Depression

by - Saturday, January 27, 2018

As'salam.. Salam hari sabtu.. Ok, sesaja nak mencoret tentang depression.. Entry ni sekadar pandangan dari Ai je..

Baru-baru ni, banyak berita tentang depression yang dihadapi oleh selebriti tempatan dan juga luar negara.. Depression sangat bahaya, kerana pengidapnya tidak dapat berfikir dengan baik.. Kecelaruan yang melampau.. Adakalanya depression dapat dikenal pasti melalui perubahan sikap seseorang.. Misalnya daripada peramah menjadi pendiam, daripada periang menjadi pemarah..

Namun ada juga depression yang tidak jelas.. Tidak ada perubahan sikap.. Pengidapnya lebih suka berahsia mengenai tekanan yang dihadapi.. Tidak punya teman rapat untuk meluahkan tekanan.. Lebih bahaya sekiranya pengidap tinggal berseorangan.. Bimbang pengidap mengambil keputusan nekad untuk mengakhiri hidup..

Ok, seperti yang kita sedia maklum.. Semua orang ada masalah or ujian dari-Nya.. Mungkin ujian pada kita besar tapi kecil bagi orang lain.. Kerana setiap kita adalah berbeza.. Cara kita berfikir, cara kita menghadapi dan cara kita menyelesaikan masalah juga berbeza..
Dulu Ai selalu tertekan.. Hampir setiap kali tertekan, Ai akan pitam.. Rasa kebas dari hujung kaki hingga kepala.. Stress yang melampau.. Dan Ai juga tak tahan pada cuaca panas.. Masa study di UUM, Ai lebih gemar berjalan kaki ke kelas.. Dalam kegigihan tu, sebenarnya ada kalanya sampai je bilik, Ai akan pitam.. Biasa terjadi bila cuaca panas melampau dan Ai tengah stress.. Kali pertama jadi macam tu, masa Ai kat matrik.. Means tahun 2000..

Hal ni berlarutan sampai Ai berkahwin.. Kali terakhir jadi macam tu, selepas Ai besalin HB.. Means tahun 2008.. Anxiety yang melampau sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan dalam otak.. Sudahnya terpaksa masuk ICU selama 1 minggu.. Mujur tak perlu buat pembedahan untuk buang darah beku di otak Ai.. Ok, kisah ni Ai ada coretkan dalam entry 'Bagaikan Mati Hidup Semula'.. Anxiety yang tak dibendung akan menyebabkan depression.. 

Sejak tu, Ai serik.. Stress macamna pun, Ai akan cepat-cepat luahkan dan lupakan.. Caranya??? Setiap kali rasa stress, anxiety, Ai akan buat solat taubat, berdoa minta keampunan-Nya.. Menangis mengadu pada Allah tentang apa yang Ai rasa dan lalui.. Mohon agar Allah kurniakan kekuatan, kesabaran dan kekuatan kepada Ai untuk hadapi dugaan-Nya.. 

Mengaji supaya rohani menjadi kuat.. Redha supaya tidak ada rasa terbeban dalam hati.. Tawakkal kerana yakin perancangan Allah lebih baik untuk Ai.. Istighfar dan melazimi zikir nabi Allah, Yunus a.s. supaya hati menjadi lebih tenang..
Sebesar apa pun masalah kita, kembalilah kepada Allah.. Tundukkan kepala, bersujud di atas sejadah.. Mohon dipermudahkan menghadapi dugaan.. Mohon diberi pertunjuk jalan penyelesaian yang terbaik.. Serahkan diri pada Allah.. Insya-Allah, hati akan jadi tenang..

Sekiranya korang tak boleh tangani depression yang korang hadapi, sebaiknya pergilah buat temujanji dengan psikiatri.. Ingat.. Hidup kita hanya sementara.. Tak perlu rasa terbeban.. Kerana mungkin dugaan yang kita hadapi merupakan 'tiket' untuk kita masuk ke syurga Allah..



Nota Jari: Sentiasa positif, pemaaf, pelupa.. Hahahaha.. So be happy..

You May Also Like



0 ulasan