Hasil Potong & Jahit

by - Thursday, September 20, 2012

Errmmm... Ok tak perubahan yang Ai buat pada blog ni... Kalau ada kengkawan yang biasa datang menjengah kat blog ni, mesti perasan perubahannya kan... Kali ni, Ai dah xnak gunakan tema gelap sebab Ai berharap PELANGI akan muncul dalam hidup Ai... Dulu Ai gunakan tema gelap coz nak menunjukkan, betapa hati Ai berada dalam kekecewaan... Sekarang Ai dah nekad, serahkan segalanya kepada Sang Pencipta untuk menentukan takdir Ai... Ai redha dan yakin ketentuan Allah itu adalah yang terbaik untuk Ai...
Hasil jahitan sendiri...
Disebabkan masa balik raya ritu, ada yang bertanya mana baju yang Ai potong ritu... hehehe.. So ni Ai upload la pic baju & tuannya sekali... hehehe... Bertungkus lumus siapkan menjahit coz nak pakai masa jamuan raya opis Ai ari Jumaat lepas...


Apcam, ok tak???hehehe.. Jahit baju kurung biasa je... Nak menjahit xde masalah... Yang masalahnya masa nak potong... huhuhu.. Ai xpernah belajar menjahit kat mana-mana pun... Ini sesedap rasa je masa menggunting kain... Alhamdulillah, menjadi juga baju kurung jahitan sendiri...

Baju raya Ai & HM...
Memandangkan my hubby duty masa raya ritu, so Ai delay dulu la pakai baju ni... Raya keempat baru pakai dengan dia masa pergi meminang untuk adik bujang Ai... Baju raya Ai tu, asalnya nak buat baju kurung biasa tapi lepas hantar jahit tepi baru Ai perasan kain bunga-bunga tu nipis... So terpaksa la, Ai tukar jadikannya ala-ala jubah.. Nasib baik jadi je... hehehe... Untuk HM pula Ai cuma buatkan baju melayu teluk belanga (baju sahaja), so pakai dengan seluar jeans je la... hehehe...



Nota Jari: huhuhu... Lambat betul Ai update..Raya dah lama habis...

You May Also Like



0 ulasan