As'salam.. Apa khabar semua?? Errrmmmm... Last week Ai rasa down sangat.. Biasalah hidup mesti ada gembira dan air mata.. Mungkin sebab dah lama tak buat solat sunat taubat.. Ye la, setiap hari mesti ada kesilapan yang kita dah buat.. So kena didik diri untuk buat solat sunat taubat secara berkala.. Barulah hati akan tenang.. Insya-Allah..
Biasa bila ada masalah, Ai akan pendam je.. Tapi last week, sembang-sembang dengan my pakcik.. Pandai pula dia korek.. Ceehhhh.. Tapi Ai tak cerita semua la.. Bahaya betul.. Agaknya sebab dia dah berusia jadi pandai tackle Ai untuk bercerita.. So lepas ni kena lebih berhati-hati.. Coz macam yang Ai selalu tulis dalam blog, bukan semua masalah boleh dikongsi dengan dunia.. Ada yang perlu dipendamkan, biarlah hanya Ai dan Allah sahaja yang tahu..


