Move On: Sucikan Hati
As'salam.. Errrmm.. Hari ni 1st time Ai ride bawa HB dan HK pergi kenduri.. Hahahaha.. Cuba bayangkan HK yang gemuk tu berdiri kat depan Ai dan HB duduk di belakang Ai.. Selama ni memang tak biasa ride bawa anak-anak..
Let say korang fall in love, dah janji nak kahwin.. Tiba-tiba si dia buat pusingan u-turn.. Atau pun korang sedang rasa bahagia dengan si dia.. Tiba-tiba diceraikan kerana si dia dah berkahwin lain.. Apa yang korang rasa?? Dendam?? Sakit hati?? Sumpah seranah?? Marah?? Kecewa?? Menangis??
Semua perasaan tu adalah normal.. Tapi bagaimana kita beriaksi dengan perasaan tu yang unik.. Ada orang akan menyimpan dendam kesumat, mendoakan keburukan orang yang telah melukakan.. Cari bomoh untuk 'balas' perbuatan tersebut.. Errrmmm.. Rasa puas ke buat macam tu?? Atau sebenarnya korang akan rasa semakin sakit??
For me, lebih baik tangani dengan positif.. Maksudnya mendoakan yang baik-baik dan fikir yang baik-baik.. Errrmmm.. Macam mana tu??
Kenalah muhasabah diri.. Adakah korang dah cukup tunaikan hak Allah?? Allah uji pasti untuk menegur kita..
Macam mana nak doakan yang baik-baik, sedangkan hati sakit sangat?? Kalau boleh nak tengok dia tersungkur!! Wooowwww... Kejamnya.. Jangan doakan yang buruk-buruk untuk orang lain, walau pun orang tu menghancurkan perasaan korang.. Sebab doa korang akan di aminkan oleh malaikat dan malaikat akan mendoakan semula doa tersebut untuk korang.. So akhirnya, korang tetap tak rasa tenang..
Lebih baik doakan yang baik-baik, doakan semoga dia bahagia, dipermudahkan urusan, dibukakan pintu-pintu rezeki, ditenangkan hati, dilapangkan fikiran dan dikurniakan kesihatan.. Errrmmm.. Korang rasa mampu tak nak doakan macam ni??
Jangan risau.. Doa tersebut akan di aminkan oleh malaikat dan malaikat akan mendoakan semula doa tersebut untuk korang.. So korang akan rasa lebih tenang dan bahagia.. Insya-Allah..
Apa lagi yang perlu buat?? Kena buat solat taubat.. Kenapa?? Ai yakin apa-apa je ujian yang Allah beri pasti adalah teguran dari-Nya.. Sebab tu pentingnya muhasabah diri.. Jangan hanya cari salah orang, mengungkit-ungkit semua perkara untuk membuatkan dia rasa bersalah.. Adalah lebih baik kaji balik apa salah sendiri..
Menangislah sepuas-puasnya mohon keampunan daripada Allah.. Luahkan apa yang korang rasa dan apa yang korang dah buat salah.. Percayalah.. Hati korang akan rasa tenang lepas tu..
Dan mungkin masa berjanji nak berkahwin or masa tengah bahagia, kita terlupa untuk bersyukur dan berdoa semoga jodoh itu kekal.. Kita sombong dengan Allah.. Sebab tu Allah datangkan ujian.. Untuk sedarkan kita sebagai hamba, kita perlu sentiasa berdoa dan mengucapkan syukur.. Walaupun si dia jodoh yang datang bergolek.. Menyebabkan kita take for granted.. Terlalu yakin dan dengan sengaja tidak berdoa dan bersyukur..
Seterusnya, kena lah memaafkan dan tidak berdendam.. Errmmm.. Tak penat ke berdendam?? Tak suka orang tu, tak suka orang ni.. Korang ingat orang lain suka sangat ke kat korang?? Hahahaha..
For me simple je.. Kalau dia memang berniat nak permainkan korang, Allah ada.. Biar Allah yang balas.. Dia menghancurkan perasaan korang, mungkin kelak kalau dia ada anak, hati anak dia pula dipermainkan oleh orang lain.. Sebab my mom selalu pesan kat Ai.. "Jangan permainkan perasaan orang.. Nanti orang lain akan permainkan perasaan adik beradik Ai.." Almaklum la, adik beradik Ai ramai lelaki..
Nota Jari: Hope korang yang tengah down sekarang ni, boleh bangun semula dan teruskan melangkah..
0 ulasan