Single Mom
Disaat mula meniti gelaran ini, Ai bertatih mencari tempat untuk mendapat sokongan.. Ai joint group ibu tunggal dengan harapan dapat inspirasi dari kisah ibu tunggal yang lain.. Tapi malangnya, group-group tersebut bukan seperti yang Ai harapkan.. Lebih kepada 'jual' diri.. Tanpa segan silu bergurau bahasa lucah sesama lelaki dan perempuan..
Berbekalkan semangat yang masih bersisa, Ai teruskan hidup.. Walaupun setiap pagi pasti timbul persoalan; "kenapa Ai masih hidup pada hari ni??".. Ai tanya pada HM (Harimau Malaya a.k.a. ex.. gelaran yg Ai guna dalam blog); "kalau Ai mati, awak datang tak?? Awak kena datang ambil anak-anak.. Awak tak perlu berubah untuk Ai.. Tapi berubah lah untuk diri sendiri dan anak-anak.."
Masa kawan dengan RH, Ai dicadangkan untuk minta bantuan ibu tunggal.. Ai cakap Ai tak layak sebab Ai bekerja dan dah banyak kemudahan yang Ai terima.. RH cakap ex wife dia pun kerja tapi boleh dapat bantuan.. So Ai pergi la ke pusat zakat dan JKM.. Tebalkan muka bertanyakan tentang bantuan.. Yup seperti yang Ai jangka.. Memang Ai tak layak coz Ai kerja gomen..
Disebabkan Ai jenis lurus lagi bendul dan tak pandai menipu, so Ai puas hati dapat maklumat yang betul.. hehehe.. Ai memang tak berhajat untuk minta bantuan pun.. Malu.. Ai masih kuat untuk bekerja.. Kudrat Ai masih mampu untuk menyara anak-anak.. Dan Ai sememangnya tidak suka meminta-minta.. Prinsip Ai, ada buat cara ada, takde buat cara takde.. Dan berbelanja mengikut pendapatan..
Alhamdulillah.. Ai tak pernah meminjam duit sesiapa dan tak nak menyusahkan sesiapa.. Ai bergantung sepenuhnya pada Allah..
Nota Jari: Ai tak pernah risau pada rezeki yang Allah takdirkan..
0 ulasan