Teratak Kami...
Bulan ni terlalu banyak perkara berlaku.. So tak sempat nak mencorat-coret.. huhuhu.. Terhentilah sekejap cerpen hidup Ai..
Sebenarnya, sebelum balik cuti raya ritu, HM maklumkan pada Ai yang dia akan berhenti askar.. Dia dah tak nak sambung kontrak sampai 21 tahun.. Ai terkedu la juga masa dengar.. Tapi lelama Ai fikir, tak pelah.. Rezeki kita kan ALLAH yang tentukan.. Pasti ada rezeki dia nanti, untuk menyara Ai dan anak-anak..
So corat-coret kali ni, Ai nak story tentang teratak / tempat berteduh Ai sejak bergelar isteri kepada HM..
Teratak pertama kami adalah di kuarters kem sungai ara, penang.. Dapat rumah yang dah lama tak berpenghuni, tingkat 4.. HM kata tahun tu ramai yang kahwin, so nasib kami lah dapat rumah tu.. (Ai tak nak la story bab scary coz rumah lama.. huhuhu)
Lepas sebulan bernikah, HM dapat rumah kuarters.. Di rumah tu la, kami mula berkenalan tentang sifat masing-masing.. Almaklumlah, Ai kahwin tak bercinta.. HM minat kat Ai, Ai terima je lah.. Senang kata memang kami selalu bergaduh.. Pintu bilik dan segala pintu kat rumah tu, selalu jadi mangsanya.. Bukan apa, Ai kalau merajuk je terus masuk bilik dan kunci.. So tak de cara lain dia nak masuk.. Terpaksa lah guna tenaga jantannya untuk tendang pintu bilik.. Lepas dari kejadian tu, pintu bilik rumah tu HM tak letak kunci.. huhuhu..
Rumah kedua kami adalah di seksyen 16, bandar baru bangi.. Menyewa dengan adik ipar yang masih bujang.. (actually, memang Ai pernah plan nak duduk dengan dia sebab nak cari kerja kat KL.. Tak sangka, ALLAH makbulkan walaupun bukan ketika saat Ai plan tu..) .. Sekejap je duduk rumah tu coz sementara nak dapat rumah kuarters di kem perdana sungai besi..
Teratak ketiga kami, rumah yang paling istimewa dihati kami.. Sangat selesa, almaklumlah rumah baru.. Semua perabot pun baru.. Kami masuk koyak plastik semua perabot.. Ingat lagi, kami masuk rumah tu pada tarikh yang sama Ai lapor diri di UPNM..
Di situlah, HB membesar, mencipta dan menzahirkan kreativiti dengan menconteng dinding.. huhuhu.. Ai pernah kata pada HM, kalau rumah tu boleh dibeli, memang Ai nak beli.. Viewnya pun cantik coz rumah Ai betul-betul mengadap MRR2.. Dari Tingkap rumah boleh nampak KLCC dan KL tower.. Memang sayang sangat nak tinggalkan rumah tu.. Tapi apakan daya, bukan rumah sendiri.. Macam mana pun satu hari nanti, tetap juga kena keluar.. Cuma tak sangka secepat ni.. Ai anggarkan tahun 2020 baru keluar dari rumah tu coz HM pencen askar tahun 2021..
Memang Ai harap sangat dapat kerja lain di KL so Ai dapat tinggal semula di rumah tu.. Tapi HM dah ambil keputusan yang drastik.. Katanya, dia rasa nak gila bila duduk sesorang kat rumah tu tanpa Ai dan anak-anak.. Nak minta balik ke unit asal di penang tak dapat.. So itu je lah cara untuk kami bersama lagi..
Dan kini, teratak baru kami adalah rumah sewa di bagan serai, perak.. Sewa hanya RM150 sebulan.. Dua bilik dan satu bilik air.. Kira ok lah tu.. Setakat nak duduk berempat beranak.. Anak-anak pun kecil-kecil lagi.. Yang penting, ruang tamunya panjang.. So seronok la baby HK bergerak dalam walker ke hulu ke hilir..
Tapi sekarang ni, Ai cuma duduk dengan anak-anak je.. Coz HM masih dalam proses untuk menjadi orang awam.. Rumah ni dekat dengan rumah kakak Ai.. So waktu Ai bekerja, anak-anak Ai hantar ke rumah dia.. Secara tak langsung Ai dapat membantu dia menjana pendapatan.. Tapi takla mahal pun.. huhuhu..
Ramai juga yang bertanya, kenapa pindah dekat kawasan sini juga?? Kenapa tak pindah je kat kawasan kerja Ai?? huhuhu.. Ai pilih untuk berpindah kawasan ni juga coz Ai dalam proses minta tukar ke sini.. Lagi pun kos sara hidup di georgetown lebih tinggi berbanding di kawasan kerian ni.. Contohnya: kalau Ai menyewa di georgetown anggaran rumah sewa yang paling murah RM350, kos mengasuh baby HK RM350 dan HB RM300.. Pastu jagaan anak belum tentu lagi bagus.. Sekarang kan banyak kes dera budak di taska dan rumah pengasuh.. huhuhu.. Nak kerja pun hati tak tenteram..
Nota Jari: Ya ALLAH, permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat..
0 ulasan