Kembara 1 Jan 2018

by - Tuesday, January 02, 2018

As'salam.. Selamat tahun baru 2018.. Errmmm.. Tahun ni Ai tak nak la cerita pasal azam tahun baru.. Coz still lagi carry forward since 2006.. Cuma azam dari 2014 je yang dah dapat capai tahun lepas.. Yang mana faham, faham la.. Yang tak faham sudah.. 
Ok, Ai nak share pengalaman naik ETS ke KL.. Dan perjalanan adalah dalam satu hari pergi dan balik.. Hahahaha.. Betul-betul kerja giler ni.. Dan entry ini bukanlah entry berbayar.. Ianya adalah perkongsian tulus ikhlas dari Ai.. Ceeewaaahhhh...

Ai mulakan tahun baru 2018 dengan mengembara ke KL menaiki ETS.. Pukul 5.30 pagi dah gerak pergi stesen KTM parit buntar.. Semangat berkobar-kobar, maklum la dah 2 tahun tak pergi KL.. Ai minta atam hantar ke KTM coz balik nya sampai parit buntar tengah-tengah malam.. Solat subuh kat stesen dulu.. Coz ETS sampai pukul 6.36 pagi..
Usaha letak kaki kat situ walhal tak sampai, maklum la tak cukup inci..
Ok, untuk tiket pagi ni Ai beli yang ETS Platinum sebab ETS Gold dah fully book.. Terpaksa la ambil yang mahal.. Kalau korang nak naik ETS better book tiket awal-awal.. Kalau lambat, ikut nasib la ada lagi seat kosong ke tak.. Pastu kepada yang tak tahan sejuk, bawa la siap-siap sweater or blanket.. Ai jenis tak tahan sejuk.. Huhuhu.. Boleh pula terlupa bawa sweater, so menggigil la 4 jam dalam ETS..
Yang mungkin menjadi keistimewaan ETS Platinum adalah setiap penumpang diberikan Rail Snack.. Boleh la buat alas perut sementara nak sampai ke KL.. Dan ETS hanya berhenti di stesen tertentu sahaja.. Contohnya, ETS tak berhenti di stesen bagan serai.. Sebab tu la Ai kena naik dari parit buntar.. Antara stesen yang disinggah adalah taiping, kuala kangsar, ipoh, batu gajah.. Then terus ke stesen KL dan akhir sekali KL sentral..

Hehehehehe.. Puas la berjalan cari apa yang patut.. Actually, Ai nak pergi butik kesukaan Ai.. First Lady.. Coz cawangan di taiping dah tutup.. Tak silap 7 tingkat bangunannya di jalan TAR.. Tak sempat Ai nak memilih baju sebab banyak lagi tempat yang Ai nak ronda.. Hahahaha.. Errrmmmm.. Dah datang jauh-jauh ni, wajib la mengaudit stok Sogo sekali..
Beratur nak ke platform no 3 masa nak balik..
Ni la hasil berpenat lelah panjat tangga bangunan jakel.. Berjaya menyopping  2 pasang kain di jakel dan 2 helai tudung ariani.. Fuuuhhhh.. Memang tegang segala urat dan otot kaki.. Hahahahaha..
Balik Ai dapat book ETS Gold.. Tambang murah sikit dari platinum.. Lupa nak cakap.. Bawah seat ETS ada plug point.. So boleh la nak charge hp dan tak perlu la susah payah bawa power bank.. Cuma perlu bawa charger hp je.. Bagi Ai, kemudahan yang disediakan, memuaskan.. Ada toilet, ada tv so boleh la layan movie kalau tak nak tidur.. Seat yang selesa coz Ai siap boleh duduk bersila.. Hehehehe.. Cuma kalau untuk orang yang kaki panjang akan rasa sempit la..


Nota Jari: Penat giler, 2 hari menanggung sakit kaki.. Hahahaha..

You May Also Like



0 ulasan