Di Matamu

by - Sunday, March 18, 2018

As'salam.. Tentu korang tau tajuk lagu frust ni, kan.. Ai baru dengar lagu nya 2-3 hari lepas.. Wooowwww.. Memang sedih giler.. Meruntun betul lirik nya..
Errrmmm.. Tapi Ai kurang setuju part lirik; 'Dan tak seharusnya aku, bertemu dirimu di dunia ini'..

Banyak ceramah yang Ai dengar, melarang kita menyebut 'kalau' pada perkara yang dah berlaku.. Contohnya; "kalau saya tau jadi macam ni, mati hidup balik saya tak nak kahwin dengan awak.."

Perkataan kalau untuk perkara yang dah berlaku hanya akan membuka pintu kepada hasutan syaitan.. Supaya kita bersedih dan menyalahkan takdir..

Sama hal nya dengan lirik di atas.. Nampak macam menyesal dan menyalahkan takdir.. 

Ye.. Ai tau ni lagu frust.. Tapi kalau korang tengah frust, jangan sesekali korang ucapkan macam tu.. Korang kena yakin dan percaya, Allah tak pernah menzalimi hamba-Nya.. Kita yang selalu menzalimi diri sendiri.. Korang kena cakap; "benda dah jadi nak buat macam na.. Mesti ada hikmah nya.."

Ok, Ai mengaku.. Ai tak follow kisah putus tunang, putus cinta or seangkatan dengan nya.. Tapi percaya lah.. Ai pun pernah putus cinta.. Ai juga pernah melalui saat kemurungan kerana perpisahan.. 

Boleh baca entry Move On: Sucikan Hati dan Move On: Hargai Diri Sendiri.. Jangan biarkan kesedihan yang sedikit menenggelamkan nikmat Allah yang ada disekeliling kita.. Apabila hati hanya bertumpu pada kesedihan, kita akan lupa pada besar nya nikmat yang lain..

Boleh kah kita salahkan takdir, sedangkan takdir itu berlaku atas pilihan kita sendiri?? 

Korang yang pilih untuk berkahwin, bila jadi musibah korang salahkan takdir?? Korang berkahwin kerana memang tertulis korang ada jodoh.. Korang berpisah sebab dah tertulis jodoh korang sampai setakat itu je.. Mungkin jodoh korang yang seterusnya yang akan kekal hingga akhir hayat..

Selalu lah bersangka baik dengan Allah.. Jangan mempertikaikan takdir kerana seolah-olah korang nak kata Allah salah jodohkan korang.. Nauzubillah minzalik.. Maha suci Allah.. Allah tak pernah buat salah..

Ambil je dari sudut positif.. Mungkin korang tak perlukan pasangan, tapi cukup dengan kehadiran anak-anak.. Mungkin korang tak perlu kan teman hidup, cukup dengan ada nya ibu.. Mungkin juga jodoh korang dah depan mata tapi korang yang was-was coz takut kisah silam berulang semula.. Fikirkan apa saja yang membolehkan korang terus tersenyum.. Dan yakinlah.. Allah tak pernah menzalimi kita.. Coz Allah lebih tahu apa yang kita perlukan..



Nota Jari: Hambik... Pasal lirik lagu pun boleh jadi satu entry.. Hehehe.. Mood menulis masih atas landasan..

You May Also Like



0 ulasan