Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Ramai yang hairan kenapa Ai masih sembunyikan status Ai di pejabat.. 1st day lapor diri, Ai dah risau tengok suasana dan staf lelaki yg ramai.. Sebelum ni Ai memang tak pernah bekerja dengan ramai lelaki.. Mungkin kerana Allah tahu Ai tak selesa dan Ai cukup risau batas hubungan lelaki dan perempuan..
Ai direct bagi tau timbalan dan CC, Ai tak nak lama di pejabat ni.. Ada peluang je Ai akan minta tukar or cari kerja lain.. Dan pada masa tu Ai masih dalam eddah..
Hanya big boss, timbalan dan SS (Din - pembantu makmal) yg tahu status Ai.. Ai pernah cakap pada SS untuk berterus terang pasal status Ai pada semua.. SS melarang Ai demi keselamatan Ai.. SS ceritakan satu persatu gangguan seksual yg pernah berlaku di pejabat dan satu pun tidak mendapat pembelaan dari pihak atasan.. Mangsa hanya diminta untuk lebih berhati2 dan pandai2 jaga diri..
Sebenarnya, Ai sendiri takut untuk berdepan dengan gangguan seksual.. Minggu pertama Ai kerja, ada 2 orang tolong kemas laci meja yg Ai nak guna.. Semasa mengemas, kami terjumpa kondom.. Ai memang terus pucat.. Bayangkan masa tu, orang lain dah balik kerja.. Tinggal kami bertiga dan Ai sorang je perempuan.. Dorang terus ambil kemas dan buang.. Ai diamkan je.. Tak berani kata apa2..
Selang beberapa minggu kemudian, Ai kemas laci yg ketiga.. Kali ni Ai kemas sendiri selepas habis waktu kerja.. Sekali lagi Ai terkejut.. Ai jumpa 1-2 kotak kondom.. Ai geli bercampur risau nak pegang.. Ai tindih2 dengan kertas2 yg ada dalam laci dan segera buang dalam bakul sampah.. Ai simpan dan pendam sendiri rasa tak selesa tu..
Pertengahan bulan oktober, tahun lepas baru Ai mula rapat dengan KI (Kak Ida - pembantu operasi), Oja (pembantu makmal), FT (juruteknik komputer - jaga lab) dan SS.. So masa makan bersama, dorang buka cerita pasal ada staff yg selalu layan utiup 'blue'.. Guest what, salah sorang nya tuan meja yg Ai guna tu.. No wonder la.. Tapi apa fungsi benda tu sampai perlu simpan di pejabat??
KI dan Oja selalu dapat wasap gangguan dari staff kami.. Perlu ke bermesej dengan memanggil isteri orang as 'sayang' dan bahasa kan diri sendiri as 'abang'.. Sedangkan dia tu pun suami orang.. Apa perasaan kalau ada lelaki lain wasap isteri dia dengan ber'abang' 'sayang'??.. Ai tak sempat melarat macam tu, Ai dah block awal2.. For me, kawan kerja buat cara kawan kerja.. Apa2 mesej dalam group je..
Disebabkan tu, PSY tak suggest Ai pindah dekat dengan opis.. Sebab masalah Ai bukan jarak perjalanan yg jauh tapi suasana tempat kerja yg menjadikan Ai depress..
Nota Jari: Bukan risau apa yg orang akan fikir tapi Ai risau keselamatan diri Ai..ðŸ˜
0 ulasan