Perjuangan Mencari Redha Illahi. Sebuah blog peribadi.
Amboi..Amboi...Amboi...
Sunyi je blog ni.. Mana tuan blog ni... hehehe...
Sorry ye kengkawan.. Tuan blog busy la.. Tak sempat nak ngadap notebook..
Sebenarnya banyak story yang Ai nak share.. Sepanjang perjalanan pergi & balik kerja, mencurah-curah idea.. Tapi bila sampai rumah, semangat nak baring lebih daripada semangat nak ngadap notebook.. huhu...
Assalammualaikum.... Any body home??? Huhuhu.... Lama betul Ai tak mencoret... Banyak benda sebenarnya yang Ai nak story.. Tapi tak sempat nak ngadap blog and story panjang-panjang..
Kekadang terfikir, kenapa takde perisian yang apa terlintas difikiran terus masuk bertulis di blog... hehehe.. Punyalah nak senang.. Tapi kalau ada pun belum tentu Ai mampu nak beli.. huhuhu....
Okitlah, Ai nak story sikit kenapa Ai dah lama tak update blog...
Pertamanya, still rasa sedih dengan pemergian bonda tersayang.. Hanya Ai yang tak pernah jaga bonda sepanjang bonda sakit.. Ai pernah bercadang nak berhenti kerja.. Tapi my sis melarang kerana bonda menggunakan GL Ai setiap kali masuk hospital.. Ye, kami takde simpanan mahupun insurans..
Ai pernah bernekad untuk bercuti tanpa gaji pada tahun ini sekiranya permohonan pertukaran Ai gagal.. Kawan-kawan opis ada yang mencadangkan Ai mohon cuti separuh gaji untuk menjaga keluarga terdekat (bonda) yang mengidap kanser.. Dan ada juga yang tak setuju.. Tapi perancangan ALLAH mengatasi segalanya.. Bonda pergi dulu sebelum sempat Ai membalas jasa..
Sambungan daripada entry Pergi Tak Kembali sebelum ni, kali ni Ai nak share pula detik-detik terakhir kami adik beradik bersama mak...
17 Disember 2014
Selepas solat subuh, Ai baca surah yasin dan bermohon ALLAH permudahkan urusan kami.. Pukul 7am, my sis call minta Ai bawakan barang mak.. Ai tanya macam mana keadaan mak?? My sis cakap, mak tak boleh tidur dari malam tadi walaupun doc dah berikan ubat.. Tak sampai sejam selepas call yang pertama, my sis call lagi.. Kali ni my sis call sambil menangis, katanya mak sedang tenat.. Nurse nasihatkan my sis jangan tinggalkan mak (perlu sentiasa berada di sisi mak).. Ai tenangkan my sis dan berjanji akan datang segera.. Selepas selesai berhubung dengan my sis, Ai call bapa dan semua adik beradik Ai... Ai minta mereka semua pergi ke hospital dengan segera.. Yang mana bekerja, Ai suruh mereka minta kebenaran untuk balik.. Ai bimbang sekiranya, mereka tak sempat bertemu dengan mak.. Ai ponteng kerja untuk hari kedua.. Tapi Ai tak menyesal kerana kalau Ai pergi opis, kemudian nak berpatah balik pula ke hospital taiping akan memakan masa dan kos.. huhuhu..
Dalam entry Perniagaan Online!!!!, Ai ada story tentang dah mula buat perniaagan atas talian.. Alhamdulillah, hari ni Ai telah daftarkan perniagaan online Ai di SSM.. Ai tak menggunakan agen, Ai ajak HM pergi sendiri ke SSM..
Seperti yang Ai pernah coretkan dalam entry yang terdahulu, my mom disahkan mengidap kanser tulang.. Entry kali ni Ai nak share pemergian mak yang Ai kasihi..
14 Disember 2014
Ai ajak hubby balik rumah mak.. My sis dari hari jumaat ada kat rumah mak coz Atam (adik kedua Ai) dan Mtam nak pergi kenduri kat KL hari minggu tu.. Tak lama lepas Ai sampai, my sis pun beransur untuk balik.. Tiba-tiba, mak sesak nafas.. Mak minta Asu (adik bongsu Ai) menghalakan kipas kepadanya.. Mak minta membetulkan kedudukannya kerana mak teramat sukar untuk bernafas.. Then mak minta HM tolong urutkan perutnya.. Ai pula mengusap dada mak..
Rasa nak menjerit... Nak luahkan semua yang terpendam tapi Ai tak mampu atau lebih tepat lagi tak boleh... Walaupu perit untuk ditelan tetap terpaksa ditelan.. Walaupun terlalu pahit untuk diteguk, tetap perlu diteguk....
Adakalanya tertanya-tanya... Kenapa Ai masih hidup sehingga hari ini?? Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa itu, kenapa ini dan tak kurang juga yang bagi pendapat dan cadangan begitu dan begini.. Namun hakikatnya, persoalan dan cadangan yang diberikan tidak bersesuaian untuk mengatasi masalah yang Ai hadapi..
Tengok tajuk macam risau je... hehehe.. okit, Ai bukan nak story tentang ubat-ubatan.. Ai cuma nak share story tentang pentingnya penggunaan alat bantuan untuk memaksa baby HK makan ubat.. huhuhu..
Yang sudu hijau tu, Ai beli tahun lepas.. Senang nak sukat ubat cecair untuk HB.. Masa HB kecik-kecik dulu, kalau demam dapat ubat mesti dapat syringe sekali.. Then tahun lepas, dengan tak sengaja ternampak sudu hijau ni kat guardian.. So sejak ada menda alah tu, Ai memang tak ambil dah syringe yang disediakan..
Umi kepada Hamy, Hafiy dan Hana.. Isteri kepada encik kanda, MSI.. Mempunyai ijazah sarjana muda perbankan (kepujian) dan bekerja sebagai kerani kewangan.. Ini adalah kisah suka duka perjalanan hidup Ai..