Setitis Kekuatan

by - Tuesday, April 21, 2020

'Ya Allah.. Ai penat.. Ai penat sangat.. Ai mohon pada-Mu ya Allah, izinkanlah Ai berehat.. Kurniakanlah Ai setitis kekuatan-Mu agar Ai mampu untuk terus melangkah.. Sungguhnya, Ai dah tak berdaya..'

Puas menangis sepanjang perjalanan ke tempat kerja.. Jauhnya 80km sehala.. Menunggang skuter yamaha ego 100cc yang sudah uzur.. 

'Aaaahhhh.. Kenapa Ai nak iri hati pada dosa yang perlu Ry tanggung.. Ai kerja untuk anak-anak.. Biarlah dia.. Ada takde pun sama je.. Terima kasih ya Allah.. Kau hadirkan sumber kekuatan sebelum Kau hadirkan ujian..'

Puas motivasikan diri sendiri untuk terus kuat.. Semangat yang kian pudar.. Letih.. Tiada alat yang mampu untuk mengukur tahap letihnya mental, emosi dan fizikal seseorang.. Apa alasan untuk tak pergi kerja??? Cuti tahun dah hampir habis.. Nak ambil cuti sakit, nak cakap apa pada doktor???

'Ai tak sakit.. Ai cuma penat.. Letih berulang jauh.. Datang kerja bukan boleh goyang kaki je.. Kena juga buat kerja..'

Akhirnya, doktor hanya boleh bagi time slip.. Menangis keluar klinik.. Ya Allah.. Penatnya nak teruskan hidup.. Ai cuma nak rehat.. Nak jauh dari semua ni.. Nak mengasingkan diri.. Takde suara-suara sumbang yang menyakitkan hati dan menyeksa jiwa..

Melangkah longlai.. Pilihan yang ada cuma ambil cuti tahunan atau pergi juga kerja walau perjalanan sehala 1 jam setengah.. Huuuhhh.. Guna je la cuti tahunan.. Biarlah tak berbaki.. Nak rehat dari kerja.. Telefon bimbit dibiarkan dalam mood silent.. Balik rumah, baring dalam bilik..

Menangis sepuas-puasnya sampai tertidur.. Bangun tidur, mata dah bengkak kiri kanan macam kena gigit semut.. Esoknya, tak boleh malas-malas.. Paksa diri pergi kerja..

'Kalau Ai tak kerja siapa nak bagi anak-anak makan??? Ai boleh tahan lapar.. Tapi tak kesian ke anak-anak tak makan???'

Monolog kepada diri sendiri agar tetap kuat mencari rezeki.. Pergi kerja pukul 6.15 pagi.. Sampai rumah sebelum pukul 7 petang.. Biasanya waktu rehat tengah hari, Ai akan tidur di surau.. Tapi yang dengki, sampai surau kena tutup.. huhuhuhu

"Ai, hang tau tak.. Hari ni Hamy balik sekolah jalan kaki.. Ada orang jumpa dia menangis masa jalan kaki.. Orang nak tumpangkan dia tak mau.."

Sedihnya apabila baca wasap dari kakak Ai.. Ya Allah, kasihannya anak Ai.. Apa yang Ai dah buat ni??? Hamy, umi minta maaf sebab salah pilih ayah untuk kamu 2 beradik..

"Ai.. hang suruh la Ry ambil Hamy.. Orang nak tolong bawa hari-hari pun, tengok ayah dia ada je tidur kat rumah.. Kami faham hang kerja jauh, tak boleh nak urus anak.. Tapi Ry ada kat rumah buat apa?"

Betul tu.. Ada pun macam takde, lebih baik tak payah ada.. Hidup kami sama juga macam 3 beranak je.. Macam takde fungsi lelaki yang bergelar suami dan ayah.. Semua kami kena buat sendiri..

"Bila awak nak ceraikan Ai??? Ai dah penat hidup macam ni.."

"Sayang cakap apa ni?? Cuba ishgtifar.. Tak kesian ke kat anak-anak??"

Sebab kesian kat anak la, Ai minta cerai.. Ry ada pun Hamy tetap balik sekolah jalan kaki.. Hafiy tetap kena hantar rumah pengasuh.. Kalau dia duduk rumah dan buat kerja macam suri rumah, urus hal rumah dan anak-anak, takde la Ai rasa beban sangat..

"Abang sakit.. Cuba la faham.." 

"Awak sakit sebab salah sendiri.. Ai tak kesian langsung.. Kalau awak sakit tapi tetap usaha cari rezeki, ye Ai kesian.. Sekarang ni, awak kata awak sakit dan sanggup biar isteri pergi kerja cari nafkah dengan motor buruk.. Ada tak awak fikir keselamatan Ai?"

Suasana rumah terasa sangat suram.. Tiada lagi sinar.. Seisi rumah tidak lagi gembira seperti dulu.. Hati seri rumah telah lelah.. Tak mampu lagi untuk berlakon bahagia..

Ya Allah.. Apakah islam itu zalim terhadap wanita dan isteri.. Isteri penat mencari nafkah pada siang hari.. Sebelah malam pula perlu melayan suami dengan hujah, menolak ajakan suami; malaikat melaknat isteri sepanjang malam.. Apakah wanita dan isteri diciptakan hanya untuk menurut dan menutup semua aib suami??? Apakah hak seorang wanita terus dinafikan setelah bergelar isteri..

Disetiap solat, Ai titipkan doa semoga Allah bantu Ai buat keputusan.. Andainya bersama dengan Ry lebih banyak mendatangkan kebaikkan, panjangkanlah jodoh kami.. Tapi sekiranya bersama dengan Ry lebih banyak mendatangkan keburukan, lembutkanlah hatinya untuk melepaskan Ai dengan cara baik.. 

Ai nekad.. Ai mula mencari ilmu tentang membubarkan perkahwinan.. Disebabkan Ai tidak mempunyai kewangan untuk membuat fasakh, Ai perlukan cara lain yang lebih mudah dan murah.. 

"Tunggu abang mati la sayang, oi.." 

"Eeerrrmmm.. Lambat la kalau tunggu awak mati.. hahaha.. Awak nak ugut Ai.. Dah tak laku la.. Ai dah dengar ayat nak bunuh diri tu dari mula kita kahwin.. Sampai sekarang, awak hidup lagi.. Kalau awak nak Ai bagi awak peluang, awak kena buat taklik.. Ai dah tak percaya cakap kosong awak.."

Alhamdulillah, Allah lembutkan hati Ry untuk buat lafaz taklik di hadapan 2 orang saksi lelaki iaitu bapa dan seorang adik lelaki Ai.. Selepas jatuh taklik, Ai bawa surat perjanjian taklik ke pejabat peguam syariah untuk proses mati setem supaya ianya sah dari segi undang-undang.. Taklik yang dilafaz sekiranya dilanggar sah dari segi syarak tapi perlu ada dokumen yang sah supaya memudahkan proses perundangan..

Syukur.. Setelah penat bersabar dan bertahan.. Akhirnya dapat menarik nafas lega.. Tidak lagi kusut memikirkan masalah yang dicipta sendiri oleh Ry.. Dan Ai dapat bertukar ke Perak tapi masih 60km sehala.. Cuma jimat tak perlu bayar tol sebab boleh guna jalan dalam..


Nota Jari: Meluahkan apa yang dipendam sehingga menjadi kemurungan.. Semoga kenangan pahit segera hilang..

You May Also Like



0 ulasan