Berkawan???

by - Wednesday, October 10, 2018

Suami/Isteri orang nak berkawan dengan lain jantina.. Apa komen korang??


Eerrrmmm.. Tak habis lagi kisah suami orang a.k.a. pembekal (Zul) opis Ai.. Mula2 tanya pasal kerja, then pusing ke lain.. Petang semalam Zul call, disebabkan Ai memang tak save no orang yang tak penting bagi Ai, so Ai pick up phone.. Ai ingatkan orang opis yang call...

Macam biasa, tanya pasal kerja.. Then melarat konon nak jadi kawan Ai.. Ai said sorry, Ai tak nak berkawan dengan suami orang.. Dia kata berkawan je bukan bercinta..

No, thank you.. Masih ramai yang bujang or duda, Ai tak perlukan suami orang untuk jadi kawan Ai..

Zul: No, Ina.. U listen to me 1st.. Kadang2 walaupun ada suami tapi tak semestinya suami u boleh faham masalah u.. Sometimes, lelaki lain lebih faham u tapi tak boleh kahwin dengan u..

Ai: Not for me.. Even before this Ai kahwin tak cinta tapi Ai serahkan hati dan kepercayaan Ai hanya untuk suami Ai.. Dalam hati Ai hanya ada ruang untuk suami Ai.. Ai tak perlukan lelaki lain.. Lagi pun awak kena faham 1 perkara.. Ai tak suka berkawan rapat dengan lelaki.. Mana ada dalam ajaran Islam membenarkan isteri/suami berkongsi masalah dengan lain jantina..

Then Zul kata Ai tak bagi peluang pada diri sendiri dan Ai tak boleh terlalu memilih.. Yup, indeed.. Ai cerewet sebab Ai trauma.. Sebelum ni Ai langsung tak memilih, so Ai jadi takut sangat perkara sama berulang.. Ye betul, Ai tak bagi peluang sewenang-wenangnya untuk orang kenal dan rapat dengan Ai..

Dia marah sebab Ai tak kenal dia lagi terus cakap Ai tak nak kawan dengan dia.. Please la.. Ai memang tak suka orang paksa Ai.. Even adik beradik Ai 5 orang lelaki dari 7 beradik tapi Ai memang tak pandai kawan dengan lelaki.. Masa sekolah dan belajar, Ai memang takde kawan lelaki.. Dalam kelas or kuliah Ai akan duduk dalam kelompok perempuan.. Sampai orang anggap Ai anti lelaki.. (Masa matrik je Ai ada kawan dengan lelaki.. Buat study group)..

So that why la, Ai kenal ex pun sebab dia salah call..  hahahaha.. Tu boleh baca entry Mahar Untukku part 2 dan part 3 dalam blog Ai..

For me, suami bukan hanya sekadar title tapi penuh dengan tanggungjawab.. Suami juga perlu faham istilah dayus dalam islam.. Iaitu rasa cemburu / curiga sekiranya ada lelaki lain cuba mendampingi isterinya, anak perempuannya, ibunya, kakak atau adik perempuannya.. Tolong la, jangan ambil ajaran islam hanya sekerat-sekerat (hanya nak ikut sunnah bila bab poligami)..

Nota Jari: Ai tak padam no hp nya.. Harap korang tak perlu la call dia.. huhuhu.. Jangan risau, Ai pandai jaga diri..

You May Also Like



0 ulasan