Anxiety & Depression

by - Friday, August 03, 2018

As'salam.. Lama tak mencoret.. Bulan lepas ada 2 entry je.. Ke mana Ai menghilang??? Sebenarnya Ai sedang bergelut dengan kemurungan..



Errrmm.. Akhirnya Ai tewas juga.. Sebelum ni Ai mampu tangani sendiri anxiety dan depression.. Tapi tidak kali ni.. Ai kalah.. Rational dan sikap positif Ai tidak dapat membantu Ai pada kali ini.. Ai tersungkur jatuh ke lembah yang paling dalam.. Gelap gelita.. Hanya sepi dan kesedihan yang menemani..

Lemahkah semangat Ai?? Mengada-ngadakah Ai?? Tidak cukup kuatkah iman Ai??

Sedar Ai tak mampu untuk atasi sendiri, Ai bertindak pergi ke unit psikiatri untuk tahu prosedur mendapatkan rawatan.. Doc minta Ai pergi ke klinik kesihatan berhampiran dengan rumah Ai dan minta buat surat rujukan ke unit psikiatri..

Ai terus bergegas ke klinik kesihatan berhampiran rumah my dad.. Doc ada bertanyakan beberapa soalan dan minta Ai untuk menjawab soalan saringan minda sihat untuk menentukan tahap stress, anxiety dan depression.. 

"Doc, Ai tak pandai cerita masalah pada orang.. Lagi pun Ai tak nak dengar yang negatif.. Sebab dalam kepala otak Ai dah terlalu banyak yang negatif.. Ai nak dengar yang positif je.. Sebab tu Ai berkurung dalam bilik.. Ai tak nak tambah beban otak Ai.. Tapi Ai nak hidup Ai balik.. Ai sayang anak-anak Ai.."

Luahan luhur disertai dengan linangan air mata.. Terasa beban sebesar gunung di dada.. Yang menghimpit hingga menyesakkan jiwa..

"Doc, orang kata Ai ikut sangat cakap syaitan sebab tu la asyik berkurung.. Ai tidur pukul berapa pun, Ai akan bangun awal untuk tahajud.. Ai tak tinggal solat dhuha dan setiap hari Ai membaca al-quran.." Kali ini air mata mengalir semakin laju.. Hati sebak menjawab soalan doc..




Doc bingkas membalas; "Kemurungan takde kaitan dengan kuatnya iman.. Kemurungan ni masalah mental bukannya hati.." Ai menyeka air mata yang tak henti mengalir.. "Puan nak kami dapatkan temujanji atau macam mana?? Kalau kami yang uruskan kemungkinan lambat sikit la dapat tarikhnya"; tanya doc untuk kepastian.. 

"Doc, Ai nak semua ni cepat berakhir.." Kemudian doc kata; "Takpe lah, saya bagi puan cuti sakit 2 hari.. Jadi esok puan boleh pergi sendiri ke hospital untuk dapatkan tarikh temujanji.."

So Ai dah pergi hospital untuk dapatkan tarikh.. Selasa depan Ai akan bertemu dengan pakar.. Sebenarnya, Ai rasa terkejut tengok keputusan saringan minda sihat.. Sebab Ai anggap Ai cuma stress dan depression.. Tak sangka anxiety pun teruk juga.. Eerrrmmm.. Ai susah nak percaya orang, menyebabkan Ai lebih suka pendam sendiri daripada meluahkan..

Ai cuma percaya kepada arwah my mom.. My mom tak akan mendesak Ai menurut nasihatnya atau dengan sengaja menambah cerita-cerita negatif.. Tidak sama sekali membandingkan Ai dengan orang lain.. My mom hanya akan kata 'sabarlah kak, Allah tau kakak kuat' atau pun; 'jadi apa yang kakak nak buat??'.. My mom hanya mendengar dan membantu untuk Ai berfikir.. 

Alhamdulillah.. Hebatnya aturan Allah.. Ai bertemu dengan ma.. Mak angkat yang sangat memahami.. Rasa lega setiap kali dapat berbual-bual dengan ma.. Hahaha.. Balik dari ambil appointment kat hospital, terus pergi rumah ma.. Hiburkan hati berbual-bual dan bantu ma memasak.. Dan Ai asyik tidur je.. Hahahaha.. 


Nota Jari: Doakan Ai cepat sembuh, ye.. Dan doakan hajat Ai dimakbulkan..

You May Also Like



4 ulasan

  1. bersabar lah kakak..semoga akak kembali ceria . sy ni antara peminat blog ni.sy suka baca tulisan diblog ni. rasa unik, dan sgt memberi pengajaran tentang makna kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih coz baca blog Ai.. Insya-Allah, dalam proses mengatasi depression..

      Delete
  2. Assalamua'alaikum.
    Sy terjumpa blog Ai semasa sy buat carian artikel ttg anxiety disorder & depression, sbb sy rasa sy berada dlm situasi itu. Sy ingin mendapatkan rawatan sebelum keadaan semakin teruk.
    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman & info.
    Sy doakan Ai cepat sembuh & dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam.. Terima kasih.. Semoga awak pun cepat sembuh dan dipermudahkan semua urusan..

      Delete