Permulaan Baru

by - Thursday, April 16, 2020

As'salam.. Sempena dengan domain baru, header pun tukar baru.. Harap mood menulis kembali ke landasan.. Lama sangat dah terkeluar dari landasan..

Ada hikmahnya tak dapat semula domain linzkushina.com.. Susah juga nak buat keputusan pilih nama domain baru.. Ai nak yang dekat dengan jiwa Ai.. Nak guna nama sebenar Ai, dah ada orang guna.. So Ai ubah turutan huruf.. Dan jadilah AafLinz.. Linz Ai kekalkan sebab dah jadi identiti blog; Si Pencari Pelangi..
Eeehhh.. Ai nampak gemuksss la.. huhuhu.. Sungguh berat nak terima kenyataan tu.. Tak tau nak bagi alasan apa yang sesuai..

1) Ni sebab makan ubat anti depression la.. Lepas 3 bulan makan ubat, berat badan Ai naik 6 kg.. Dari 40 kg ke 46 kg.. 

2) Lepas nikah terus mengandung.. Rezeki.. Nak makan apa semua encik kanda cari sampai dapat.. Kalau balik dengan tangan kosong, siap la hadap drama air mata.. Berat sebelum bersalin 62 kg.. Fuuuhhhh.. Kali pertama dalam hidup berat macam tu..

3) Dah habis pantang tapi berat masih 52 kg.. hahaha.. Ni buat alasan apa pula.. Eeerrrmmm.. Bahagia sangat la kut dah tak makan hati berulam jantung.. 

Ok, boleh terima tak alasan di atas..

Tambahan pula, sekarang dah setahun kerja dekat dengan rumah, rumah dekat dengan tempat kerja.. hahahaha.. Susah sangat minta tukar dekat dengan rumah takde kosong.. Ai minta tukar ke kampung bapa (Selangor) pula.. Disebabkan penat berulang-alik selama 6 tahun, Ai memang nekad nak duduk kuarters.. Puas hati.. 

Encik kanda ikut je.. Dia anak jati KL.. So dekat la dengan mama.. Alhamdulillah, kami dapat bina hidup baru dengan suasana baru, kediaman baru, tempat kerja baru.. Anak pun dah dapat yang baru.. hahaha..


Nota Jari: Rindunya nak menulis.. Secara rasminya blog LinzKushina akan dikenali sebagai blog Aaflinz...

You May Also Like



6 ulasan

  1. Akhirnya akak jumpa kebahagiaan yg akak cari. Selamat menulis kembali kak..byk dpt motivasi dari penulisan akak selama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Insya-Allah.. Mudahan mood menulis tak keluar landasan lagi..

      Delete
  2. Semoga berbahagia dgn insan tersyg..

    ReplyDelete
  3. Semoga bahagia bersama suami tercinta..

    -RH-

    ReplyDelete