N.I.K.A.H.

by - Sunday, October 07, 2018


Pada mulanya, Ai boleh anggap sebagai gurauan.. Tapi lama-kelamaan dah tak mampu nak anggap macam tu.. Ai jadi takut dan trigger..

MSI: tak kira kalau hujung tahun ni, awak masih takde sesiapa, saya akan masuk minang awak..
Ai: eeehhhh!!! Bukan Ai dah reject awak ke???
MSI: tak kira dah kena reject pun.. Awak ada masa 3 bulan untuk cari seseorang.. Kalau takde juga, sedia la terima pinangan saya..

Macam mana nak paksa orang untuk terima Ai sedangkan Ai sendiri tak boleh paksa hati Ai untuk terima orang.. Serik.. Selepas putus dengan MZ ada je yang mencuba.. Tapi Ai akan terus bagi syarat, lulus syarat baru Ai terima.. Tak lulus syarat terus stop.. Dan ada juga yang stop bila Ai terus terang Ai pesakit MDD..

MSI bujang yang muda 5 tahun dari Ai.. Dia tak pandang pada syarat yang Ai bagi sebab katanya syarat tu Ai buat untuk reject ex.. Dia pun pernah kecewa, sepatutnya bulan 2 yang lepas dia dah bernikah.. Tapi batal atas sebab tertentu..

Akibat terlalu runsing, akhirnya 2 hari lepas Ai berterus terang dengan MSI.. Ai tak boleh terima dia sebab bagi Ai sifatnya sama macam ex.. Dan Ai cukup trigger apa-apa yang berkaitan dengan ex.. MSI sendiri sedia maklum 2 trigger utama Ai..

So MSI janji tak kan lagi sebut pasal nak minang Ai.. Cuma dia minta Ai tolong pegang duit dia untuk dia menyimpan.. Dia tak pandai urus duit.. Ai tak nak.. Ai takut nanti kena merangkak cari dia di padang mahsyar..

Dia kata dia jenis cepat kesian kat orang dan tak berkira dengan duit.. Asal ada orang nak pinjam je, dia akan bagi.. Jadi dia tak boleh menyimpan untuk kahwin.. Ai suruh dia buka akaun tabung haji dan pos buku akaun untuk Ai simpan.. Dia kata kalau atas nama dia, nanti dia boleh pergi buat/ganti buku baru..

Ai: habis, tak kan nak masuk akaun Ai.. Tak nak la.. Awak kena ingat, kalau awak dah masuk kan duit dalam akaun orang, duit tu dah jadi hak orang tu..
MSI: kalau awak nak guna, awak guna la.. Kalau awak nak tipu saya, itu antara awak dengan Allah..
Ai: ok la.. Tapi dengan 1 syarat.. Ai pegang duit awak tapi tidak mengikat Ai untuk bernikah dengan awak.. Boleh???
MSI: ye la.. Saya tak kan paksa awak.. Saya hormat keputusan awak..
Ai: baik la.. Ai akan tolong simpankan sampai awak jumpa jodoh awak atau sampai Ai jumpa jodoh Ai..

So deal lah perjanjian macam tu.. Eerrrmmm.. Ai terpaksa terus terang dengan dia sebab Ai tak nak ulangi kesilapan yang sama.. Dulu Ai nak nikah sebab Ai nak lari dari my mom.. Ai nak keluar dari rumah my mom.. So Ai ajak ex segera bernikah.. 

Kali ni, Ai tak nak semata-mata nak lari dari MSI, Ai terima sesiapa saja.. Perkahwinan bukan suatu permainan yang boleh tarik diri pada bila-bila masa.. Perkahwinan adalah tentang tanggungjawab dan kesediaan untuk bertolak-ansur dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Ai tak nak lalui keperitan sekali lagi.. 

Biarlah lambat asalkan kekal.. Lagi pun Ai dah ada pendapatan sendiri.. Bergantung pada diri sendiri.. Ada anak-anak yang baik dan mendengar kata.. Cuma takde tempat bermanja je la.. hehehehe.. Tak pe, Allah lebih tahu bila masa yang tepat untuk Ai..

Nota Jari: Kami tetap boleh jadi kawan (baca sebagai adik).. hehehehe..

You May Also Like



0 ulasan