Selamat Ulang Tahun, HB....

by - Saturday, September 29, 2012

Bagaikan tidak terasa hari-hari yang telah berlalu...
Bagaikan sekejap sahaja masa yang telah berlalu...
Masih terbayang-bayang didepan mata kebahagian menyambut kelahiran putera sulong kami 4 tahun yang lalu...

pic selepas diazankan...

Setelah genap setahun berkahwin, Ai disahkan hamil.. Ia adalah perkhabaran yang memang kami tunggu-tunggu.. HB dijangka lahir pada 2 Oktober 2008.. Pada masa tu, kami tinggal di Penang... Namun sepanjang tempoh kehamilan, HM tiada disisi kerana perlu berkursus di KL.. Oleh kerana perlu berjauhan, HM menghantar Ai tinggal bersama ibu bapa Ai di Perak.. Sebulan sekali sahaja HM dapat balik menjenguk Ai di kampung..

Kebetulan Ai dijangka melahirkan semasa cuti raya, jadi dapat la HM temankan Ai semasa bersalin.. HB lahir pada 30 September 2008 bersamaan dengan 30 Ramadan 1429... Lahir petang sebelum raya, 2 hari awal dari tarikh jangkaan...
Hepi Besday my prince....
Hari ini, genaplah 4 tahun usia Harimau Bintang Yang Mempertahankan Cahaya... Tak terasa dah besar anak bujang yang sorang ni.. Dan dirimu kan sentiasa menjadi anak kesayangan umi & abi...


Nota Jari: Rasa rindu nak pregnant & nak baby lagi... huhuhu...

You May Also Like



0 ulasan