Semua makanan ada pro & cons
masing-masing. So kita perlu berjaga-jaga with our food
intake. Ada makanan yang boleh increase & decrease our milk supply.
Sebelum masuk hospital untuk serah diri bulan lepas, Ai sempat pergi jejalan pasar malam ari sabtu di bayan lepas.. Orang penang mesti tau kat mana pasar malam tu.. hehehe.. Jalan punya jalan, ternampak ada orang jual susu kambing.. Apa lagi, belilah sebotol RM10 (saiz botol air mineral kecil)..
Sekali minum, perghhhhhh.... mmmbbbbeeeekkkkk... Memang sebati bau kambingnya.. Rasa macam direct feeding dengan mak kambing je.. huhuhu.. Tapi hubby paksa minum bagi habis.. Demi baby (mengharapkan baby tak kena jaundis), maka Ai gagah juga la minum bagi habis.. Ni 1st time minum susu kambing fresh.. Sebelum ni, asyik minum hi-goat je..
Masa keluar hospital hari ke-4, baby HK dah ada tanda-tanda jaundis.. Hari ke-8 baru bawa pergi RSAT (coz berpantang di KL).. Tapi RSAT takde kemudahan check jaundis.. Jadi kami dinasihatkan check jaundis di pusat perubatan primer HUKM.. Dipendekkan cerita, baby HK perlu masuk wad..
Macam-macam la usaha untuk mengurangkan jaundis HK.. Dan salah satunya kena minum susu kambing.. Tapi kat KL ni mana nak cari susu kambing.. Dalam kepala otak Ai duk fikir, kat mana kambing nak duduk.. Penuh dengan bangunan tinggi-tinggi je.. Then ada kawan bagi link web NubianGoatsMilk.. Katanya boleh buat penghantaran ke rumah.. Tapi Ai fikir kalau setakat nak order 5 botol, tak kan dorang sanggup nak hantar.. huhuhu..
Bagi
ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali
mengalami masalah ini. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu
kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini?
Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Dah lama Ai tak story tentang anak sulong Ai.. Ok, HB dah jadi abang sekarang ni.. Dari mula Ai preggy lagi, HB dah mula membiasakan dirinya dengan panggilan ABANG.. Memula tu agak janggal juga la, Ai nak tukar panggil dia dari HAMY ke ABANG.. Tapi lelama, dah biasa nak panggil dia dengan nama HAMY pula Ai rasa janggal.. huhuhu.. Dengan sesiapa pun HB akan membiasakan dirinya sebagai abang.. Tapi jangan sesekali panggil dia, ABANG LONG.. Pasti dia membebel tak puas hati.. "Ni abang Hamy la.. Bukan abang long.. Abang kurus bukannya gemuk.. Mana boleh jadi abang long..".. Tu antara ayat bebelannya.. Alkisahnya, paklong dia (abang sulong Ai) gemuk, so HB anggap along mesti orang gemuk.. huhuhu..
Ok, tinggalkan bab yang tu.. Sebenarnya Ai nak story tentang penyusuan HB.. HB dah besar sekarang ni.. Dah ada perasaan malu minum susu.. Dia anggap minum susu tu memalukan memandangkan dia dah sekolah (tadika).. So puas la, Ai pujuk supaya dia mahu minum susu.. Antaranya, Ai belikan training mug.. Memula dia taknak juga minum susu.. Tapi balik dari taska minta Ai bancuhkan susu.. Bila tanya kat taska minum susu tak?? Dia jawab, dia malu sebab dia bukan budak kecil lagi.. huhuhu.. Terpaksalah kata; nak malu apa?? tu bukannya botol susu.. tu memang botol untuk kanak-kanak macam dia untuk minum susu.. Then barulah dia faham.. huhuhu.. Dia malu minum susu kat depan orang yang dia tak biasa je.. Kalau kat rumah, dia masih minum susu..
Bayi yang baru lahir adalah sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang penjagaan bayi baru lahir. Terdapat banyak perkara yang masih belum berfungsi dengan sempurna ketika bayi baru dilahirkan. Seseorang bayi itu memerlukan beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru setelah 9 bulan berada di dalam rahim ibunya.
Seram sejuk
Apabila anda memegang tangan atau kaki bayi anda, anda akan berasakan
betapa sejuknya tangan dan kaki mereka. Ini adalah kerana sistem
peredaran darah bayi anda belum sempurna dan ini tidak bermakna bayi
anda berasa sejuk. Warna kulit bayi anda juga akan berubah. Terdapat
juga bulu pada badan yang akan gugur dari semasa ke semasa. Anda juga
akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa
bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi
anda semakin membesar.
Baby HK; yang ni, Ai kurang perasan pada badan baby HK..
Kulit kering seluruh badan
Kebanyakan bayi baru lahir akan mengalami kulit kering yang mengelupas,
seperti ular bersalin kulit. Ini adalah proses semulajadi dan tidak
memerlukan krim atau losyen yang khas. Kandungan minyak yang dihasilkan
oleh kulit bayi tidak begitu stabil lagi, dan penggunaan losyen akan
mengganggu kestabilan tersebut. Apa yang penting adalah senantiasa
menjaga kulit bayi agar sentiasa bersih. Bintik hormon Bintik hormon
adalah bintik-bintik merah yang terdapat pada badan bayi di beberapa
bulan pertama kelahirannya. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu
yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. Bintik
hormon ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Baby HK; perasan kulit baby HK kering tapi tak berani nak sapu losyen..
Penjagaan pusat
Basuh pusat bayi anda dengan air dan pastikan ia selalu bersih dan
kering. Tali pusat bayi anda tidak mempunyai saraf, oleh itu bayi tidak
akan merasa sakit apabila anda membersihkannya. Tali pusat tersebut akan
tercabut dengan sendirinya selepas 8 ke 12 hari kelahiran. Adalah
menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau
sedikit.
Baby HK; dah tanggal tali pusat pada hari ke-4, iaitu hari keluar wad.. Masa nak keluar wad tu, nampak tali pusat dia tinggal sikit je lagi nak tanggal.. Sampai je rumah, tengok tali pusatnya dah takde.. Tak tau jatuh kat mana.. huhuhu..
Susu badan bayi baru lahir
Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah
berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang
diberikan kepada bayi. Bayi anda akan turun berat badannya. Kebanyakan
bayi akan kehilangan berat badan pada tiga atau empat hari pertama
selepas lahir. Susu ibu tidak keluar dengan sempurna dan bayi akan
kehilangan berat badan ketika itu. Bayi akan kembali dengan berat badan
semasa lahir selepas dua minggu kelahiran. Bidan anda akan mencatatkan
berat bayi anda dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa bayi anda
bertambah berat badannya dan penyusuan badan berjalan dengan lancar.
Baby HK; sebelum bersalin ritu, Ai tak sempat belajar teknik penyusuan yang betul.. So akibatnya, nipple Ai melecet disebabkan salah teknik.. Bayangkan dari 1st day bagi susu, 3rd day baru tau salah teknik penyusuan dan susu dah mula bengkak masa tu.. Bila nurse tunjuk cara perah susu, tengok-tengok yang keluar susu colostrums.. So maknanya, selama 3 hari tu baby HK tak minum susu.. Dia cuma menghisap tapi tak keluar susu kerana salah teknik..
SUMBER
Nota Jari: Terjumpa artikel ni, so Ai copy untuk rujukan pada masa akan datang..
Sorry sekarang Ai dah jarang update blog.. Sejak preggy, rasa malas sangat nak duduk ngadap notebook.. huhuhu.. Untuk pengetahuan kengkawan, Ai dah selamat bersalin pada 10 Mac 2014.. Alhamdulillah, dapat baby boy yang comel dan sihat.. Lahir pada 38 weeks secara caesarean.. Ai yang request coz senang HM nak minta cuti.. Kalau tunggu Ai sakit baru dia balik, Ai takut dia tak sempat sampai.. Maklum la KL - Penang, bukannya dekat..
So lepas dapat tarikh tu, Ai dah bagi tau my mom nak tinggal HB di kampung coz Ai akan bersalin di Penang.. Takdir Allah tak siapa boleh lawan, pada 22/02/2014 my mom di masukkan ke hospital taiping.. 2 hari kemudian, doc mengesahkan my mom mengidap kanser tulang.. Ya Allah, besar sungguh dugaan yang perlu Ai tanggung.. Ai ambil cuti bersalin awal 2 minggu dari tarikh bersalin atas nasihat kengkawan opis.. Lagi pun, Ai pun dah tak de semangat nak kerja.. Fikiran serabut sangat..
Dipendekkan cerita, pada 09/03/2014 Ai masuk wad bagi persediaan untuk czer esoknya.. Pada 10/03/2014 pukul 8.15am Ai di tolak ke bilik bedah.. Ai diminta duduk memeluk bantal dan pakar bius membius di belakang Ai.. Selepas dibius, Ai rasa ngantuk sangat (pada hal bius separuh badan je).. So Ai pejamkan mata tapi dapat rasa juga doc godek perut Ai cuma tak rasa sakit la.. Tetiba Ai dengar bunyi baby nangis.. Macam tak percaya my baby dah dikeluarkan dari my tummy.. Selepas nurse bersihkan apa yang patut, baby diletakkan di atas dada Ai untuk diberikan susu tapi takde reaksi.. Baby pun ngantuk macam Ai juga..
Dah selesai semua barulah Ai disorong keluar ke HDU sementara menunggu kesan bius hilang.. Masa di HDU hubby masuk untuk azankan baby.. Hari tu, Ai & baby asyik tdo je.. 4 hari selepas pembedahan baru Ai dibenarkan pulang ke rumah.. Dari hospital kami terus pulang ke kampung Ai di perak.. Hari ahad, kami bergerak balik ke KL kerana HM yang akan jaga Ai berpantang..
Hari isnin bawa baby pergi ke klinik tentera tapi dorang takde kemudahan untuk cek kuning.. So kami perlu bawa baby cek kuning di klinik premier hukm Bandar Tasik Selatan.. Result hanya akan diketahui pada lewat petang.. Then kami pergi ke JPN Bandar Tun Razak untuk daftar kelahiran baby.. Kami namakannya Farhathafiy Nur yang bermaksud Kegirangan (bagi) Yang memuliakan Cahaya.. Tapi di blog ni, Ai akan gunakan namanya sebagai Harimau Kumbang (HK).. hehehe..
Petang tu, dapat call dari klinik premier HUKM, baby perlu masuk wad coz kuning tinggi..
HB tak boleh masuk ke dalam NICU, so HB kena tunggu kat luar NICU sambil main game selama 3 hari..
Akhirnya, pada hari ke-3 baby HK dibenarkan pulang ke rumah.. Terubat rindu HB pada HK..
Dipendekkan cerita, pada 09/03/2014 Ai masuk wad bagi persediaan untuk czer esoknya.. Pada 10/03/2014 pukul 8.15am Ai di tolak ke bilik bedah.. Ai diminta duduk memeluk bantal dan pakar bius membius di belakang Ai.. Selepas dibius, Ai rasa ngantuk sangat (pada hal bius separuh badan je).. So Ai pejamkan mata tapi dapat rasa juga doc godek perut Ai cuma tak rasa sakit la.. Tetiba Ai dengar bunyi baby nangis.. Macam tak percaya my baby dah dikeluarkan dari my tummy.. Selepas nurse bersihkan apa yang patut, baby diletakkan di atas dada Ai untuk diberikan susu tapi takde reaksi.. Baby pun ngantuk macam Ai juga..
Dah selesai semua barulah Ai disorong keluar ke HDU sementara menunggu kesan bius hilang.. Masa di HDU hubby masuk untuk azankan baby.. Hari tu, Ai & baby asyik tdo je.. 4 hari selepas pembedahan baru Ai dibenarkan pulang ke rumah.. Dari hospital kami terus pulang ke kampung Ai di perak.. Hari ahad, kami bergerak balik ke KL kerana HM yang akan jaga Ai berpantang..Hari isnin bawa baby pergi ke klinik tentera tapi dorang takde kemudahan untuk cek kuning.. So kami perlu bawa baby cek kuning di klinik premier hukm Bandar Tasik Selatan.. Result hanya akan diketahui pada lewat petang.. Then kami pergi ke JPN Bandar Tun Razak untuk daftar kelahiran baby.. Kami namakannya Farhathafiy Nur yang bermaksud Kegirangan (bagi) Yang memuliakan Cahaya.. Tapi di blog ni, Ai akan gunakan namanya sebagai Harimau Kumbang (HK).. hehehe..
Akhirnya, pada hari ke-3 baby HK dibenarkan pulang ke rumah.. Terubat rindu HB pada HK..
Baby HK akan tidur setiap kali selepas menyusu.. Semoga HK akan terus sihat dan membesar dengan baik.. And hope luka czer Ai akan pulih seperti sediakala tanpa masalah.. Aminnnnn...
Nota Jari: huhuhu.. Sakit punggung duduk lelama..
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik.... Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya
SUMBER
Nota Jari: Kami adik beradik bacakan doa-doa ni pada air zam-zam untuk beri pada mak.. Semoga mak cepat sembuh..
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya
SUMBER
Nota Jari: Kami adik beradik bacakan doa-doa ni pada air zam-zam untuk beri pada mak.. Semoga mak cepat sembuh..










