• Home
  • About
  • Contact
  • Book Cafe
  • Disclaimer
facebook twitter instagram Email

Si Pencari Pelangi

Perjuangan Mencari Redha Illahi. Sebuah blog peribadi.

As’salam.. Nama saya AiRin (bukan nama sebenar).. Saya ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak.. Dan saya sorokkan status saya.. Di pejabat hanya boss dan orang kanan boss sahaja yang tahu..

Sebenarnya saya sangat stress sekarang ni.. Saya mengalami kemurungan pada tahun 2016 iaitu setahun sebelum berpisah dengan ex.. Alhamdulillah, pada awal tahun ni, saya dah boleh atasi..

Tapi apabila saya tersedar bulan Jun 2018, genap setahun saya menjadi ibu tunggal, saya kembali kemurungan.. Saya pergi kerja macam biasa.. Senyum tak lekang di wajah.. Namun semua berubah apabila saya berseorangan dan apabila saya pulang ke rumah.. Saya hanya akan berkurung dalam bilik..

Anak-anak terabai.. Sedih.. Memang sedih sangat.. Orang nampak zahir saya kuat.. Orang nampak zahir saya ceria.. Tapi hanya Allah yang tahu berapa banyak air mata yang tumpah untuk terus tersenyum kepada takdir..

Saya berulang kerja jauh.. Saya tak dapat uruskan anak-anak.. Saya minta kebenaran boss untuk bertukar tetapi tidak disokong.. Dengan alasan saya bekerja dengan bagus dan boss minta saya abaikan masalah di rumah.. Saya menjadi stress kerana boss tidak memahami masalah saya.. Dan saya betul-betul stress kerja di pejabat kerana terlalu ramai staf lelaki yang gatal dan miang.. Mujur saya sorokkan status, kalau tidak pasti saya menjadi mangsa mereka..

Setiap kali balik kerja rasa tak sabar nak jumpa anak-anak tapi saya stress bila jiran (suami isteri) sebelah rumah asyik selak langsir tingkap rumah dan berbual dengan anak-anak saya.. Saya rasa tak bebas di rumah sendiri.. Saya dah pesan banyak kali pada anak yang sulong supaya jangan buka tingkap.. Tapi jiran sebelah paksa minta bukakan tingkap (nako).. Kalau anak-anak saya bergaduh, saya tak sempat nak leraikan atau marah, jiran sebelah dah datang marah si abang dan menangkan si adik.. Saya rasa macam saya menumpang di rumah orang..

Disebabkan tu, saya lebih suka berkurung dalam bilik.. Saya biar anak-anak bermain di dalam rumah.. Alhamdulillah.. Walaupun Allah uji saya dengan masalah rumahtangga, tapi Allah kurniakan kepada saya, anak-anak yang taat dan patuh.. Anak-anak sangat faham bila saya balik kerja dan sakit kepala, takde seorang pun yang kacau saya.. Mereka cuma datang untuk cium saya dan minta saya berehat.. Mereka tidak akan on tv tanpa kebenaran saya..

Sebelum tidur, anak-anak akan minta peluk dan cium.. Yang bongsu pula akan cakap; “umi solat la lama-lama, saya tunggu..” Dah menjadi rutin setiap kali selepas solat isyak, saya akan buat solat hajat dan witir.. Dan bangun awal untuk solat tahajud.. Menangis mengadu pada Allah.. Merayu pada Allah supaya keluarkan saya dari kesempitan ni.. Saya nak berhijrah.. Saya nak mulakan hidup baru.. Saya nak bina hidup baru.. Selepas tahajud, saya akan mengaji sementara menunggu azan subuh.. Dan saya tak tinggal solat dhuha.. Setiap kali lepas maghrib saya sambung mengaji sekurang-kurangnya 1muka surat.. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, saya berzikir memuji keagongan Allah..

Namun saya bukanlah manusia sempurna.. Hidup saya juga penuh berliku.. Saya masih juga mengalami kemurungan.. Saya tak pandai meluahkan pada sesiapa.. Saya selalu pendam apa yang saya rasa.. Bagi sesetengah orang, saya tiada emosi kerana selalu tersenyum.. Saya marah pun saya senyum, saya sedih pun saya senyum.. Saya hanya akan menangis ketika bersendirian dengan Allah.. Hidup saya hanyalah berjuang untuk mencari redha Illahi..

Saya mohon, kepada yang sudi membaca luahan saya supaya doakan saya dapat kerja lain ye.. Kerja yang sesuai dengan kelulusan saya.. Kepada yang dapat meneka siapa saya, saya mohon tolong simpan rahsia, ye..

IIUM Confession


Nota Jari: Confession yang Ai buat sebelum Ai dapatkan rawatan.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 ulasan
'Ya Allah.. Ai penat.. Ai penat sangat.. Ai mohon pada-Mu ya Allah, izinkanlah Ai berehat.. Kurniakanlah Ai setitis kekuatan-Mu agar Ai mampu untuk terus melangkah.. Sungguhnya, Ai dah tak berdaya..'
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
"Mak, along takut.. Doktor kata kena makan ubat sampai mati.."

Tahun 2007, Along baru keluar dari Hospital Bahagia Ulu Kinta atau ramai yang kenal sebagai Tanjung Rambutan.. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 ulasan
As'salam.. Sempena dengan domain baru, header pun tukar baru.. Harap mood menulis kembali ke landasan.. Lama sangat dah terkeluar dari landasan..

Ada hikmahnya tak dapat semula domain linzkushina.com.. Susah juga nak buat keputusan pilih nama domain baru.. Ai nak yang dekat dengan jiwa Ai.. Nak guna nama sebenar Ai, dah ada orang guna.. So Ai ubah turutan huruf.. Dan jadilah AafLinz.. Linz Ai kekalkan sebab dah jadi identiti blog; Si Pencari Pelangi..
Share
Tweet
Pin
Share
6 ulasan
Newer Posts
Older Posts

About me

Umi kepada Hamy, Hafiy dan Hana.. Isteri kepada encik kanda, MSI.. Mempunyai ijazah sarjana muda perbankan (kepujian) dan bekerja sebagai kerani kewangan.. Ini adalah kisah suka duka perjalanan hidup Ai..

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Followers

Facebook

Sponsor

Popular Posts

  • Alas Sofa Patchwork..
  • Penjagaan Bayi Baru Lahir...
  • Pengalaman Temuduga: LHDN vs KASTAM..
  • BILLU
  • Rimas - The Fabulous Cat
  • Permulaan Baru
  • e-Tukar Bukan Guru...

Blog Archive

  • ►  2021 (3)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  January 2021 (2)
  • ▼  2020 (10)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
    • ►  May 2020 (1)
    • ▼  April 2020 (4)
      • Tolong Doakan
      • Setitis Kekuatan
      • Makan Ubat Sampai Mati
      • Permulaan Baru
    • ►  March 2020 (1)
    • ►  January 2020 (2)
  • ►  2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
  • ►  2018 (74)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (7)
    • ►  September 2018 (3)
    • ►  August 2018 (6)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  June 2018 (12)
    • ►  May 2018 (11)
    • ►  April 2018 (9)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (6)
  • ►  2017 (45)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  July 2017 (2)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  May 2017 (3)
    • ►  April 2017 (4)
    • ►  March 2017 (8)
    • ►  February 2017 (9)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (50)
    • ►  December 2016 (4)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (2)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (5)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  April 2016 (4)
    • ►  March 2016 (14)
    • ►  February 2016 (3)
    • ►  January 2016 (3)
  • ►  2015 (30)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (2)
    • ►  July 2015 (4)
    • ►  June 2015 (6)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  March 2015 (1)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (43)
    • ►  December 2014 (3)
    • ►  November 2014 (3)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (7)
    • ►  May 2014 (3)
    • ►  April 2014 (3)
    • ►  March 2014 (4)
    • ►  February 2014 (1)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (74)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (4)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (4)
    • ►  July 2013 (4)
    • ►  June 2013 (8)
    • ►  May 2013 (9)
    • ►  April 2013 (8)
    • ►  March 2013 (9)
    • ►  February 2013 (10)
    • ►  January 2013 (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  December 2012 (16)
    • ►  November 2012 (14)
    • ►  October 2012 (8)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (9)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (2)
    • ►  May 2012 (2)
    • ►  March 2012 (1)
  • ►  2011 (12)
    • ►  November 2011 (1)
    • ►  September 2011 (2)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (2)
    • ►  May 2011 (2)
    • ►  April 2011 (1)
    • ►  February 2011 (2)

Categories

  • Dapur Ai
  • M02B
  • Online Bookcafe

Contact Form

Name

Email *

Message *

Download


Created with by ThemeXpose