T.R.I.G.G.E.R.
Ex cakap kat Ai; "tak perlu bagi tau semua orang, sayang depression.. takut nanti orang ambil kesempatan kat sayang.."
Kenapa Ai yakin Ai boleh sembuh??
Ai pernah kena strok pada umur 26 tahun.. Yup.. Masa besday Ai 10tahun yang lepas, Ai berada dalam icu.. Intubated selama seminggu.. Tu boleh baca dalam entry Peluang Kedua dalam blog Ai..
Masa 1st jumpa dengan pakar psikiatri (PSY), PSY memang terkejut tengok.. Sesiapa pun akan terkejut tengok Ai bila tahu Ai pernah kena strok.. Sebab fizikal Ai memang tak nampak macam pernah kena strok.. Masa jumpa doktor pakar mata bulan lepas pun, sama juga.. Terkejut baca reference letter dari PSY..
"U pernah kena strok masa umur 26 tahun?"
"Aahhh.. Lumpuh sebelah kanan dan mata sebelah kiri tak nampak.."
Tapi sekarang Ai bekerja dan berusaha lebih kuat daripada orang yang tak pernah kena strok.. Sakit bukan membuatkan kita menjadi lemah.. Tapi meransang kita untuk menjadi lebih kuat dan tabah..
Semua kerja ada tekanan.. Dan Ai dah biasa hadapi stress kerja.. Dari kerja di UPNM, asyik dibuli pegawai.. Kerja di PPDTL pun sama.. Kerja di opis sekarang ni pula, sesama kerani yang dengki dengan Ai.. Aaahhh.. Lantak deme la.. Ai malas ambil port membawang, sebab tu Ai suka guna headphone masa buat kerja..
Stress kerja bukan my trigger.. Perkara yang membuatkan Ai trigger adalah kisah silam Ai, kenangan bersama ex dan apa sahaja masalah berkaitan anak-anak Ai..
Stop pull my trigger and Ai will be okey.. Maksudnya, jangan tanya apa-apa pasal my ex.. Jangan cerita apa-apa pasal my kids.. Setiap cerita dan soalan berkaitan my trigger akan menyebabkan Ai makin turun ke lembah kemurungan..
Sedangkan sekarang, Ai dah boleh bangkit.. Ai rasa tak perlu makan ubat pun.. Sebab Ai memang seorang yang tenang.. Cuma Ai mudah menangis.. Soft hearted.. hehehehe..
Nota Jari: Ai just need someone to hold my hand, support me and be a good listener..
0 ulasan