Hakikat Sebuah Cinta

by - Friday, January 26, 2018

As'salam... Salam Jumaat..

Sedihnya bukan? Saat kamu mencintai dan dikala itu dia sedang berlalu pergi. Peritnya, Allah sahaja yang mengerti.
.
Letakkan tangan kanan di dada kirimu, pejamkan matamu seketika, sambil Istighfar, lalu, tanyakan ke dalam hati. ' Apakah aku mencintainya kerana nafsu atau akhlak luhur yang ada pada dirinya? '
.
' Apakah kerana rupanya yang menawan, membuatkan ku sukar untuk melupakan sang bayang-bayang, senyuman dan lirikan mata yang menari-nari dalam kenangan?"
.
' Adakah cinta ini berakhir, lantas hidupku juga akan berakhir?' Pantaskah aku mati hanya kerana cintanya yang tiada erti?"
.
Saudara, beruntunglah kerana dia meninggalkanmu, kesakitan yang kau rasakan saat ini adalah mungkin kerana kaffarah dosa-dosamu. .
.
Keteguhan dalam meraih sebuah cinta bukan sekadar lafaz, namun realisasikan melalui tindakan dan perbuatan. LOVE dan CINTA dua kata berbeza, tapi punyai maksud yang sama. .
.
Begitulah hati, dan manusia. Kamu mencintainya bermati-matian, namun dia belum tentu. Kerana itulah Hukama ada berpesan, aku pernah kecewa, namun kekecewaan aku yang paling besar apabila aku berharap kepada manusia.
.
Bagaimana melupakan? Cuba kamu semak, banyak masa yang kamu habiskan, adakah menilik atau stalk instagram dia atau menyelak helaian Al Quran? Terkadang kita bermati-matian hendak melupakan, namun tindakkan kita sebenarnya lebih kepada untuk mengikat sebuah kenangan. .
.
Akhirnya kamu sakit dan perit. Be strong, Never Be Alone. Kamu harus bangkit. Kekuatan itu akan hadir setelah air mata yang kau sirami dengan sepuitis doa dan harapan kepada sang Pencipta. .
.
Percayalah..
C&P
#salamjumaat
#jangansedihsedih

You May Also Like



0 ulasan