Semangat Yang Hilang

by - Saturday, February 04, 2017

As'salam.. Selamat pagi.. Cuti hari minggu pertama bulan feb 2017.. Dari minggu lepas Ai sibuk update blog Hakun Store dot com.. Hope Ai akan terus istiqomah niaga dan update blog.. Hehehe..
Semalam Ai balik rumah bapa.. Dari kecil Ai kurang rapat dengan bapa.. Ai lebih rapat dengan mak.. Ye la, Ai kan anak manja mak.. Bapa garang dan tegas dengan anak-anak.. Mak pula lebih bersikap penyayang dan memanjakan.. 

Bapa bukan tak sayang anak, cuma tak tunjuk je.. Hehehehe.. Teringat masa 1st time Ai duduk asrama.. Bila tau Ai nak balik, bapa beli 3kg timun.. Ambil kau, 3 hari 3 malam Ai makan timun dan tak makan nasi.. Sebab masa tu Ai memang suka sangat makan timun.. Bayangkan Ai duduk kat rumah atas, Ai boleh bau timun yang mak potong kat dapur (kat rumah bawah).. Punyalah hantu timun.. Hahahaha.. 

Ai makan timun dengan kuah rojak, buat air timun, ratah macam tu je.. Sampai kering idea macamna nak habiskan timun tanda kasih sayang bapa pada Ai.. Hahahaha.. Balik asrama terus kena gastrik..

Ok, sambung balik.. Bapa Ai dah uzur sekarang ni.. Bapa lahir tahun 1944 dan tua 14 tahun daripada mak.. Siapa sangka mak yang akan pergi dulu tinggalkan kami.. Huhuhuhu.. Ai masih ingat perit jerihnya bapa membesarkan kami.. Semasa kami kecil, hanya bapa seorang yang bekerja.. Masa Ai darjah 5 (1993), bapa kerja di kilang karbaid dengan hanya menunggang basikal.. Anggaran jarak 20km dari rumah kami.. Shift pagi, bapa akan pergi kerja pukul 6am (atau lebih awal, Ai dah lupa).. Sebab bapa masuk kerja pukul 7am dan balik pukul 3pm.. Sampai rumah dalam pukul 5pm.. Bapa kata, pagi boleh kayuh laju sikit sebab sejuk.. Balik dah tak larat dan berpeluh-peluh sebab tu lambat sampai.. Bayangkan pada umur 49 tahun bapa masih gigih memerah keringat demi tanggungjawabnya membesarkan kami..

Pada tahun 1999, Ai ambil SPM.. Bapa bekerja sebagai tukang kayu, di projek pembinaan bangunan baru sekolah Ai.. Dari dewan peperiksaan, Ai boleh nampak tapak projek.. Memandangkan bapa bekerja di kawasan sekolah Ai, so Ai pergi exam naik motor dengan bapa.. Waktu balik sekolah, bapa akan pesan duduk jauh sikit nanti kotor baju sekolah Ai.. Ai menangis.. Kotor baju kerana berusaha bekerja lebih baik daripada bersihnya baju tapi asyik tidur dan tidak usaha untuk bekerja.. Melihat jerihnya pengorbanan bapa, Ai berazam untuk berjasa pada mak dan bapa.. Ai nak senangkan kehidupan mereka.. Ai nak mereka gembira.. Alhamdulillah, result SPM Ai dapat pangkat 1, agregat 15.. Ai harapan keluarga.. Kerana hanya Ai yang belajar sampai degree..

Sekarang Ai diuji dengan perjalanan kerja yang jauh.. Kerana rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan Ai tak nak anak-anak rasa susah macam yang Ai lalui masa kecil, Ai terus bertahan dan bersabar.. Tahun lepas, Ai betul-betul hilang semangat untuk berdepan dengan masalah.. Tapi tahun ni Ai lebih bersemangat untuk selesaikan dan tinggalkan masalah yang mengekori Ai..



Nota Jari: Hargai dan sayangi ibu bapa kita.. Pengorbanan mereka tak mungkin terbalas.. Jadilah anak yang bertanggungjawab..

You May Also Like



0 ulasan