Move On: Hargai Diri Sendiri

by - Saturday, March 10, 2018

As'salam.. Errrmmm.. Rasa nak sambung entry move on.. Hehehehe.. Ni kira rumusan dari pengalaman sendiri dan video-video berkaitan yang pernah Ai tengok..
Jangan tanya berapa kali Ai putus cinta.. Hahahaha.. Tak terkira kut.. (sebenarnya malas nak ingat).. Sampai arwah mak pernah kata, kisah cinta Ai ni boleh buat novel.. Nak tengok akhir nya kahwin dan bahagia dengan siapa??.. Adeeehhhh..

Yang paling tragis bila putus disebabkan orang ketiga..  Ni kisah masa zaman kat U dulu.. Siap orang ketiga tu call bagi tau dorang dah bertunang.. Walaupun Ai tau budak tu menipu.. Tapi Ai call my bf dan tanya macamna budak tu boleh dapat no hp Ai?? Ai kata Ai tak nak berebut pasal lelaki, so better putus je la.. For me, kalau girl sanggup call another girl just to say she love that man.. Means she really mean it.. Sebab Ai memang tak kan buat macam tu.. Coz Ai yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Ai.. Senjata Ai cuma berdoa..

Bagi Ai, buat apa berebut sorang lelaki.. Ramai lagi yang lain.. Walaupun yang ramai tu belum tentu lagi nak kat Ai.. Hahahaha..

So dah terkuciwa tu, macamna nak move on??? 

Didik hati untuk sabar dan redha, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. Didik hati untuk yakin dan percaya, Allah tak pernah menzalimi kita.. Didik hati untuk terima qada' dan qadar, semua yang berlaku kerana sayang Allah pada kita..

Bila dah solo, rasa sepi.. Rasa ada yang tak lengkap dalam hidup.. Rasa hati kosong je..

Hilangkan sepi dengan banyakkan bersolat sunat.. Lengkapkan hidup dengan sibukkan diri buat pelbagai aktiviti dan bergaul dengan kawan-kawan or family.. Penuhkan hati dengan zikir.. Dan berdoa; "Ya Allah, penuhkan lah hatiku dengan rasa cinta kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.. Kerana hanya cinta-Mu dan Rasul-Mu yang kekal abadi.. Cinta manusia akan sentiasa berubah.. Maka jauhkan aku dari kekecewaan.."
Dan inilah masanya untuk korang lebih menghargai diri dan hati sendiri.. Ingat!!! Orang lain pasti akan mendahulukan diri dan hati mereka sendiri berbanding korang.. So korang kena la pandai-pandai hargai diri dan hati sendiri..

Kesian kat hati sendiri.. Walaupun banyak kali disakiti tapi korang tetap bertahan demi meraih sebuah perhatian dan cinta.. Sanggup beralah walaupun terluka.. Sanggup tersenyum walaupun kecewa.. Allah tahu pengorbanan yang korang buat tu sia-sia.. Sebab tu korang berpisah.. Supaya korang nilaikan balik, berbaloi ke mengejar cinta manusia??

Mengejar cinta manusia, biarlah kerana untuk mendapat keredhaan Allah.. Sebenarnya, kalau korang kejar cinta manusia, korang belum tentu mendapat balasan cintanya.. Tapi kalau korang kejar cinta Allah, pasti Allah dan sekalian manusia turut membalas cinta tu..

So banyakkan berdoa.. "Ya Allah, sekiranya dalam pengetahuan-Mu, dia (sebut la nama penuh si fulan) adalah jodohku.. Aku mohon Kau permudahkanlah pernikahan kami dan panjangkanlah jodoh kami.. Namun sekiranya dalam pengetahuan-Mu, dia (sebut la nama penuh si fulan) bukanlah jodohku.. Aku mohon pada-Mu, hapuskanlah dia dari ingatanku dan dari hatiku.. Aku redha kerana aku yakin dan percaya, Kau takkan menzalami aku dan Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.."

Bermaksud korang yakin si dia jodoh korang.. Tapi korang minta Allah yang tentukan apa yang terbaik untuk korang.. Inilah konsep tawakkal, usaha dan redha..


Nota Jari: Semua yang berlaku dengan izin Allah.. Tidak ada kuasa yang boleh menandingi kekuasaan Allah kerana Allah yang maha kuasa..

You May Also Like



2 ulasan

  1. haah..kisah boleh buat novel.apa pun hidup mesti diteruskan.move on..
    Janji Kita

    ReplyDelete