• Home
  • About
  • Contact
  • Book Cafe
  • Disclaimer
facebook twitter instagram Email

Si Pencari Pelangi

Perjuangan Mencari Redha Illahi. Sebuah blog peribadi.

Perancangan awal abah nak hantar Hafiy ke sekolah pondok.. Tapi umi tak setuju.. Umi tak sanggup pisah.. Bagi umi Hafiy terlalu cepat dewasa dari umurnya (kurang perhatian umi).. 


Rezeki Hafiy dapat masuk Sekolah Rendah Islam.. Masuk pukul 7.40am, balik pukul 5.30pm.. Tak perlu duduk asrama.. Belajar akademik dan hafazan.. 


Biasa umi hantar pukul 7.30am.. Satu hari umi terhantar awal pukul 7.15am.. Balik sekolah Hafiy cakap pada umi, Hafiy nak pergi awal macam tadi..


Dalam fikiran umi dan abah, mesti dia nak main2 dulu dengan kawan2 dia.. Sangkaan kami meleset.. Hafiy nak pergi awal sebab Hafiy nak dengar ustaz mengaji, berzikir dan tazkirah..


Bangganya hati umi dan abah.. Puas hati abah dengar anak bersungguh nak belajar.. Abah bayarkan yuran tahunan Hafiy.. Pada mulanya, umi rancang nak bayar ansur2.. Tapi abah dapat i-lestari, terus abah agihkan duit untuk yuran Hafiy.. (Semoga Allah bukakan pintu2 rezeki untuk abah sebab tak kedekut pada isteri dan anak2)..


Dua hari lepas, Hafiy menangis dalam bilik.. Abah tanya kenapa? Hafiy batuk selsema dan sakit telinga.. Abah minta umi cari lampu picit.. Suluh dalam lubang telinga Hafiy.. Abah nampak macam cekenit.. Abah ambil tweezer cuba untuk keluarkan cekenit tu.. 



Tapi disebabkan terlalu dalam, abah batalkan dan abah bawa Hafiy ke kecemasan hospital.. Mulanya bawa ke Hospital Sungai Buloh tapi kena tolak sebab HSB masih lagi khas untuk pesakit covid.. Kemudian abah bawa pula Hafiy ke Hospital Selayang.. Setalah lama menunggu, Hafiy diberikan ubat tahan sakit sementara tiba giliran berjumpa doktor..


Akhirnya, abah buat keputusan bawa Hafiy ke Hospital Kuala Lumpur.. Doktor yang merawat Hafiy beritahu, telinga Hafiy bengkak.. Jadinya yang kami suluh sebelum tu, bukannya cekenit.. Mujur abah batalkan hajat nak korek sendiri.. huhuhuhu..



Sampai rumah pukul 1pagi.. Umi terjaga sebab Hana balik taska, badan dah panas.. Jadi malamnya, Hana merap tak selesa tidur.. Umi pun tak boleh tidur lena..


Semalam Hafiy dicutikan.. Umi pula terpaksa cuti sebab Hana demam tak boleh hantar taska.. 


Setiap kali umi yang hantar, mesti Hafiy merungut.. Jadi umi cakap pada abah.. Suruh abah tanya Hafiy, nak abah hantar ke?


Abah cakap dah tentu jawapan dia nak abah hantar.. Hafiy sanggup pergi sekolah pukul 6.30am ikut abah.. Abah pergi kerja awal, tempat kerja abah jauh..


Pagi ni Hafiy bangun awal.. Semangat nak pergi sekolah awal pagi.. Semoga jadi anak yang soleh, yang boleh mendoakan umi, abah dan abi..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan

As'salam.. Pagi jumaat yang barakah.. Semoga banjir cepat surut dan semoga corona cepat pergi.. 


Ya ampun.. Ai tergoda dengan corak little rainbows.. Dalam diam-diam, Ai beli.. Harap encik kanda tak marah.. hehehehe.. 


Cantik, kan???


Tabiat buruk Ai.. Bila Ai berkenan dengan sesuatu, Ai akan kumpul buat koleksi.. Bila Ai dah jemu, Ai akan faraidkan kepada adik beradik Ai.. 


Sebelum ni, Ai suka dengan brand Alfio Raldo.. So Ai beli purse, handbag, wristlet, backpack, kasut.. Tapi bila ada yang rosak, atau tak mencapai kepuasan Ai (maksud Ai, dah melabur duit beli, Ai harap tahan lama), Ai mula berubah hati..


Tukar brand lain pula.. Ai kumpul Carlo Rino pula.. Ai beli 1 je handbag, 5 purse (kalau tak silap) dan 3 pasang kasut.. Purse masih guna, asyik tukar-tukar purse.. Cuma handbag Ai jarang guna.. 


Sekarang Ai tukar brand lagi.. Handbag carlo rino tu nak bagi hadiah kahwin kat isteri adik.. Jarang guna.. Sayang nanti rosak.. 


Ai tak suka simpan barang yang tak guna.. So Ai agih-agihkan kepada adik beradik Ai.. Ai ada sorang je kakak tapi Ai ada 3 orang adik ipar (sekarang dah 4 orang) dan 2 orang anak sedara perempuan yang dah dara.. hehehehe..


Bukan beg je, kosmetik pun macam tu.. Ai rajin beli (jarang guna) tapi bila Ai rasa takde kesan atau tak mencapai tahap kepuasan yang Ai harapkan, Ai kan tukar brand lain.. 


Sorry, jangan offer Ai beli produk timbang kilo.. Kulit Ai sensitif.. Ai cuma beli kosmetik di drug store.. 


Bila sesuatu produk yang Ai beli tak mencapai tahap yang Ai nak, Ai akan bagi kepada my sis dan anak-anak dia.. Yang lawak nya.. Abang ipar tak bagi my sis dan anak-anak dia guna.. Sudahnya abang ipar yang guna..


"Patut la sekarang abang Di nampak putih.."


Saja Ai mengusik my sis.. Tersembur dan tersedak my sis dengar.. hahahaha..


Nota Jari: Asah jari supaya terus rajin mencoret..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
As'salam.. Selamat tahun baru 2021 kepada semua..  Ya ampun.. Dah lama tak mencoret.. Kekeringan tenaga walaupun banyak idea nak mencoret.. Novel my sis pun baru bab 1 yang post.. Semoga tahun ni mood menulis sentiasa diatas landasan yang betul..




Dah lama tak lama tak munculkan diri, sibuk melayan kerja-kerja hakiki dan melayan emosi yang tak stabil.. Eerrrmmm.. Dah 2 tahun jadi pesakit depression dan dah 2 tahun juga la makan ubat escitalopram.. 

Anak dah 3 orang.. Semuanya masih perlukan perhatian.. Terima kasih encik kanda yang banyak uruskan hal anak-anak.. Kadang-kadang rasa diri tak berguna sebab gagal jadi umi yang baik kepada anak-anak.. Masih gemar berkurung dalam bilik..

Alhamdulillah, anak-anak sangat baik dan pandai uruskan diri serta adik.. Ai bertuah dan bersyukur dikurniakan suami dan anak-anak yang memahami.. 

Encik kanda sentiasa ada bila-bila masa Ai perlukan.. Kalau emosi tak stabil dan menangis, Ai akan call encik kanda.. Encik kanda akan nasihatkan Ai untuk alihkan perhatian dengan menonton anime.. hahahahaha.. Ai online mukabuku hanya untuk menonton anime..

Dah lama tak follow confession yang boleh menyebabkan Ai trigger.. Selalu like je kalau lalu di wall Ai.. hahahaha.. Just nak kekalkan top fans..

Cukup lah kut untuk permulaan baru 2021.. Nanti Ai membawang lagi, ye..

Akhir kata dari Ai; Ai doakan kita semua sentiasa sihat.. Semoga 2021 menjadi lebih baik dari 2020.. Semoga corona cepat pergi agar kita dapat hidup aman dan bebas semula.. Semoga kita semua diberikan keberkatan usia dan rezeki..


Nota Jari: Azam tahun baru, nak kembali aktif mencoret..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Newer Posts
Older Posts

About me

Umi kepada Hamy, Hafiy dan Hana.. Isteri kepada encik kanda, MSI.. Mempunyai ijazah sarjana muda perbankan (kepujian) dan bekerja sebagai kerani kewangan.. Ini adalah kisah suka duka perjalanan hidup Ai..

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Followers

Facebook

Sponsor

Popular Posts

  • Alas Sofa Patchwork..
  • Penjagaan Bayi Baru Lahir...
  • Pengalaman Temuduga: LHDN vs KASTAM..
  • BILLU
  • Rimas - The Fabulous Cat
  • Permulaan Baru
  • e-Tukar Bukan Guru...

Blog Archive

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  March 2021 (1)
      • 10/3 Genap Umur Hafiy 7 Tahun
    • ►  January 2021 (2)
      • Little Rainbows
      • Permulaan Baru - 2021
  • ►  2020 (10)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  April 2020 (4)
    • ►  March 2020 (1)
    • ►  January 2020 (2)
  • ►  2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
  • ►  2018 (74)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (7)
    • ►  September 2018 (3)
    • ►  August 2018 (6)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  June 2018 (12)
    • ►  May 2018 (11)
    • ►  April 2018 (9)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (6)
  • ►  2017 (45)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  July 2017 (2)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  May 2017 (3)
    • ►  April 2017 (4)
    • ►  March 2017 (8)
    • ►  February 2017 (9)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (50)
    • ►  December 2016 (4)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (2)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (5)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  April 2016 (4)
    • ►  March 2016 (14)
    • ►  February 2016 (3)
    • ►  January 2016 (3)
  • ►  2015 (30)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (2)
    • ►  July 2015 (4)
    • ►  June 2015 (6)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  March 2015 (1)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (43)
    • ►  December 2014 (3)
    • ►  November 2014 (3)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (7)
    • ►  May 2014 (3)
    • ►  April 2014 (3)
    • ►  March 2014 (4)
    • ►  February 2014 (1)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (74)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (4)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (4)
    • ►  July 2013 (4)
    • ►  June 2013 (8)
    • ►  May 2013 (9)
    • ►  April 2013 (8)
    • ►  March 2013 (9)
    • ►  February 2013 (10)
    • ►  January 2013 (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  December 2012 (16)
    • ►  November 2012 (14)
    • ►  October 2012 (8)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (9)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (2)
    • ►  May 2012 (2)
    • ►  March 2012 (1)
  • ►  2011 (12)
    • ►  November 2011 (1)
    • ►  September 2011 (2)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (2)
    • ►  May 2011 (2)
    • ►  April 2011 (1)
    • ►  February 2011 (2)

Categories

  • Dapur Ai
  • M02B
  • Online Bookcafe

Contact Form

Name

Email *

Message *

Download


Created with by ThemeXpose