Little Rainbows

by - Thursday, January 07, 2021

As'salam.. Pagi jumaat yang barakah.. Semoga banjir cepat surut dan semoga corona cepat pergi.. 


Ya ampun.. Ai tergoda dengan corak little rainbows.. Dalam diam-diam, Ai beli.. Harap encik kanda tak marah.. hehehehe.. 


Cantik, kan???


Tabiat buruk Ai.. Bila Ai berkenan dengan sesuatu, Ai akan kumpul buat koleksi.. Bila Ai dah jemu, Ai akan faraidkan kepada adik beradik Ai.. 


Sebelum ni, Ai suka dengan brand Alfio Raldo.. So Ai beli purse, handbag, wristlet, backpack, kasut.. Tapi bila ada yang rosak, atau tak mencapai kepuasan Ai (maksud Ai, dah melabur duit beli, Ai harap tahan lama), Ai mula berubah hati..


Tukar brand lain pula.. Ai kumpul Carlo Rino pula.. Ai beli 1 je handbag, 5 purse (kalau tak silap) dan 3 pasang kasut.. Purse masih guna, asyik tukar-tukar purse.. Cuma handbag Ai jarang guna.. 


Sekarang Ai tukar brand lagi.. Handbag carlo rino tu nak bagi hadiah kahwin kat isteri adik.. Jarang guna.. Sayang nanti rosak.. 


Ai tak suka simpan barang yang tak guna.. So Ai agih-agihkan kepada adik beradik Ai.. Ai ada sorang je kakak tapi Ai ada 3 orang adik ipar (sekarang dah 4 orang) dan 2 orang anak sedara perempuan yang dah dara.. hehehehe..


Bukan beg je, kosmetik pun macam tu.. Ai rajin beli (jarang guna) tapi bila Ai rasa takde kesan atau tak mencapai tahap kepuasan yang Ai harapkan, Ai kan tukar brand lain.. 


Sorry, jangan offer Ai beli produk timbang kilo.. Kulit Ai sensitif.. Ai cuma beli kosmetik di drug store.. 


Bila sesuatu produk yang Ai beli tak mencapai tahap yang Ai nak, Ai akan bagi kepada my sis dan anak-anak dia.. Yang lawak nya.. Abang ipar tak bagi my sis dan anak-anak dia guna.. Sudahnya abang ipar yang guna..


"Patut la sekarang abang Di nampak putih.."


Saja Ai mengusik my sis.. Tersembur dan tersedak my sis dengar.. hahahaha..


Nota Jari: Asah jari supaya terus rajin mencoret..

You May Also Like



0 ulasan