungnya Haizal sudah mula bersekolah di sini. Hendak ke sekolah mereka terpaksa bersiap awal dalam pukul 6.30 mereka di kehendakki sudah berada di tempat letak kenderaan ladang. Kerana pihak ladang akan menghantar anak-anak pekerja ladang ke sekolah mengunakan kenderaan ladang. Kerana di atas bukit ini tidak ada sekolah. Hendak kesekolah terpaksa turun ke bawah yang agak jauh dan mengambil masa hampir setengah jam.

Hari ini Hafizah,Haizal dan budak-budak lain pergi sekolah seperti biasa. Anak pekerja di ladang itu tidaklah ramai,lebih kurang dalam 9  orang sahaja. Mereka juga tidak sama usia. Hafizah darjah 1,Haizal darjah 4,ada seorang budak perempuan darjah 4, dua orang budak lelaki lain darjah 6. Dua orang budak lelaki lainnya darjah 2, dua lagi darjah 5.

Loceng telah berbunyi menandakan waktu pulang kesekolah telah tiba. Hafizah dan murid-murid lain pun keluarg dari kelas. Hafizah,Haizal dan budak yang tinggal di ladang pun menunggu di depan sekolah sehingga pihak kenderaan pihak ladang sampai. Jam sudah menunjukkan hampir 3 petang tapi kenderaan yang sepatutnya mengambil mereka masih belum sampai. 

"Jom kita jalan kaki sampai dekat bawah bukit.Nanti petang diorang hantar pekerja boleh lah kita tumpang." kata budak lelaki yang darjah 6.

Mereka pun berjalan menuju ke kaki bukit.Hafizah dan Haizal mengekori budak-budak lain berjalan keranan mereka berdua tidak berapa tahu tentang tempat ini. Sebab Hafizah dan Haizal baru sahaja berpindah di sini.

Mereka mengunakan jalan sokat masuk sebuah kampung. Melepasi kampung tersebut mereka masuk sebuah lorong yang agak kecil hanya boleh di guna untuk berjalan kaki sahaja dan di penuhi dengan rumput dan pokok hutan.Di pertengahan jalan tersebut ada sebuah rumah kayu yang agak kecil. Di sekeliling rumah tersebut berpagar tapi kelihatan rumah tersebut tidak ada penghuninya. Di tepi rumah tersebut kelihatan seperti ada sebuah kubur.Haizal dan Hafizah memadang ke arah tersebut agak hairan.Tapi budak-budak lain pula bila hampir di rumah tersebut mereka terus berlari agak laju sehingga hampir meninggalkan Hafizah dan Haizal. Hafizah dan Haizal pun berlari sekuat hati supaya tidak tertinggal jauh di belakang. Akhirnya mereka pun sampai di kaki bukit. Mereka pun meletakkan beg sekolah di sebuah pokok.
,
"Kenapa hangpa semua lari tadi masa dekat rumah tu." tanya Haizal ingin tahu.

"Kau nak tahu pasal rumah tu...Rumah tu rumah hantu panjang,orang kata masa dia mati badan dia kena di lipatkan sebab terlalu panjang. kubur dia pun ada dekat tepi rumah tu je" Kata Firdaus yang berusia 12 tahun dan paling tua dari mereka semua.

"Lagi satu kalau lalu dekat rumah tu tak boleh padang lama dekat rumah tu. Nanti malam dia akan datang" kata Ikbal yang seumur Firdaus.


Mendengar apa yang di katakan oleh Firdaus dan Ikbal membuatkan Hafizah ketakutan. Tapi Haizal. cuba untuk menenangkan adiknya itu. Dengan mengatakan tidak ada apa yang akan terjadi.

Lebih kurang dalam setengah jam mereka berada di kaki bukit tersebut barulah ada kenderaan ladang ladang turun dari bukit untuk mengantar barang. Bila melihat budak-budak berpakaian sekolah berada di kaki bukit. pemandu itu pun memberhentikan kenderaanya.

." Kamu semua tunggu je dekat sini.Nanti lepas pakcik hantar barang baru pakcik datang balik sini hantar kamu semua naik bukit."kata pemandu tersebut. 

Hafizah dan budak-budak lain pun menganguk tanda faham.



Nota Jari: Ini novel my sis.. Memandangkan mood menulis masih ke laut, so Ai update novel my sis je la..

You May Also Like



0 ulasan