Bubur Jagung

by - Friday, December 07, 2012

Memandangkan today is my last day bertugas, so hari ni Ai kerja separuh hari je.. Ai datang kerja coz nak pulangkan semula kad staf & just nak tolong gegirl pren Ai tu je.. Ai tolong dia siapkan fail meeting yang akan diadakan lagi 2 minggu.. Menyumbang jasa untuk kali terakhir.. hehehe..

Balik kerja, HB sibuk main games je.. Ai tanya nak makan tak?? Dia kata taknak.. Tapi bila Ai pergi dapur, dia buka peti ais & request nak makan jagung.. So Ai decide buat Bubur Jagung + Kacang Hijau..

HB makan bubur jagung + kacang hijau dengan roti..


Bahan-bahan:
200 gm Kacang Hijau
100 gm Jagung Manis
100 gm Santan
10 gm Biji Sagu
1 liter Air
2 helai Daun Pandan    (huhuhu..Ai xmasukkan coz mana sempat nak cari, this is emergency request)
Gula Pasir
Sedikit Garam








Cara Memasaknya:
1. Rebus air hingga mendidih,  masukkan kacang hijau. Rebus sehingga empuk & toskan. (Ai rebus secara berasingan berasingan bagi mengurangkan bau kacang hijau coz HB sangat cerewet bab makan..)
2. Periuk berasingan, rebus air hingga mendidih, kemudian masukkan jagung manis & sagu.
3. Masukkan santan & kacang hijau yang telah ditoskan tadi. Kalau ada durian, boleh masukkan sekali.
4. Akhir sekali, masukkan gula & garam secukup rasa. Dan sedia untuk dihidangkan.

Our last day at UPNM - 7 Disember 2012

Nota Jari: Ai seronok je walaupun ini hari terakhir kami kat sini..

You May Also Like



2 ulasan

  1. sedapppnya...sy suka makan bubur jagung, bubur kacang..:)

    TQ sudi kunjungi blog sy....sy dtg follow sini yer:)

    ReplyDelete