Jenis-jenis Mimpi
As'salam.. Tetiba rajin pula nak mencoret.. Eerrrmmm.. Subuh-subuh adam dapat mesej tentang mimpi.. Dah spoil mood Ai tengah drive.. Hahahaha.. Ok, makanya berkobar-kobar semangat Ai nak buat entry story tentang mimpi..
Perlu kita ingat tak semua mimpi kita ada maksud.. Dalam ceramah DUKE, mimpi ada 3 jenis..
1. Mimpi yang benar
Mimpi yang ada maksud.. Biasa mimpi antara pukul 3-4 pagi.. Mimpi bertemu Rasulullah, adalah mimpi benar.. Kerana syaitan tidak boleh menyerupai wajah Rasulullah..
Dalam ceramah UDDDB pula kata; mimpi yang boleh dikategori kan mimpi yang baik adalah sebelum tidur kita dalam keadaan berwuduk, tidur dengan niat mendapat keredhaan Allah, tidak melakukan kemungkaran pada siang hari nya, menghadap ke arah kiblat, mimpi di antara pukul 2-4 pagi..
2. Mimpi daripada syaitan
Misalnya mimpi bergaduh, bertumbuk, terjun bangunan, dipatuk ular..
3. Mimpi yang takde apa-apa makna
Contohnya sebelum tidur kita terlalu fikir tentang suatu perkara, otak kita dalam tak sedar telah mencipta ilusi berkaitan perkara yang kita fikirkan..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ok, Ai nak share mimpi yang biasa Ai alami dan maksudnya..
1. Mimpi air terjun, tasik, sungai
Biasanya kalau Ai mimpi berkaitan air, itu adalah petanda Ai akan dapat rezeki yang tak disangka-sangka..
Pada hujung tahun 2010, dua malam berturut-turut Ai mimpi Ai sungai melimpah dan menghanyutkan Ai.. Tak lama lepas tu, Ai dapat panggilan untuk melapor diri di UPNM..
Pada tahun 2012, Ai mimpi ada air terjun di sebelah kanan dan ada tasik di sebelah kiri rumah mak Ai.. Selang seminggu, arwah mak call bagi tau Ai dapat turn duit kutu.. Masa tu main kutu share dengan apis..
2. Mimpi najis
Mula-mula mimpi najis, Ai anggap cuma mainan tidur.. Sebab Ai seorang yang sangat penggeli.. Tapi sebenarnya ia membawa maksud suami or anak-anak akan dapat rezeki.. Masa tahun 2007, kali pertama mimpi najis.. Rupa-rupanya HM nak naik pangkat..
3. Mimpi muntah
Masa pregnant HB, Ai dah dapat petunjuk yang Ai bakal jadi ibu.. Ai mimpi pergi tandas awam, tapi semua toilet ada najis.. Disebabkan Ai penggeli, Ai terus ke sinki dan muntah.. Masa pregnant HK pun Ai alami mimpi yang sama.. Dalam realitinya, Ai jenis tak pandai muntah..
Masa pregnant HB, rasanya tak sampai 5kali muntah.. Masa pregnant HK pula, cuma 2kali muntah.. Morning sickness macam orang lain juga.. Cuma tak pandai muntah, rasa nak muntah je mesti telan balik.. Hehehehe.. Plus evening sickness, hari-hari sakit kepala.. Petang je lembik terus..
4. Mimpi labah-labah besar
Penghujung tahun 2012, Ai mimpi labah-labah besar 2 malam berturut-turut.. Ai susah hati memikirkan apa tafsirnya.. Masa tu, Ai hampir tamat kontrak kerja dengan UPNM.. Memang berganda-ganda risau bila dapat mimpi macam tu..
Tapi rupa-rupanya, Ai nak dapat tawaran kerja tetap yang sekarang ni.. Alhamdulillah, dah 5 tahun kerja sekarang ni.. Ni la pekerjaan Ai yang paling lama..
5. Mimpi ular
Orang dulu-dulu kata kalau mimpi ular, ada orang berkenan or nak masuk minang.. Dalam ceramah DUKE kata, tanda nak dapat penyakit.. Bagi Ai pula tanda akan dapat masalah..
Tahun 2011, Ai pernah mimpi 2 ekor ular.. Ai risau, siapa pula la yang berkenan kat Ai.. Hahahahaha.. Tapi rupa-rupanya, AIG & WDPG nak serang Ai di mukabuku dan memalukan Ai sampai tahap menjatuhkan maruah Ai..
~~~~~~~~~~~
Ok, rasanya cukup la 5 contoh tafsir mimpi dari Ai.. Kalau kita ada mimpi apa-apa yang pada pandangan kita suatu yang memudaratkan, sebaiknya tak perlu cerita pada sesiapa.. Kalau nak cerita juga, ceritalah pada orang yang adil, yang positif atau yang benar-benar pandai mentafsir mimpi.. Kerana khuatir akan ditafsir sebagai suatu yang buruk dan menjadi doa..
Ai teringat kisah yang Ai pernah baca.. Ada seorang pemuda bermimpi melihat orang bertawaf di kaabah dalam keadaan bogel.. Beliau berasa bimbing dan bertemu dengan seorang ulamak untuk menceritakan tentang mimpi yang dialami.. Ulamak tersebut gembira mendengarnya dan mentafsirkan bahawa berbahagialah orang itu kerana Allah telah mengampuni semua dosa-dosanya, orang itu kini ibarat bayi yang baru dilahirkan.. Pemuda itu berkata, orang yang berbogel di dalam mimpinya itu ada ulamak tersebut.. Terus ulamak tersebut menangis gembira..
Nota Jari: Macam ahli tafsir mimpi pula... Hahahahaha
0 ulasan