Makan Ubat Sampai Mati
"Mak, along takut.. Doktor kata kena makan ubat sampai mati.."
Tahun 2007, Along baru keluar dari Hospital Bahagia Ulu Kinta atau ramai yang kenal sebagai Tanjung Rambutan..
Kali pertama along masuk wad psikiatri pada tahun 2002.. Setiap kali along makan ubat psikiatri, berselera dia makan, perutnya pun membuncit.. Usikkan kami hanya dibalas dengan ketawa.. Tiada langsung perasaan marah atau sedih..
Selang beberapa bulan along tinggal dirumah, along mula berasa bosan.. Along nak bekerja, tambahan pula adik-adik masih kecil dan bersekolah.. Along anak sulong dari 7 beradik.. Berat tanggungjawab yang along perlu galas untuk pastikan adik-adik dapat belajar sekurang-kurangnya sehingga SPM.. Along hanya belajar sehingga tahun 6.. Mak dan bapa tak mampu untuk membiayai persekolahan along.. Mak perlu bekerja untuk membantu bapa, maka adik-adik dijaga oleh along.. Along buatkan sarapan setiap pagi sebelum kami pergi sekolah.. Along masak nasi dan gorengkan telur untuk makan tengah hari selepas balik dari sekolah..
Along dalam kategori slow learner atau lembam.. Tapi pada masa tu, belum ada istilah ini.. Maka along sering dimarahi oleh cikgu Azizah.. Perkataan bodoh tidak lekang daripada mulut cikgu Azizah, setiap hari along akan dimarahi.. Sampai sekarang Ai ingat nama cikgu Azizah.. Semasa Ai masuk sekolah yang sama, Along sudah habis belajar.. Cikgu Azizah melayan Ai seperti mana Along dilayan.. Dia begitu jelek melihat Ai.. Apabila keputusan peperiksaan keluar, dia terkejut melihat pencapaian pelajaran Ai.. Katanya along bengap kenapa Ai boleh pandai.. Ai cakap;
"along tak pandai tak semestinya adik dia pun tak pandai.. Anak cikgu pun tak semestinya semua pandai.."
Puas hati Ai dapat balas perbuatan cikgu Azizah kepada along..
Sedarkah cikgu Azizah, perbuatanmu itu mendera mental dan emosi along??? Along berasa rendah diri, rasa diri serba kekurangan, tak pandai belajar, lurus mudah percayakan orang.. Tapi orang sering mempermainkan along.. Kemuncaknya, seorang kawan along mengajar along ilmu bomoh.. Along diajar jampi memikat perempuan tapi apabila mak mendengar ungkapan jampi tersebut adalah sebaliknya.. Kawan along bagi jampi (amalan) yang minta tertutup hati perempuan yang melihat along.. Puas mak nasihatkan along tapi along tetap berkeras.. Along percaya kawannya tak kan permainkannya.. Semasa along masuk wad psikiatri, tiada sorang pun kawannya datang melawat.. Ai kata kepada along, nilailah sendiri siapa yang ada sewaktu dia susah.. Semasa kawannya masuk wad, along pasti datang ziarah walaupun mak menegah..
Oleh kerana makan ubat psikiatri menyebabkan along sering mengantuk, along ambil keputusan untuk berhenti makan ubat.. Along nak cari kerja, tak selesa hidup menyusahkan mak dan bapa.. Along kembali kurus dan ensem.. Menarik pada pandangan orang tapi kegusaran dihati kami.. Kami risau along akan hilang waras seperti sebelum ini.. Tepat telahi kami.. Setiap kali along berhenti makan ubat, along akan mula berhalusinasi.. Entah berapa kali along keluar masuk wad psikiatri.. Kali terakhir along masuk psikiatri lebih lama daripada sebelum ni.. Keluar kali ni, along betul-betul serik.. Along dah tak nak masuk Tanjung Rambutan semula.. Tapi along takut doktor bagi along ubat untuk mati..
"Maksud doktor tu, along jangan berhenti makan ubat tu.. Selagi along hidup, along kena terus makan ubat dan suntikan setiap bulan"
Selepas mendengar penjelasan mak, barulah along berasa lega.. Along pesakit skizofrenia.. Sehingga sekarang along disiplin makan ubat dan ambil suntikan setiap bulan di Hospital Taiping.. Tahun lepas along dilantik menjadi pengerusi Kelab Jiwa Murni Klinik Psikiatri..
Ai pula pesakit depression.. Pernah cuba berhenti sendiri makan ubat kerana ramai suara-suara sumbang menyatakan bahaya terlalu bergantung dengan ubat.. 2 hari berturut-turut Ai sengaja tak nak makan ubat.. Akibatnya Ai sakit kepala dan rasa berpusing-pusing.. Tak boleh nak bangun, pitam dan rebah semula.. Sudahnya Ai telan 2 biji ubat.. Tapi sakit kepala dan rasa berpusing-pusing tak terus hilang.. Ambil masa 3-4 hari baru Ai kembali normal.. Terpaksa cuti kecemasan sebab tak boleh bangun pergi kerja..
Oleh itu, Ai mohon sangat kepada semua yang membaca coretan ni.. Tolong jangan tegah pesakit mental makan ubat yang dibekalkan.. Fungsi ubat psikiatri ini sama sahaja dengan ubat darah tinggi untuk pesakit darah tinggi.. Hanya pakar psikiatri yang boleh hentikan pengambilan ubat pesakit mental..
Nota Jari: Ada rasa macam baca novel tak??? Hahahaha..
Ai share story ni di IIUM Confession supaya lebih ramai yang baca dan fahami pesakit mental illness..
Ai share story ni di IIUM Confession supaya lebih ramai yang baca dan fahami pesakit mental illness..
2 ulasan
Kalau post pnjng lg pun ok je kak..menarik dan berilmiah utk dibaca.
ReplyDeleteTu la kan.. Tiba-tiba je dah ending.. Macam tergantung je..
Delete