Kisah Seram: Diganggu Pelesit..
As'salam.. Kali ni nak story kisah seram suam-suam kuku.. Adeeehhh.. Ada ke istilah macam tu?? Hentam je la labu..
Sekarang ni, Ai selalu buat solat hajat selepas solat isyak.. So sabtu minggu lepas pun, Ai buat rutin macam biasa..
Sebenarnya dari pagi, Ai rasa sakit bahu.. Rasa macam ada bebanan di atas bahu Ai.. Ai abaikan je walaupun rasa pelik.. Malamnya, Ai buat rutin macam biasa..
Lepas solat isyak, Ai sambung buat solat hajat.. Masa Ai tengah doakan seorang teman rapat Ai, tiba-tiba ada seekor belalang hinggap di atas peha kiri Ai..
Terus badan Ai terasa sejuk dan meremang bulu roma.. Ai rasa tak sedap hati.. Ai yakin belalang tu tak berniat baik.. Ai tetap teruskan berdoa;
"Ya Allah.. Aku mohon pada-Mu.. Bentengilah aku dan temanku agar tidak ada sihir yang dapat menembusi kami dan tidak ada jin yang dapat berdamping dengan kami..
Ya Allah.. Aku yakin dan percaya, tidak ada kuasa yang mampu menandingi kekuasaan-Mu.. Kerana Kau yang maha berkuasa.. Ya Allah, aku yakin dan percaya, semua yang berlaku adalah dengan izin-Mu..
Aku mohon pada-Mu, ya Allah.. Peliharalah aku, anak-anakku dan temanku.."
Ai jentik belalang tersebut guna tangan kanan Ai.. Belalang tu terpelanting, tapi datang semula dekat sebelah kiri sejadah dan menunggu Ai.. Ai sambung lagi berdoa.. Kemudian buat solat witir.. Selepas habis solat witir pun, belalang tu masih tidak berganjak..
Sambil melipat telekung, Ai menyapa keras kepada belalang tu.. "Nak apa dari aku?? Jangan kacau aku dengan keluarga aku..".. Takde tindak balas dari belalang.. Sambil baca Auzubillahi minassyaitan nirrajim, banyak kali.. Ai pukul belalang tu dengan sejadah sekuat hati.. Pastu campak dalam bilik air..
Pagi ahad, Ai bangun ambil wuduk dalam pukul 4am untuk solat tahajud.. Ai tengok belalang tu dah takde..
Dah siang baru Ai berani cerita kat ma dan HM.. Masing-masing tanya, bentuk belalang tu kecik dan warna hijau ke?? Ai macam hairan la.. Macamna dorang tau bentuk belalang tu?? Dorang kata tu la belalang pelesit.. Sepatutnya tangkap dan tarik bagi putus kepalanya..
Adeehhh!!! Ni 1st time jumpa.. Terkejut ada la.. Tak tau nak buat apa.. Lagi pun geli nak pegang.. Hehehe..
Tapi bila cerita kat my dad, dikatanya Ai terlampau percaya benda bukan-bukan.. So Ai diam je la.. Anggap takde apa-apa la..
Pagi isnin, masa bersiap nak pergi kerja terperasan tangan Ai ada kesan hijau turqoise.. Ai anggap baju Ai turun warna.. Tapi kenapa sebelah kanan je yang jadi macam tu??
Sampai opis, tunjuk kat my pren KI.. Dia kata lebam.. Ai perhatikan semula.. Ye la.. Memang lebam kat kawasan L tangan kanan Ai.. Balik kerja singgah teman bapa ngopi kat warung simpang 3.. Ai tunjuk kesan lebam tu.. Muka bapa berubah, nampak risau.. Mungkin sebab semalam bapa tak percaya apa yang Ai cakap..
Nota Jari: Ai akan terus berdoa.. Sebab Ai yakin dan percaya, Allah tak pernah mengecewakan hamba-Nya..

0 ulasan