• Home
  • About
  • Contact
  • Book Cafe
  • Disclaimer
facebook twitter instagram Email

Si Pencari Pelangi

Perjuangan Mencari Redha Illahi. Sebuah blog peribadi.

Hari ni, Ai terpaksa EL coz anak bujang Ai demam panas malam tadi.. Akibatnya, Ai xboleh tidur semalaman.. Risau sesuatu berlaku pada HB.. So Ai tido-tido ayam je la..

So pagi tadi bawa HB pergi RSAT Kem Sungai Besi.. Nak dijadikan cerita tengah tunggu turn nak jumpa doc, HB tetiba nak ke toilet.. Masa nak ke toilet, Ai terserempak dengan PBMiK.. Dia sorang je, xnampak bawa baby pun.. Ai senyum dan mengaanggukkan kepala tanda menegur daripada jauh.. Walaupun Ai benci giler dengan dia tapi Ai masih mampu kawal emosi supaya tak menguasai pemikiran.. Keluar dari toilet, Ai dah tak nampak dia.. Mungkin tak jadi check-up coz tadi terlalu ramai orang..

Kalau ikut hati, Ai pun malas nak tunggu lelama.. Tapi mengenangkan takut HB susah tidur di waktu malam (macam malam tadi), Ai sabarkan hati menunggu giliran.. huhuhu..
Akhirnya, hampir pukul 11.30 pagi baru siap jumpa doc and ambil ubat di Farmas Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Kem Sungai Besi.. Banyak juga la HB dapat ubat.. Nasib baik HB mau je makan ubat walaupun dia kata ubat tu masin..


Nota Jari: Sekarang ni musim demam.. Hope HB akan cepat sihat..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Rasulullah yang dicintai, bertubuh sedang-sedang sahaja. Perawakannya tidak terlalu tinggi namun tidak pula rendah. Baginda kelihatan lebih tinggi daripada orang yang rendah, dan lebih rendah daripada orang yang tinggi. Kulitnya tidak putih melepak dan tidak juga sawo matang, tetapi kulitnya putih kemerah-merahan seperti terbentuk daripada perak.

Kepalanya besar, begitu juga tulang sendinya, wajahnya agak bundar dan pancarannya cerah bagaikan rembulan di saat purnama. Rambutnya ikal bergelombang, tidak terlalu kerinting dan tidak pula lurus kaku. Warna rambutnya kehitam-hitaman, tumbuh lebat dan panjang sehingga mencapai cuping telinga.

Apabila baginda menyisirkan rambutnya, dibelah dua dengan rapi. Uban yang ada dirambutnya tidak lebih daripada 20 helai. Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Belahan matanya lebar, hitam pekat dan bulu matanya lentik.

Hidungnya mancung, pada puncaknya terdapat cahaya memantul sehingga orang menyangka hidungnya lebih mancung daripada yang sebenarnya.

Mulutnya lebar serasi dengan wajahnya. Giginya teratur dan gigi serinya agak renggang apabila baginda berbicara ada cahaya yang memancar keluar dari kedua gigi serinya itu.  Dagunya tidak lancip, janggutnya tebal, kedua pipinya mulus, lehernya mulus dan tegak.

Badannya tidak gemuk namun berisi. Dada dan perutnya sejajar. Dadanya bidang, jarak antara kedua bahunya lebar. Bahunya juga bidang, di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian sebesar telur burung dara. Bulu dadanya memanjang dari dada sehingga ke pusat. Badannya tidak ditumbuhi bulu, tampak bersih bercahaya.

Kedua ruas tulangnya tangannya panjang. Telapak tangan yang lebar dan kakinya terasa tebal, tumitnya tipis. Apabila baginda berjalan diangkat kakinya dengan tegap. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan sopan. Jalannya pantas seakan-akan sedang turun ke tempat yang rendah.

Al Bara bin Azib mengatakan apabila Rasulullah memakai pakaian merah, tiada seorang pun yang lebih tampan daripadanya. Jabir bin Samurah pula bersaksi pada suatu malam purnama, ketika Rasulullah mengenakan pakaian berwarna merah, "Aku berganti-ganti memandang wajah Rasulullah dengan rembulan, ternyata baginda lebih indah daripada rembulan."

Apabila baginda menoleh kepada seseorang, seluruh badannya ikut berpaling. Apabila berjabat tangan baginda yang terakhir melepaskan tangannya. Pandangannya penuh makna, matanya terarah ke bawah sehingga pandangan ke bumi lebih lama daripada pandangan ke langit.

Apabila ada sahabat berjalan, baginda berjalan dibelakang dan apabila bertembung, baginda menyapanya dengan salam. Baginda berjiwa besar dan berwibawa. Hatinya pemurah di antara semua manusia. Ucapannya adalah perkataan yang paling benar antara semua orang. Sifatnya lemah lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa pun yang menatapnya, pasti menaruh rasa hormat kepadanya. Siapa yang pernah berkumpul dengannya dan mengenalinya tentu mencintainya.

Setiap yang menceritakan sifatnya pasti berkata, "Belum pernah aku melihat sebelum ataupun sesudahnya manusia seistimewa baginda." Anas berkata, "Aku mengabdikan diriku kepada Rasulullah selama 10 tahun dan selama itu baginda tidak pernah bertanya kepada aku mengapa aku kerjakan itu dan mengapa aku tidak mengerjakan ini."

Ibnu Umar berkata, "Rasulullah tidak pernah bersikap sambil lewa dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang tidak baik."

Pada suatu ketika, seorang Arab Badwi menarik pakaian baginda dengan kasar sehingga menyakitinya dan berkata, "Wahai Muhammad, berikan aku hadiah daripada kekayaan Allah yang engkau miliki." Rasulullah berpaling kepadanya dan tertawa, lalu memerintahkan supaya si Arab Badwi itu diberikan hadiah.
Dipetik daripada Kitab Hadis at-Tirmidzi

Dipetik daripada buku : Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit;  m/s: 209-211  Lampiran 1 - Akhlak Rasulullah
Penulis : Dr. Adi Hashman;     Terbitan : PTS Millennia S/B


Nota Jari : Ya Allah, betapa mulianya akhlak kekasih-Mu, Nabi Muhammad s.a.w... Semoga kami sebagai umatnya dapat mempraktikkan sifat-sifat terpuji baginda.. Jauhkanlah kami daripada berpecah-belah dan satukanlah hati-hati kami demi memperjuangkan dan meneruskan ajaran agama-Mu yang suci.... Aminnnn...
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Ahklak Nabi Muhammad s.a.w
Perjalanan hidupnya dari zaman kanak-kanak sehingga meningkat dewasa serta sesudah dimertabatkan sebagai Rasul, baginda terkenal sebagai seorang yang jujur, berbudi luhur dan memiliki keperibadian yang tinggi. Tingkah laku dan perbuatannya amat berlainan sekali dengan kebanyakkan pemuda-pemuda dan penduduk Kota Mekah yang pada umumnya gemar berfoya-foya dan minum minuman keras yang memabukkan. Berkat kejujurannya dalam berkata-kata serta perbuatannya, baginda diberi gelaran sebagai 'Al-Amin' yang bererti seorang insan yang amat dipercayai.

Ahli sejarah menyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menyembah berhala semenjak kecil sehingga dewasa. Baginda juga tidak pernah memakan daging haiwan yang disembelih bagi tujuan korban berhala sebagaimana lazimnya dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliah pada masa itu. Baginda sangat membenci berhala dan menjauhkan diri daripada majlis keramaian dan upacara pemujaan berhala.

Baginda berusaha dengan sendiri untuk mencari nafkah kerana kedua orang tuanya tidak meninggalkan harta warisan yang banyak. Setelah baginda menikahi Siti Khadijah, baginda melakukan perkongsian bersama isterinya serta orang luar dalam urusan perdagangan. Sebagai seorang insan yang bakal memikul tanggungjawab sebagai pembimbing seluruh umat manusia, Nabi Muhammad s.a.w memiliki bakat dan kemampuan jiwa yang besar. Baginda merupakan seorang yang cergas berfikir, memiliki ketajaman otak, kehalusan perasaan, kekuatan ingatan, tanggapan yang cekap, teguh dalam pendirian serta sangat lembut dan bersopan dalam pertuturannya.

Dipetik dari buku: Kisah Hidup 25 Nabi & Rasul; m/s: 190-191 Ahklak Nabi Muhammad s.a.w
Penulis : Muhammad Abdul Wahab;   Terbitan : Berlian Publications S/B


Nota Jari: Salam Maulidur-Rasul... Semoga kita semua dapat mencontohi akhlak terpuji Nabi Muhammad s.a.w...
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Ya ALLAH,
Izinkanlah ku menangis...
Bukan kerana tidak bersyukur akan nikmat-Mu,
Bukan juga menidakkan qada' dan qadar-Mu,
Jauh sekali untuk mempertikaikan takdir-Mu...

Tapi kerana hanya dengan menangis,
Dapat meleraikan keresahan hatiku,
Dapat melenyapkan bebanan fikiranku,
Dapat meredakan kegundahanku,
Dapat merungkai permasalahanku,
Dapat menambah kekuatanku,
Dapat meningkatkan semangat juangku,
Serta dapat mewaraskan pemikiranku...

Duhai Suamiku,
Izinkanlah ku menangis...
Bukan kerana sengsara hidup bersamamu,
Bukan juga menidakkan bahagia bergelar surimu,
Jauh sekali untuk menyesali menjadi isterimu...

Tapi kerana hanya dengan menangis,
Ku mendapat kekuatan dari pelukan doronganmu,
Ku mendengar kata-kata peransang darimu,
Ku menyedari betapa kau menyayangiku,
Ku sedari kau teguh bersamaku di waktu suka mahupun duka,
Ku mengetahui kau terima ku seadanya diriku,
Serta ku bersyukur ku ditakdirkan hidup bersamamu ..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Memandangkan hari ni Ai bercuti sakit (huhuhu.. demam selsema xkebah lagi).. So hari ni, Ai berpeluang pergi ke kelas agama BAKAT / muslimah UPNM... hehehe.. Walaupun Ai bukan ahli BAKAT mahupun staf UPNM.. Tapi disebabkan keinginan untuk memperbaiki diri, Ai gagahkan diri pergi menghadirkan diri.. Event sebenarnya tidur lebih membahagiakan dalam masa xsihat ni, ditambah pula dengan kesejukan coz petang tadi hujan..
Sampai je kat masjid UPNM, ustaz dah sedia menunggu.. hehehe.. Kengkawan opis lama semua terkejut tengok Ai datang.. Then Ai bagi tau la, Ai mc hari ni.. Dorang tanya macam mana Ai tau hari ni ada kelas agama.. Sebenarnya Ai sesaja datang je, dah alang-alang mc hari jumaat.. Sebab selalu petang jumaat pukul 3 - 4  petang ada kelas agama.. Then dorang kata Ai bernasib baik coz ni kelas pertama diadakan untuk tahun ni.. Ustaz tanya sekarang Ai kerja mana?? And he ask me, kenapa suara lain je?? hehehe.. Perasan juga dia suara Ai bertambah lemau masin disebabkan sakit tekak & selsema..

Tapi disebabkan demam la Ai dapat joint kelas pada hari ni.. Dan yang pastinya selepas-selepas ni, Ai tak kan ada peluang lagi nak joint kelas agama ni.. huhuhu.. This is one of perkara yang membuatkan Ai rindu pada opis lama..
Ini adalah pic kenangan program yang di anjurkan oleh Pusat Islam UPNM.. Yang segak berbaju hitam duduk kat sofa hitam tu la, Ustaz Mej Daud.. Lelepas ni, Ai dah tak berpeluang la nak joint aktiviti opis lama..


Nota Jari: huhuhu.. Sakit kepala.. Perlukan bantal & tilam.. Itulah sebabnya doktor bagi cuti sakit.. hehehe..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
10 Januari 2013, genapnya 6 tahun melayari bahtera bersama HM..

Kelemahanku adalah kekuatanmu..
Kekuranganmu adalah kelebihanku..
Kerana itu kita serasi bersama..

Ku menggemari anime..
Kau pun mengemari anime..
Kerana itu kita serasi bersama..

Kau bekerja dalam aliran muzik..
Ku pula suka mendengar alunan muzik..
Kerana itu kita serasi bersama..

Setiap kali ku kecewa..
Kau berikan pelukan merawat luka..
Kerana itu kita serasi bersama..

Dikala kau bersusah hati..
Ku berikan dorangan penyejuk hati..
Kerana itu kita serasi bersama..

Semoga rumahtangga yang dibina bertahan sehingga ke akhir nyawa kita berdua... Semoga kebahgiaan akan sentiasa menjadi milik kita..



Nota Jari: Entry ni lewat sehari disebabkan Ai xsihat minggu ni.. Semalam kerja, ari ni MC semula.. huhuhu.. Demammmm..
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
Demam melanda selepas berminggu-minggu membaham durian.. huhuhu..

Ari ni ambil cuti sakit kat Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Kem Sungai Besi.. 1st time pergi check-up kat situ.. Sebelum ni, selalu check-up kat klinik kesihatan UPNM je.. Ooohhhhhhhhh... Rindunya kat opis lama..

Apa yang paling Ai rindu adalah perjalanan yang dekat untuk ke tempat kerja... huhuhu... Setiap kali lalu je kat situ, Ai akan mengeluh.. Bukan Ai tak bersyukur.. Tapi mengeluh mengenangkan politik dalaman yang menyebabkan Ai tak ditawarkan jawatan tetap di situ..

Malas la nak ingat semula semua tu.. Terima dengan hati terbuka je apa yang ada sekarang ni..


Nota Jari: Bermalas-malasan di rumah..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Malam tadi sekali lagi ATM berlawan dengan pasukan merah.. ATM turun dengan segak bergaya mengenakan baju berwarna biru muda dan berseluar putih..

Sebenarnya Ai tak tengok sangat pun.. hehehe.. But everytime HM membuat pergerakkan or berdengus, Ai akan segera menumpukan perhatian pada kaca LCD.. Perlawanan berakhir dengan seri 1-1.. Oleh itu, juara ditentukan melalui tendangan penalti 5 kali bagi setiap pasukan secara bergilir-gilir.. Dan kemenangan memihak kepada ATM, apabila berjaya membuat 4 jaringan berbanding 3 jaringan oleh pasukan lawan..

Tahniah pasukan ATM.. Tak sia-sia la dapat tajaan baju dari syarikat luar negara.. hehehe.. Teruskan usaha, semoga lebih banyak kejayaan pada masa-masa hadapan.. 

Betul kata my sifu, ketiadaan pemain-pemain musim lalu (yang telah berpindah ke pasukan selatan) tidak akan memberi kesan yang besar selagi Hai-O ada bersama ATM.. Hehehe.. My sifu pun sokong ATM juga tau...

Yang bestnya, PAT siap peluk pemain-pemain & menjulang piala kemengangan bersama Hai-O.. Then dorang punya seronok melompat-lompat atas stage sampai terbalik backdrop kat belakang tu.. hahaha.. Tak pe, Ai faham kegembiraan mereka kerana ini 1st time ATM menjulang piala kemenangan setelah sekian lama menjadi pasukan belasahan je..

Sekali lagi, tahniah kepada pasukan ATM.. Ai tetap menyokong ATM walaupun sekarang Ai dah tak kerja di opis lama.. But Ai still tinggal serumah dengan ahli ATM... hahaha..



Nota Jari: Hehehe.. Ai bukan peminat tegar bola sepak.. So ulasan Ai sekadar dari sudut pandangan peribadi sahaja...
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Urrmmm.. Ai sebenarnya dah lama tak tengok drama tv (xkira la bersiri ke x).. Ai & HM selalu tengok animax je.. HB pula pagi petang, siang malam asyik tengok disney junior je..
Cuti tahun baru (3 hari lepas), Ai ter'layan' cerita Khasaf Imani (klu xsilap la).. Tengok sipnosis macam best, tu yang ter'layan'.. Tak sempat habis cerita, tetiba hujan la pula.. So Ai tak tau la kesudahan cerita tu.. Disebabkan perasaan nak tau ending cerita tu, Ai pun google la.. Tapi tak dapat sumber yang boleh download that tele-film.. huhuhu.. Tapi Ai ada terbaca kat satu blog yang mempertikaikan ketidak-logikkan (sorry DBP, Ai merosakkan bahasa ke??) cerita tu.. Tapi memang betul la apa yang dia (admin blog tu) kata / tulis..

Sebelum Raya Haji 2012 yang lalu, Ai tengok cerita bersiri yang penuh pengajaran slot 'Tanah Kubur'.. Memang insaf la tengok cerita tu (walaupun, asal ada kematian je mesti kat kampung tu and mesti orang yang sama yang uruskannya).. Ai tak ingat (actually tak tau) apa tajuk sirinya.. Tapi ia mengisahkan anak mualaf mati di bunuh berhampiran lorong maksiat.. Then orang kampung buat cerita yang buruk-buruk la tentang jenazah sampai la ia ditanam.. Tetiba lepas ditanam, polis datang nak gali balik untuk buat post-moterm kematian.. Part yang tak logiknya ialah masa Tok Adi (kira hero cerita ni la, asal ada orang mati je, dia la yang uruskan) minta izin pada polis untuk buka balutan muka jenazah coz nak tengok wajah jenazah.. Setahu Ai (RUJUK SINI), kain kafan yang membalut wajah jenazah memang sepatutnya dibuka masa dalam liang lahad..

Masa hari Raya Haji tahun 2012 pula, Ai tengok drama 'Qaseh Kamalia' (klu xsilap la, yang pastinya tajuknya memang ada perkataan qaseh).. Kisah ibu tunggal yang terpisah dengan anaknya.. Dia berusaha mencari anaknya & terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia koma (masuk ICU la).. Part yang tak logiknya, dia sedar dari koma selepas sminggu dan dia terus boleh bangun serta berjalan melarikan diri dari hospital untuk mencari anaknya.. Berbeza sungguh dengan apa yang Ai lalui.. Coz Ai dulu terpaksa belajar duduk, berdiri & berjalan selepas seminggu berada di ICU..



Nota Jari: huhuhu.. Sebab tu la, Ai lebih suka tengok katun / anime daripada drama.. Apa-apa pun, Ai tetap sokong drama kita berbanding drama luar yang xlogik, dah la beratus-ratus episod and last-last ianya hanya mimpi.. Ai pun xtau berapa lama kena tdo untuk mimpi beratus episod macam tu??
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Newer Posts
Older Posts

About me

Umi kepada Hamy, Hafiy dan Hana.. Isteri kepada encik kanda, MSI.. Mempunyai ijazah sarjana muda perbankan (kepujian) dan bekerja sebagai kerani kewangan.. Ini adalah kisah suka duka perjalanan hidup Ai..

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Followers

Facebook

Sponsor

Popular Posts

  • Alas Sofa Patchwork..
  • Penjagaan Bayi Baru Lahir...
  • Pengalaman Temuduga: LHDN vs KASTAM..
  • BILLU
  • Rimas - The Fabulous Cat
  • Permulaan Baru
  • e-Tukar Bukan Guru...

Blog Archive

  • ►  2021 (3)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  January 2021 (2)
  • ►  2020 (10)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  April 2020 (4)
    • ►  March 2020 (1)
    • ►  January 2020 (2)
  • ►  2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
  • ►  2018 (74)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (7)
    • ►  September 2018 (3)
    • ►  August 2018 (6)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  June 2018 (12)
    • ►  May 2018 (11)
    • ►  April 2018 (9)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (6)
  • ►  2017 (45)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  July 2017 (2)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  May 2017 (3)
    • ►  April 2017 (4)
    • ►  March 2017 (8)
    • ►  February 2017 (9)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (50)
    • ►  December 2016 (4)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (2)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (5)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  April 2016 (4)
    • ►  March 2016 (14)
    • ►  February 2016 (3)
    • ►  January 2016 (3)
  • ►  2015 (30)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (2)
    • ►  July 2015 (4)
    • ►  June 2015 (6)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  March 2015 (1)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (43)
    • ►  December 2014 (3)
    • ►  November 2014 (3)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (7)
    • ►  May 2014 (3)
    • ►  April 2014 (3)
    • ►  March 2014 (4)
    • ►  February 2014 (1)
    • ►  January 2014 (2)
  • ▼  2013 (74)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (4)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (4)
    • ►  July 2013 (4)
    • ►  June 2013 (8)
    • ►  May 2013 (9)
    • ►  April 2013 (8)
    • ►  March 2013 (9)
    • ►  February 2013 (10)
    • ▼  January 2013 (9)
      • Turn HB Demam...
      • Akhlak Rasulullah...
      • Salam Maulidur-Rasul....
      • Izinkan Ku Menangis....
      • Perbaiki Diri....
      • 10 Januari....
      • Penghapus Dosa-Dosa Kecil...
      • Bola Lagi...
      • Logik Ke???
  • ►  2012 (67)
    • ►  December 2012 (16)
    • ►  November 2012 (14)
    • ►  October 2012 (8)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (9)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (2)
    • ►  May 2012 (2)
    • ►  March 2012 (1)
  • ►  2011 (12)
    • ►  November 2011 (1)
    • ►  September 2011 (2)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (2)
    • ►  May 2011 (2)
    • ►  April 2011 (1)
    • ►  February 2011 (2)

Categories

  • Dapur Ai
  • M02B
  • Online Bookcafe

Contact Form

Name

Email *

Message *

Download


Created with by ThemeXpose