Tolong Pujuk!!!

by - Monday, March 19, 2018

As'salam.. Rasa sedih la.. Memang la dah jangka.. Tapi tetap nangis juga.. Hukhukhuk..
Untuk sekian kali nya, masih belum berjaya lagi.. Tak ingat dah berapa kali ambil exam.. Yang ingat pernah lulus sekali je.. Masa exam kastam.. Hahahaha.. Lepas dari tu, memang tak pernah lulus..

Masa ambil exam untuk kenaikan elaun bayaran intensif tugas kewangan (BITK), sekali ambil je terus lulus.. Ada kakak tu bagi tau, dia dah kali kelima ambil exam bitk (masa jumpa dalam toilet sebelum start exam bitk).. Dia kata kalau tak lulus juga, dia malas dah nak ambil lagi..

Masa ambil exam bitk tu, Ai baru kerja 6 bulan dengan kpm.. Tapi Ai ada pengalaman 2 tahun kerja bahagian audit dalam badan berkanun.. Mungkin sebab tu Ai boleh jawab soalannya.. Kerja audit kan kena tahu semua kerja bahagian kewangan.. Alhamdulillah.. Dapat la tambahan elaun dari RM40 jadi RM80..

Masa exam untuk sah dalam perkhidmatan pula, semua orang bawa buku perintah am.. Ai je masuk exam cuma bawa pen, pensil dan pemadam.. Ai dah gelabah sebab Ai sorang je tak ada apa-apa nota.. Actually, rasa terkejut sebab Ai tak tau exam boleh rujuk buku.. Selama hayat Ai, asal exam je tak boleh tengok buku or nota.. 

Selamber je kawan Ai kata; "Ai nak risau apa?? Exam bitk yang orang susah nak lulus, Ai boleh lulus.. Ni kan pula exam ni.."

Ok.. Memang Ai lulus exam tu.. Kalau tak, macamna nak sah dalam perkhidmatan.. Hehehehe.. Lulus tanpa rujuk buku tau.. Tu pun sebab masa kerja audit, Ai banyak rujuk pekeliling.. Ye la.. Sebelum nak buat audit, as auditor, Ai kena la baca dan faham pekeliling yang berkaitan.. 

Errrrmmmm.. Tak pe la.. Walaupun Ai suka sangat kerja audit, tapi Allah lebih mengetahui.. Mungkin kerja audit tak sesuai dengan Ai.. Ai yakin, Allah tak pernah menzalimi Ai.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Ai dan apa yang Ai perlukan.. 


Nota Jari: Memang la Ai nak sangat keluar dari opis sekarang ni.. Tapi my pren kat sini baik-baik.. Sanggup teman Ai exam.. Terima kasih, ye..

You May Also Like



0 ulasan