Meneroka BlueBlue Playland

by - Sunday, August 19, 2018

As'salam.. Sihat ke?? Alhamdulillah, anak-anak Ai sihat.. Ai masih cuba sesuaikan diri dengan ubat yang psikiatri bagi untuk kawal depression.. Sebenarnya dah lama Ai tak bawa anak-anak pergi berseronok.. Ai asyik berkurung dalam bilik je..





Semalam (18/8/2018), Ai bawa anak-anak ke Blogger's Gathering anjuran BlueBlue Playland di MBC Gunung Rapat.. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput Ai dan anak-anak.. Dapat la Ai tebus sikit rasa bersalah terhadap anak-anak..
Ni harga tiket untuk masuk ke playland.. Anak-anak yang berumur kurang dari 7 tahun boleh bermain di playland yang luas.. Memang tak puas main dalam 1 hari.. Hahahaha.. Gambar bawah ni cuma sebahagian dari keseluruhan playland.. Ai geram betul tengok papan gelongsornya.. Maklum la, masa zaman kanak-kanak tak pernah main papan gelongsor macam tu..

Bagi anak-anak yang berumur 7 tahun ke atas dan mencapai ketinggian melebihi 100cm, boleh cuba permainan yang lebih mencabar di Master Jump.. Memang sesuai untuk HB yang aktif.. Suka betul dia dapat melompat.. Amboooiii.. Terus sihat nampaknya, padahal dah dekat 2 minggu lembik tak sihat..


Pengurusan playland sangat menjaga aspek kebersihan dan keselamatan pengunjung.. Sanitizer di sediakan di setiap laluan masuk ke playland.. Anak-anak dan penjaga perlu menggunakan sanitizer terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan playland.. Selain tu, miss 1st Aid sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan.. Almaklum la, kadang-kadang terlebih seronok bermain sampai terlupa keselamatan sendiri.. 
Miss first aid yang sporting..
Selain itu, kemudahan loker disediakan kerana barangan peribadi tidak dibenarkan di bawa masuk ke kawasan permainan.. Deposit RM10 dikenakan untuk setiap loker.. Nak balik, pulang balik kunci loker, nanti dapat balik duit deposit.. Selain tu, tandasnya juga mesra kanak-kanak.. Pintu tandas yang colourful, memang nampak meriah.. Potty training ada disediakan untuk kegunaan kanak-kanak.. Mujur la, sebab HK sakit perut.. Sampai je terus nak ke tandas.. Hehehehe..

Sebenarnya, banyak aktiviti yang penganjur sediakan untuk kami.. Antaranya adalah:

1. Zumba
Semangat anak-anak berzumba mengikut instructor.. Tengok la gelagat HK berzumba.. Hehehe.. Ai pun nyanyi bila part lagu baby shark.. Addeeehhh..

2. Messy Play
Permainan yang mengajar anak-anak tentang teamwork.. Bak kata Wonderpets; 'apa yang penting? KERJASAMA....' hehehe.. Ok, Ai memang follow ke mana je HK pergi.. Risau nak lepas dia.. 


3. Trampoline Master Jump
Untuk bahagian ni HK tak boleh joint.. Sebab walaupun ketinggian HK dah 100cm tapi HK baru berumur 4 tahun.. So ni permainan yang sesuai untuk HB.. Geram pula Ai tengok HB berpusing-pusing.. Masa main memang tak ingat dunia.. Dah balik baru gaduh penat dan sakit sana sini.. Huhuhuhu..

4. Persembahan Ninja Master Jump
Selepas habis acara trampoline, kami 'disajikan' dengan persembahan Ninja Trampoline Master Jump.. Disebabkan Ai mudah pening, so Ai tak teruja untuk cuba trampoline.. Nanti kalau Ai pening, siapa pula nak drive kereta.. Hehehehe..


5. Birthday Party Celebration
Ada sambutan hari lahir untuk anak-anak yang lahir pada bulan ogos.. Hahahaha.. Anak-anak Ai tak terpilih sebab takde yang lahir pada bulan ogos..


6. Penyampaian Hadiah
Ok.. Setelah anak-anak berpenat lelah main permainan, kenalah bagi hadiah kepada pemenang.. Team HB dan HK tak berjaya.. Hehehe.. Takpe la.. Kita dapat sijil penghargaan pun jadi lah..

7. Unlimited Free Play
Si HK memang suka la yang ni.. Masa makan pun asyik tanya bila boleh main lagi?? Sampai takde selera dia nak makan sebab seronok nak main.. Dan kali ni, Ai puaskan hajat untuk merasai sendiri playland ni.. Mujur badan Ai saiz kanak-kanak je.. Itu pun terhantuk kepala.. Hahahaha.. Pening 5 saat..


8. Magician Walkabout
Persembahan silapmata oleh badut yang membuatkan anak-anak tak kering gusi.. Tapi HK sibuk nak main playland.. Tak nak langsung tengok badut.. Dan Ai pula dapat berkenalan dengan blogger DinoHauz..



Alhamdulillah.. HB dan HK puas dan seronok dapat bermain.. Ai pun seronok dapat try papan gelongsor.. Hahahaha.. Harap pada masa akan datang, Ai berpeluang lagi untuk joint blogger's gathering.. Takde la Ai asyik berkurung dalam bilik je.. Boleh juga lepaskan tekanan..

Memang la kalau tengok rupa Ai macam takde gaya pesakit Major Depression Disorder (MDD).. Insya-Allah, Ai sedang berusaha untuk sihat demi anak-anak.. Jika dulu Ai boleh sembuh dari mild stroke, anxiety disorder dan panic attack.. Pasti Ai juga boleh sembuh dari MDD..


Nota Jari: Terima kasih kepada BlueBlue Playland.. Dah lama tak rasa teruja..

You May Also Like



0 ulasan