Turn HB Demam...

by - Monday, January 28, 2013

Hari ni, Ai terpaksa EL coz anak bujang Ai demam panas malam tadi.. Akibatnya, Ai xboleh tidur semalaman.. Risau sesuatu berlaku pada HB.. So Ai tido-tido ayam je la..

So pagi tadi bawa HB pergi RSAT Kem Sungai Besi.. Nak dijadikan cerita tengah tunggu turn nak jumpa doc, HB tetiba nak ke toilet.. Masa nak ke toilet, Ai terserempak dengan PBMiK.. Dia sorang je, xnampak bawa baby pun.. Ai senyum dan mengaanggukkan kepala tanda menegur daripada jauh.. Walaupun Ai benci giler dengan dia tapi Ai masih mampu kawal emosi supaya tak menguasai pemikiran.. Keluar dari toilet, Ai dah tak nampak dia.. Mungkin tak jadi check-up coz tadi terlalu ramai orang..

Kalau ikut hati, Ai pun malas nak tunggu lelama.. Tapi mengenangkan takut HB susah tidur di waktu malam (macam malam tadi), Ai sabarkan hati menunggu giliran.. huhuhu..
Akhirnya, hampir pukul 11.30 pagi baru siap jumpa doc and ambil ubat di Farmas Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Kem Sungai Besi.. Banyak juga la HB dapat ubat.. Nasib baik HB mau je makan ubat walaupun dia kata ubat tu masin..


Nota Jari: Sekarang ni musim demam.. Hope HB akan cepat sihat..

You May Also Like



0 ulasan