Mimpi Arwah Mak

by - Saturday, February 25, 2017

Ai bawa HK untuk pergi mandi.. Tiba-tiba Ai ternampak kelibat sesorang..

"Siapa tu???" Ai memberanikan diri untuk menyapa..

"Dah nak balik dah, saja datang sebab rindu.." jawabnya..

Ya, Ai sangat kenal suara tu.. Suara yang amat Ai rindui.. Ai terus berkata; "Makkkk.. Mak ke tu??? Akak rindu mak.."..

Kemudian perlahan-lahan kelibat tu datang mendekati Ai..

"Mak saja datang.. Nak ucap terima kasih.. Mak nak cium dahi kakak puas-puas.. Mak rindu.."

"Mak... Akak selalu baca yasin dan setiap hari akak baca al-quran untuk mak.."

Mak hanya  mengangguk dan senyum.. Dan Ai hulur tangan Ai sambil cakap; "Mak baik-baik ke??".. Mak sambut tangan Ai..

Terus Ai terjaga.. Ai tengok jam lagi 10 minit pukul 5 pagi.. Ai nak sambung semula tidur.. Tapi Ai dah tak dapat jumpa arwah mak.. Mungkin arwah mak dah 'balik'..

Ai bangun pukul 5.15am untuk solat tahajud.. Tapi Ai masih terbayang-bayang mimpi tadi.. Rindu sangat nak baring kat riba mak.. Rindu sangat nak dengar suara mak.. Rindu sangat nak tengok senyuman mak..

Setiap kali nak baca al-quran, Ai akan niatkan; "ya Allah, sekiranya bacaan al-quran ku ni memperolehi pahala.. Aku sedekahkan pahala bacaanku kepada ibu yang ku sayangi Habibah binti Arabiyah.. Aku mohon pada-Mu ya Allah.. Luaskanlah kubur ibuku, lapangkanlah kubur ibuku, terangilah kubur ibuku.. Jauhkanlah ibuku dari seksa kubur, hindarilah ibuku dari azab api neraka.." Setiap hari Ai akan baca al-quran sekurang-kurangnya 1 muka surat.. Walaupun malas, Ai akan paksa diri Ai.. 

Sebenarnya, terlalu banyak yang Ai nak cerita pada mak.. "Mak, sekarang akak jual susu kambing i-Sihat.. Kalau mak masih ada, setiap bulan akak akan bagi mak susu kambing, supaya mak terus sihat.. Akak selalu fikir kenapa i-Sihat ni lambat wujud?? Kalaulah i-Sihat wujud sebelum mak sakit.. Tapi dah takdir Allah, mak pergi tinggalkan kami lebih awal dari jangkaan kami.."

Macam-macam Ai nak mengadu pada mak.. "Mak, akak tengah serabut sangat sekarang ni.. Akak dah tak mampu nak terus bertahan..".. Selalu bila Ai baring di riba mak dan menangis, mak akan usap dan belai rambut Ai, sambil cakap; "sabarlah kak.. Minta dengan Allah.. Kakak je tahu apa yang kak alami.. Kakak fikirlah baik-baik dan buat keputusan.. Cuma kakak yang tahu, kak mampu untuk terus bertahan atau tak.." 



Nota Jari: Ai selalu tertanya-tanya, adakah pahala bacaan Ai sampai kepada arwah mak..

You May Also Like



0 ulasan