Masalah Tulang...

by - Monday, March 25, 2013

Errmmm... Perasan tak apa-apa yang pelik tentang pic x-ray ni??
Kengkawan perasan tak, tulang belakang tu sedikit bengkok ke kiri?? huhuhu..
Doc said, biasanya orang yang kurus tinggi je mengalami masalah tulang bengkok or melengkung..

Hujung bulan lepas, Ai ke klinik bagi mendapatkan rawatan kerana kepala lutut Ai teralih.. huhu.. Ngerikan.. 

Kejadian tu berlaku masa Ai bercuti bagi menghadiri majlis perkahwinan abang sulong Ai... Ai tengah baring-baring sambil tengok tv.. Tetiba HB datang dan melompat ke atas lutut Ai.. Menyebabkan kepala lutut kanan Ai teralih... Puaslah Ai meraung menahan sakit.. HM segera mengurut kaki Ai supaya tak jadi lebih teruk.. huhuhu..

Malam tu, Ai langsung tak boleh berjalan.. Pagi esok Ai bangun, berjalan ke dapur dengan terlompat-lompat sebelah kaki.. Mak terus tanya apa yang berlaku.. Mak pun dah sedia maklum, coz memang dari sekolah Ai mempunyai masalah pada semua bahagian ligemen terutamanya buku lali kaki, siku & lutut.. Selalu terjadi Ai terseliuh pada buku lali kaki kerana bangun secara tiba-tiba dan setiap kali siku tersadung sesuatu, terasa seperti terkena genjatan elektrik.. Namun ia tidak sesakit seperti apabila kepala lutut teralih... huhuhu.. 

Masa pergi buat pemeriksaan tu, doc minta Ai buat x-ray lutut.. Lepas dapat filem x-ray tu, dia minta Ai berbongkok seperti sedang rukuk.. Then dia raba (doc ni perempuan ye, HM pun ada dalam bilik tu sekali) bahagian tulang belakang Ai berulang kali dari leher ke punggung.. After that, dia tanya; "puan ada selalu sakit tulang belakang tak?.."  Ai panic nak bagi jawapan; "ada la juga.." .."sebabnya tulang belakang puan sedikit bengkok.. biasanya hanya orang yang kurus tinggi sahaja yang menghadapi masalah tulang bengkok.." .. "ntahlah, sebab Ai kurus renek je kan.. huhuhu.."

Lepas tu, doc buat surat rujukan ke HUKM memandangkan Ai kerap mengalami masalah ligemen pada lutut and others joint too.. huhuhu.. But yang Ai tak faham tu, macamna boleh tetiba doc nak periksa tulang belakang Ai?? Apa kaitan antara masalah ligemen dengan tulang belakang??

Balik daripada RSAT, kami terus pergi hantar surat rujukan tu ke HUKM.. Nanti dorang akan maklumkan kemudian bila tarikh temujanji.. (dah dapat surat dari dorang, dapat tarikh temujanji pada 09/04/2013).. Balik rumah, HM tengok pic x-ray badan Ai.. (x-ray ni buat masa nak masuk kerja opis sekarang ni.. tapi SPP xnak pic x-ray nya, dorang cuma nak keputusan laporan pemeriksaan perubatan je.. so pic x-ray ni simpan kat rumah je la..).. 

         HM : Sayang... Tulang belakang Sayang memang bengkok la..
          Ai  : Macamna Hubby tau??
         HM : Tengok pic x-ray Sayang ritu la.. (sambil masuk ke bilik untuk ambil pic x-ray)
          Ai  : Aaahhhh la.. Patutlah Ai selalu sakit tulang belakang terutamanya kat bahagian pinggang..



Nota Jari: Berdebar-debar tunggu 9/4/13... Semoga dipermudahkan semuanya.. Hope takde apa-apa yang kritikal...

You May Also Like



2 ulasan