Cuti Sakit: Bengkak Kelenjar

by - Tuesday, March 13, 2018

As'salam.. Ai sebenarnya tak berapa sihat dari semalam.. Sakit kepala, gastrik datang balik.. Adeeehhhh!!! Malam tidur awal.. Alhamdulillah, HK sangat prihatin.. Tolong urutkan bahu dan picitkan kepala.. Tapi sekejap je la.. Pastu gaduh kata penat.. Hahahaha..

So pagi-pagi dah inform kat my pren nak pergi klinik.. Bukan setakat gastrik tapi sebab tak boleh tidur tahan sakit bengkak kelenjar.. Dari bulan oktober 2017, selalu jadi sakit bengkak kelenjar.. Huhuhuhu.. Tapi kali ni sakit berdenyut-denyut.. 
Pukul 7.45 pagi dah sampai klinik.. Tapi orang lain lagi awal dari Ai.. So Ai dapat la no 6, bilik 3.. Semua ada 4 bilik.. Alhamdulillah, doc baik dan mesra.. Ai cerita pasal gastrik dan sakit bengkak kelenjar.. 

Doc tengok dan kata ; "kalau tak surut juga selepas 1 minggu, datang balik klinik nanti saya bagi surat rujukan ke hospital.. Takut kanser kelenjar.."
Pastu pergi farmasi ambil ubat.. Baru Ai tau, rupanya doc tak dengar kut Ai cerita pasal Ai gastrik.. Huhuhu.. Tak pe la.. Mujur dah beli sendiri pil gastrik kat farmasi..

Dapat ubat antibiotik kena bagi habis, panadol makan kalau rasa sakit.. Kalau lepas makan panadol pun masih tak hilang rasa sakit, baru makan mefanamic acid.. 
Balik dari klinik terus pergi rumah ma.. Ai cerita apa yang doc cakap.. Ma jadi risau.. Pastu ma bagi Ai ubat sapu yang ma buat sendiri.. Ai lupa apa bahan-bahan nya.. Tapi mengikut kata ma, minyak tu ma bacakan ayat-ayat al-quran yang tertentu.. Katanya, minyak ni ikhtiar untuk mencegah kanser.. 

Masa ma sibuk-sibuk nak bungkuskan itu ini untuk Ai, boleh pula Ai terlena.. Hahahaha.. 


Nota Jari: Kerap pula dapat cuti sakit.. Hukhukhuk.. Semoga sakit ni tak serius macam yang doc risau kan.. 

You May Also Like



0 ulasan